Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, 5 April 2020

Review Buku : Hikayat Tanaman Haram


Terus terang aku katakan pertama kali aku dapat buku ni, aku ingatkan buku ini buku yang diterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. Iye la tengok nama penulisnya dah seperti nama inggeris, rupanya tidak buku ni 100% dalam bahasa melayu dan ditulis pun oleh orang Malaysia orang melayu Kita. 

Nama Dr Jacknaim hanya nama Pena yang penulis buku ini gunakan. Nama sebenar beliau Dr Muhammad Na'im Bin Ab Razak yang mana merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Universiti Sains Malaysia. Iye buku ini ditulis oleh seorang Doktor Perubatan dan ditulis daripada pandangan beliau.

Ok la dah panjang pulak intronya, kita berbalik pada buku ini. Sebenarnya buku ini ditulis oleh penulis untuk menjawap kepada pihak yang nak menghalalkan GANJA atau MARIJUANA kat Malaysia. Suatu ketika dan mungkin sekarang ni pihak yang nak halal kan GANJA ni masih lagi berusaha supaya orang ramai berpihak kepada mereka. Pihak-pihak ini ingin Malaysia seperti negara Amerika dan Kanada yang membenarkan jual ganja atau marijuana.

Penulis membongkar mitos oleh pihak-pihak ini dari segi perubatan walaupun pihak-pihak ni mengemukakan hujah mereka jugak. Aku dulu pun hampir jugak setuju pihak yang nak menghalalkan marijuana ni kat Malaysia. Tapi nasib baik la aku tak terpedaya.

Dalam buku ini jugak penulis ada pecahkan beberapa bab yang mana dihurai berdasarkan kepada point atau hujah daripada pihak yang nak menghalalkan marijuana atau ganja ni. Walaupun tidak la terperinci seperti buku perubatan tapi ia sudah cukup untuk kita faham.

Daripada buku ini jugak la baru aku tahu marijuana ni ada jenis ye, aku ingat selama ni marijuana ni satu je. Dah yang paling menarik aku tak secara langsung dah belajar ilmu perubatan walaupun aku tak belajar tinggi pun.

Memang patut marijuana atau ganja ni diharamkan bukan mendatangkan kebaikan pun. Walaupun pihak yang nak menghalalkan berhujah tapi daripada segi perubatan ia masih lagi dalam peringkat ujikaji.

Dan yang aku suka penulis menyelitkan jugak unsur agama yang mana terdapat jugak sandaran agama Islam yang penulis gunakan untuk membahas hujah pihak-pihak yang nak menghalalkan ganja atau marijuana ni.


Saturday, 22 February 2020

Review buku : Ayat-ayat cinta 2


Alhamdulillah selesai jugak aku habiskan untuk baca buku ini. Sebenarnya buku ni dah kali ke 4 kot aku baca, seingat aku la kot. Mungkin lebih kot aku pun dah tak ingat. Korang jangan kata aku dah tua ye hehehe. Ala buku ni pun aku baca balik sebab aku nak buat review buku kat dalam blog aku ni. Dah alang-alang ada blog ni kan jadi baik aku baca balik novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ok la aku pun malas nak ulas membebel panjang kan nanti korang jemu pulak kan.



Buku novel ayat-ayat cinta 2 sambung daripada novel pertama yang mana tajuknya sama jugak, korang boleh klik kat sini untuk tahu review bukunya. Dalam novel kali ni aku boleh kata kan jalan ceritanya lebih menarik dalam perjalanan hidup Fahri selaku watak utama dalam cerita buku novel ayat-ayat cinta 2. Tapi kali ni Fahri bukan lagi pelajar tapi pengajar yang telah berjaya menamatkan pengajian beliau tapi bukan di Al-azhar. Setiap manusia tidak dapat lari dari di uji, begitu jugak dengan Fahri bila di uji dengan kehilangan isteri tercinta Aisha yang mana tidak di ketahui hidup atau pun mati.

Aku tak nak tulis la secara di detail nanti kalau aku tulis detail baik aku copy paste je tak payah la korang beli buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Apa yang pasti memang korang tak akan rugi bila membaca novel ni. Selain kita boleh layan dengan jalan ceritanya, masih terdapat ilmu yang dapat kita ambik dari buku novel ni. Pada aku selain ilmu agama yang mana mungkin kekadang kita sendiri pun tak mengetahuinya ada dalam buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ilmu sejarah malahan ilmu goegrafi pun boleh aku belajar dalam buku novel ayat-ayat cinta 2.

Aku memang tabik spring dengan penulis yang menulis buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Iye la selain ilmu yang penulis selitkan dalam buku novel ni. Jalan ceritanya jugak memang tak membosankan. Itu pendapat aku ye, pendapat korang aku tak tahu la.

Apa yang pasti bila aku baca novel ni, apa boleh aku kata watak Fahri ni seorang lelaki yang hebat dah boleh dikatakan sempurna. Pakej yang lengkap daripada segi dalaman dan jugak luaran. Yang perempuan, aku pasti memang akan termimpi-mimpi nak lelaki yang macam Fahri bila baca buku novel ni. Mana taknya dah la bijak, kaya dan yang penting beragama. Memang tak betul la kalau perempuan tu menolak jika ada lelaki macam tu.

Ayat-ayat cinta 2 memang tak akan memboringkan korang yang akan membacanya, tapi dengan syarat jika korang memang minat dengan buku novel yang bercorak keagamaan la. Kalau korang bukan peminat novel seperti ni memang akan bosan la, silap-silap setahun kot nak habiskan novel dengan ketebalan 1000 muka surat ni.