Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Friday, 10 April 2020

PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi


Seperti yang telah dijanga dan ramai jugak yang mengharapkan, tepat pukul 4 petang hari ni 10 April 2020 Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin telah mengemumunkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan 2 minggu lagi bermula dari 15-28 April 2020.

Seperti yang aku tulis sebelum ni, suka atau tidak kita semua terpaksa jugak terima bagi kebaikan semua. Semua pihak berperanan dalam kita bagi memerangai wabak covid-19 ni. Korang kena la ikut apa yang telah pihak berkuasa sarankan, jika korang tak ikut macam mana kita nak perangi wabak covid-19.

Walaupun kes positif covid-19 terkawal pada kadar 7% berbanding dengan dunia. Dengan kadar kematian pulak hanya 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian pada peringkat dunia. Kita tak boleh tarik nafas lagi, masih lagi kita kena usaha bersama moga kita capai kadar SIFAR dalam memerangi wabak covid-19.

Selain itu jugak Kerajaan jugak membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi dalam fasa covid-19 ni.

Dengan beroperasi sektor ni selain memberikan kepada mereka bekerja, iye juga dapat membantu kepada mereka yang memerlukan perkhimatan sektor tersebut. Dengan kata mudahnya win-win situation.

Apa yang penting jaga kesihatan diri dan keluarga, jarakkan diri anda.

Thursday, 27 February 2020

Baca dan renung cerita ni...

Aku rasa korang pun dah baca cerita ni kan. Takpa la pada mereka yang tak baca lagi tu aku nak kongsi la ye. Cerita ni aku copy dan paste tau, bukan aku yang dari idea aku atau pengelaman aku.

Kalau cerita aku tipu maka sumber yang aku ambik ni pun tipu la ye. Mana yang baik ambik sebagai pengajaran, yang tak baik tu korang jangan ikut pulak.


Malam tadi beratur kt drive thru Mcd. Lepas order, time nak bayar, kereta belakang hon². Tengok cermin belakang, sorg perempuan cina marah² macam suruh cepat. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan harmoni, bila kat counter bayar, aku bayarkan sekali makanan cina belakang tu. Bila budak counter tu bgtau perempuan  tu aku dah bayar, dia angkat tangan senyum² ucap terima kasih. Malu lah tu. Hmm.. 

Sampai turn pick up order, dengan dua resit di tangan, aku ambik sekali order perempuan tu. Dan terus hilang dalam kegelapan malam. 

Kau beratur la balik dari awal, lahanat!...

Kredit : OnViral

Monday, 26 March 2018

PERINGATAN UNTUK AKU DAN JUGA KORANG

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60an***
*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
*Nasihat kelima*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.