Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Wednesday, 18 March 2020

Review Buku : Buku Kekasih

Cendekiawan Arab dahulu kala ada mengatakan bahawa buku merupakan teman setia yang terbaik. Is tidak pernah mengecewakan kita.

Korang suka buku? Korang suka baca buku? Aku rasa korang patut baca buku ni. Kenapa aku tulis macan tu? Sebab utama aku tulis ada untuk memberitahu kat korang BUKU KEKASIH ini kiranya mukadimah untuk korang menambah minat korang dengan buku. 

Aku sendiri boleh dikatakan dah 3 kali aku baca BUKU KEKASIH ni, ia kekadang bila mood aku ke laut untuk membaca buku ni la boleh mengembalikan mood aku balik. Itu aku la, korang aku tak tahu la. Tapi korang boleh la cuba dapatkan BUKU KEKASIH ini untuk korang mula menghayatinya.

Dengan ketebalan 334 muka surat, BUKU KEKASIH ini aku pasti akan dapat memberi pengetahuan kepada korang berkaitan dengan buku. Kepakaran yang ada pada penulis tenteng buku, aku rasa BUKU KEKASIH ini pada aku memang terbaik.

Daripada BUKU KEKASIH ini jugak la aku boleh mengetahui sejarah, pemikiran, dan keunikan tenteng buku. Itu la aku katakan, BUKU KEKASIH ini sebagai mukadimah atau permulaan untuk korang meneruskan minat korang pada buku.

Dengan 5 bahagian yang dibahagikan dalam BUKU KEKASIH korang akan berpuashati apa yang korang akan dapat daripada setiap bahagian tu. Aku pasti korang tak akan bosan apabila membacanya. Jadi apa lagi cepat-cepat la dapatkan BUKU KEKASIH ini.

Saturday, 22 February 2020

Review buku : Ayat-ayat cinta 2


Alhamdulillah selesai jugak aku habiskan untuk baca buku ini. Sebenarnya buku ni dah kali ke 4 kot aku baca, seingat aku la kot. Mungkin lebih kot aku pun dah tak ingat. Korang jangan kata aku dah tua ye hehehe. Ala buku ni pun aku baca balik sebab aku nak buat review buku kat dalam blog aku ni. Dah alang-alang ada blog ni kan jadi baik aku baca balik novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ok la aku pun malas nak ulas membebel panjang kan nanti korang jemu pulak kan.



Buku novel ayat-ayat cinta 2 sambung daripada novel pertama yang mana tajuknya sama jugak, korang boleh klik kat sini untuk tahu review bukunya. Dalam novel kali ni aku boleh kata kan jalan ceritanya lebih menarik dalam perjalanan hidup Fahri selaku watak utama dalam cerita buku novel ayat-ayat cinta 2. Tapi kali ni Fahri bukan lagi pelajar tapi pengajar yang telah berjaya menamatkan pengajian beliau tapi bukan di Al-azhar. Setiap manusia tidak dapat lari dari di uji, begitu jugak dengan Fahri bila di uji dengan kehilangan isteri tercinta Aisha yang mana tidak di ketahui hidup atau pun mati.

Aku tak nak tulis la secara di detail nanti kalau aku tulis detail baik aku copy paste je tak payah la korang beli buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Apa yang pasti memang korang tak akan rugi bila membaca novel ni. Selain kita boleh layan dengan jalan ceritanya, masih terdapat ilmu yang dapat kita ambik dari buku novel ni. Pada aku selain ilmu agama yang mana mungkin kekadang kita sendiri pun tak mengetahuinya ada dalam buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Ilmu sejarah malahan ilmu goegrafi pun boleh aku belajar dalam buku novel ayat-ayat cinta 2.

Aku memang tabik spring dengan penulis yang menulis buku novel ayat-ayat cinta 2 ni. Iye la selain ilmu yang penulis selitkan dalam buku novel ni. Jalan ceritanya jugak memang tak membosankan. Itu pendapat aku ye, pendapat korang aku tak tahu la.

Apa yang pasti bila aku baca novel ni, apa boleh aku kata watak Fahri ni seorang lelaki yang hebat dah boleh dikatakan sempurna. Pakej yang lengkap daripada segi dalaman dan jugak luaran. Yang perempuan, aku pasti memang akan termimpi-mimpi nak lelaki yang macam Fahri bila baca buku novel ni. Mana taknya dah la bijak, kaya dan yang penting beragama. Memang tak betul la kalau perempuan tu menolak jika ada lelaki macam tu.

Ayat-ayat cinta 2 memang tak akan memboringkan korang yang akan membacanya, tapi dengan syarat jika korang memang minat dengan buku novel yang bercorak keagamaan la. Kalau korang bukan peminat novel seperti ni memang akan bosan la, silap-silap setahun kot nak habiskan novel dengan ketebalan 1000 muka surat ni.