Bermula semalam 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 semua telco komunikasi yang menawarkan internet percuma 1G baik pasca mahupun prepaid akan melanjutkan perkhidmatan semalam 24 Jam. Aku rasa ini dah boleh buat mereka termasuk aku la jugak gembira dengan berita ni.
Jika sebelum ni perkhidmatan internet percuma 1G yang bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang kekadang memang tak habis digunakan sepenuhnya. Aku tulis daripada sudut kepada pengguna yang bukan jenis 'kuat' penggunaan internet ye.
Kepada mereka, pengguna internet yang 'kuat' mungkin takda makna dengan berita lanjutan ni. Iye la apa la sangat dengan 1G ni, walaupun hakikatnya mereka mengunakannya jugak kan 😁, cuma malu nak akui.
Berdasarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini sedikit sebanyak dapat la mengurangkan bebanan rakyat dengan lanjutan internet percuma 1G.
Dengan internet percuma 30G sebulan yang mana setiap hari pengguna boleh tebus balik sebanyak 1G untuk penggunaan bagi mendapatkan maklumat ataupun berita baik mengenai COVID-19 atau sebagainya. Aku dah bersyukur dah dengan bantuan yang kerajaan bagi untuk kemudian rakyat.
Aku bukan nak mengapu tapi aku tulis pekara yang betul. Ini bukan politik untuk aku promosikan ye. Benda betul dan mendatangkan kebaikan aku tulis.
No comments:
Post a Comment