Friday, 10 April 2020

PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi


Seperti yang telah dijanga dan ramai jugak yang mengharapkan, tepat pukul 4 petang hari ni 10 April 2020 Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin telah mengemumunkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan 2 minggu lagi bermula dari 15-28 April 2020.

Seperti yang aku tulis sebelum ni, suka atau tidak kita semua terpaksa jugak terima bagi kebaikan semua. Semua pihak berperanan dalam kita bagi memerangai wabak covid-19 ni. Korang kena la ikut apa yang telah pihak berkuasa sarankan, jika korang tak ikut macam mana kita nak perangi wabak covid-19.

Walaupun kes positif covid-19 terkawal pada kadar 7% berbanding dengan dunia. Dengan kadar kematian pulak hanya 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian pada peringkat dunia. Kita tak boleh tarik nafas lagi, masih lagi kita kena usaha bersama moga kita capai kadar SIFAR dalam memerangi wabak covid-19.

Selain itu jugak Kerajaan jugak membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi dalam fasa covid-19 ni.

Dengan beroperasi sektor ni selain memberikan kepada mereka bekerja, iye juga dapat membantu kepada mereka yang memerlukan perkhimatan sektor tersebut. Dengan kata mudahnya win-win situation.

Apa yang penting jaga kesihatan diri dan keluarga, jarakkan diri anda.

No comments:

Post a Comment