Terus terang aku katakan aku ni bukan la anti atau boikot cerita melayu baik drama atau pun cerita di layar perak. Jika korang tengok pada post yang lepas kat blog aku ni, aku ada jugak review untuk drama melayu ye. Jadinya aku tak boikot drama atau movie Melayu.
Ok la, seperti yang korang semua tahu kan drama 7 hari Menyintaimu 2 ni baru je ditanyang dikaca TV jika tak salah aku 2.7.2020 baru ni ( jika salah tolong bagitahu ). Ia merupakan sambungan daripada yang pertama di mana ditayangkan pada tahun 2016 dan mendapat jumlah tontongan yang ramai pada waktu itu.
Aku sendiri pun terpaksa la jugak tengok yang pertama untuk drama 7 hari Menyintaimu ni sebelum aku tengok yang keduanya. Iye la jika tak tengok macam mana aku nak faham jalan ceritanya kan.
Tapi dalam 7 hari Menyintaimu 2 ni aku hanya tengok episode pertama je itu pun nak tahu permulaan ceritanya. Untuk episode seterusnya aku lompat-lompat tengok je tu pun jika aku ada kat depan TV rumah aku ni.
Untuk pandangan aku tentang drama ni sebenarnya memang boleh layan. Mana taknya watak yang di bawak oleh para pelakon memang berkesan dan hidup. Lebih-lebih lagi watak mak esah dengan Mia memang terbaik la, dengan watak tu la mnjadi perbahasan Aku dengan orang rumah aku. Dan korang kalau tengok pun drama ni akan setuju jugak.
Watak yang aku paling suka tengok adalah watak ayah khusairi. Iye la watak ayah yang tenang,tegas dalam lembut dan tak berat sebelah.
Cuma aku kecewa sikit la sebab drama 7 hari Menyintaimu 2 ni perubahan pelakon maksud aku tak dikekalkan dengan pelakon lama. Tapi untuk setakat semalam la drama ni memang tak mengecewakan cuma penat menunggu minggu depan je la Tu je.
Aku nak tulis sangat pun cerita ni baru lagi ditayangkan jadinya aku tulis setakat mana yang boleh aku tulis je la ye. Aku harap korang tak marah ye 😁.
No comments:
Post a Comment