Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, 25 April 2020

Review Buku : Bukan Kerana Aku Tak Cinta


 Cinta itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan...

Apa yang aku tulis kat atas tu bukan aku yang tulis ye tapi aku copy dan paste je dari buku novel ni.

Jika korang seorang pencinta novel aku nak korang baca novel bukan kerana aku tak cinta ni. Pada aku yang telah membacanya tak akan mengecewakan. Dan aku puji penulis novel ni menulis sebuah novel yang memang tak membosankan.

Plot dalam novel ni takda la pening atau berbelit-belit senang aku tulis novel ni senang nak faham dan memang layan habis. Dari satu muka surat ke muka surat yang lain aku duk layan baca novel BKATC (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) ni.

Penulis novel ni menerapkan genre romantik komedi dengan baik sekali. Aku kekadang tersenyum sorang-sorang bila baca novel ni. Iye mana tak senyum jika ayat yang digunakan penulis adalah ayat yang biasa kita guna. Alah ayat pasar la senang sikit korang faham.

Terus terang aku katakan aku menyampah jugak waktu Mastura yang mana seorang gadis yang berkelulusan undang-undang tergedik-gedik mengoda Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad. 

Macam biasa la novel cinta, tak akan lepas dari babak percintaan, bahagia, konflik dan akhirannya bahagia. Korang semua termasuk aku dah tahu macam tu. Tak akan ada yang pengakhiran novel cinta dengan kecewa.

Dalam novel ni JEBAT atau Ahmad Ziyad lelaki berdarah campur melayu dan cina. Seorang anak muda yang mempunyai sejarah hitam yang telah ditinggalkan dan berhijrah kearah kebaikan. Dengan bantuan abang Jebat iaitu Wahab, Jebat dapat kerja dengan Uwais seorang majikan yang baik dan secara tidak langsung menjadi pebimbing untuk Jebat berubah.

Dalam masa yang sama Jebat telah menjadi tarikan kepada Mastura yang merupakan adik ipar Uwais, dengan sifat Jebat yang rajin,tenang, dan boleh aku katakan Jebat ni lelaki melayu terakhir.

Maka bermula la babak Mastura mengoda Jebat untuk menarik perhatian. Perigi mencari timba itu yang boleh aku kata kan dengan perangai Mastura ni. Tapi...

Untuk seterusnya korang kena la cari dan baca novel BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ni.

Saturday, 22 February 2020

Review buku : Ayat-ayat cinta 2


Alhamdulillah selesai jugak aku habiskan untuk baca buku ini. Sebenarnya buku ni dah kali ke 4 kot aku baca, seingat aku la kot. Mungkin lebih kot aku pun dah tak ingat. Korang jangan kata aku dah tua ye hehehe. Ala buku ni pun aku baca balik sebab aku nak buat review buku kat dalam blog aku ni. Dah alang-alang ada blog ni kan jadi baik aku baca balik novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ok la aku pun malas nak ulas membebel panjang kan nanti korang jemu pulak kan.



Buku novel ayat-ayat cinta 2 sambung daripada novel pertama yang mana tajuknya sama jugak, korang boleh klik kat sini untuk tahu review bukunya. Dalam novel kali ni aku boleh kata kan jalan ceritanya lebih menarik dalam perjalanan hidup Fahri selaku watak utama dalam cerita buku novel ayat-ayat cinta 2. Tapi kali ni Fahri bukan lagi pelajar tapi pengajar yang telah berjaya menamatkan pengajian beliau tapi bukan di Al-azhar. Setiap manusia tidak dapat lari dari di uji, begitu jugak dengan Fahri bila di uji dengan kehilangan isteri tercinta Aisha yang mana tidak di ketahui hidup atau pun mati.

Aku tak nak tulis la secara di detail nanti kalau aku tulis detail baik aku copy paste je tak payah la korang beli buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Apa yang pasti memang korang tak akan rugi bila membaca novel ni. Selain kita boleh layan dengan jalan ceritanya, masih terdapat ilmu yang dapat kita ambik dari buku novel ni. Pada aku selain ilmu agama yang mana mungkin kekadang kita sendiri pun tak mengetahuinya ada dalam buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ilmu sejarah malahan ilmu goegrafi pun boleh aku belajar dalam buku novel ayat-ayat cinta 2.

Aku memang tabik spring dengan penulis yang menulis buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Iye la selain ilmu yang penulis selitkan dalam buku novel ni. Jalan ceritanya jugak memang tak membosankan. Itu pendapat aku ye, pendapat korang aku tak tahu la.

Apa yang pasti bila aku baca novel ni, apa boleh aku kata watak Fahri ni seorang lelaki yang hebat dah boleh dikatakan sempurna. Pakej yang lengkap daripada segi dalaman dan jugak luaran. Yang perempuan, aku pasti memang akan termimpi-mimpi nak lelaki yang macam Fahri bila baca buku novel ni. Mana taknya dah la bijak, kaya dan yang penting beragama. Memang tak betul la kalau perempuan tu menolak jika ada lelaki macam tu.

Ayat-ayat cinta 2 memang tak akan memboringkan korang yang akan membacanya, tapi dengan syarat jika korang memang minat dengan buku novel yang bercorak keagamaan la. Kalau korang bukan peminat novel seperti ni memang akan bosan la, silap-silap setahun kot nak habiskan novel dengan ketebalan 1000 muka surat ni.

Sunday, 12 January 2020

Review buku : Ayat-ayat cinta


Buku ni sebenarnya dah kali yang ke 4 dah aku baca dan aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Bagi aku la aku lebih puas membaca bukunya daripada melihat ceritanya yang mana satu ketika dahulu telah ditayangkan. Entah la bagi aku memang tak boleh nak move on dengan jalan ceritanya jika di bandingkan dengan isi buku serta jalan cerita dalam bukunya.

Terus terang aku katakan cerita memang jauh dari cerita dalam bukunya. Ini pendapat aku ye, sebab aku tulis macam ni aku memang tak suka  kerana aku dah baca novelnya.

Aduhai panjang la pulak intro, ok la ini ringkasan tentang novel Ayat-ayat cinta versi aku ye.


Tajuk buku : Ayat-ayat cinta

Penulis : Habiburrahman El Shirazy

Tahun : 2009 ( cetakan ke 12 )

Muka Surat : 510

Kenapa aku membacanya semuanya kerana KETIKA CINTA BERTASBIH. Iye kerana sebab itu la aku telah jatuh cinta dengan novel yang berunsur islamik. Maka dengan itu la aku terus mencari koleksi penulis bukunya. Alhamdullilah novel Ayat-ayat cinta telah aku habis dan khatam dengan selamatnya.