Tuesday, 29 September 2020

Cabaran Seorang Yang Bernama Guru.


Terus terang aku katakan aku memang tak suka dengan apa yang penulis diatas tuliskan. Dan aku hairan kenapa nak salah kan guru dalam bab seperti ni? Memang betul hak mengeluarkan atau menyatakan pendapat tu hak individu atau organisasi selagi iye tak menyalahi undang-undang.

Memang betul kita sebagai ibubapa harapkan guru boleh memantau keadaan anak-anak kita di sekolah mahupun selepas waktu sesi persekolahan ditambah pulak waktu pendemik covid-19 sekarang ni. Seperti yang aku tulis kita mengharap jadi mengharap kat disini bukan kita letak terus 💯% pada guru dalam mengawal dan memantau anak-anak kita kat sekolah.

Kenapa aku katakan begitu? Aku ambik satu contoh je la ye kita sendiri sebagai ibubapa adakah kita pantau dan mengawal anak-anak kita bila kat rumah mahupun diluar rumah?

Jika kita sebagai ibubapa menjadikan alasan kerja dari hari isnin hingga jumaat kekadang sabtu atau ahad pun bekerja maka bila kita cuti adakah kita dapat memantau dan mengawal anak-anak kita?



Jadi kita nak salahkan guru lagi dalam bab ni? Aku cuma nak kita sama-sama fikirkan dengan apa yang ditulis dalam gambar kat atas tu. 

Aku memang tak nak ulas panjang sebab dah banyak dah orang yang tulis. Aku rasa cukup la itu je tulisan aku. Aku tak kisah korang nak kata apa pun yang pasti aku dah tulis pun.


Sunday, 27 September 2020

Bila Nafsu Lebih Diutamakan

Bagaimana korang hari ni harap semuanya dalam keadaan baik dan ok ye. Semalam hari yang amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia dah selesai dengan jayanya dan keputusannya pun dah kita semua ketahui. Aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh warga Sabah atas kejayaan memilih pemimpin baru untuk mentakbir negeri Sabah. Kepada yang kalah itu dah jadi lumrah dalam adat pertandingan. 

Aku bukan la jenis yang fanatik dalam politik walaupun dulu aku begitu tapi sekarang tak lagi. Dan tak salahkan untuk aku ambik tahu apa yang berlaku dalam mahupun kat luar negara kita ni sebab itu sebagai pengetahuan untuk aku.

Apa yang nak aku tuliskan disini adalah ketidak kepuasaan hati aku sebagai individu rakyat Malaysia serta hak untuk aku bersuara walaupun siapa la aku ni dan aku bukannya nak cari nama tapi sekadar aku nak luahkan apa yang terbuku dihati.

Thursday, 24 September 2020

Kenapa Tak Tulus Dalam Berita?


Apa yang korang fikirkan bila baca tajuk berita di atas? GELI itu yang akan terlitas pertama dalam fikiran korang dan jugak aku sendiri. Perasaan lain tu akan datang seterusnya betul tak.

Aku tak nak ulas atau tulis pasal mereka yang terlibat dalam berita tu. Apa yang nak aku tulis kat sini tentang kejujuran serta ketelusan dalam menyampaikan berita.

Aku dah muak sebenarnya dengan berita seperti macan ni yang mana melibatkan makanan tambahan lagi melibatkan status halal haram. 

Aku sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa berita seumpama atas pihak berkuasa atau pihak berita tidak menyampaikan serta memberita tahu siapa atau apa jenama yang terlibat. Kenapa takut atau sebab jika berterus terang akan mendatangkan jatuh air muka pada mereka yang buat salah?

Sampai bila la nak terus macam ni? Menyembunyikan tentang kebenaran? Yang menjadi mangsa kita ni. Mereka yang buat salah bukan dapat kesan apa pun. Malah yang pasti makin senang dan kaya ada lagi la.


Wednesday, 23 September 2020

Perutusan Khas PM Yang Mengembirakan.

Aku pasti rakyat Malaysia pasti akan bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri Kita Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin atas keprihatinan kepada rakyat.

Dalam perutusan khas yang telah Perdana Menteri kita sampai kan, beliau membentangkan ataupun bantuan yang kerajaan salurkan untuk meringankan beban kita rakyat Malaysia.

Pakej kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN atau ringkas nya KITA PRIHATIN yang Perdana Menteri kita umumkan mensasarkan kepada :

Monday, 21 September 2020

Jatuh Ke Kejantanan Seorang Lelaki Buat Kerja Rumah?


Apa pendapat korang dengan tajuk post yang aku tulis tu? Apa jawapan korang?. Pada aku sebenarnya tiada malu atau tak akan jatuh pun kejantanan lelaki bila seorang lelaki buat kerja rumah pun. Kenapa aku tulis macan tu? 

Aku buat contoh senang je, korang dan jugak termasuk aku yang bergelar lelaki sebenarnya dah pun di ajar untuk buat kerja rumah ni dari kanak-kanak lagi sebenarnya. Cuba korang ingat-ingat apa mak ayah korang ajar kerja rumah pertama kali yang korang buat masa tu? Aku rasa setiap korang memang ada kan melainkan korang dilahirkan dalam dulang emas yang mana ada orang gaji atau maid.

Jadi bila dah berkeluarga ni tak kan la korang rasa kejantanan korang jatuh bila buat kerja rumah. Iye la tak kan korang basuh baju, basuh pinggang mangkuk, hatta memasak dan sebagainya tu dapat menjatuhkan maskulin korang kan.

Saturday, 19 September 2020

Kelebihan Dan Kekurangan Astro Njoi.


Alhamdullilah dah hampir 5 tahun dah aku melanggan Astro Njoi ni. Iye la tambahan dalam keadaan ekonomi yang tak stabil lagi di sebabkan pendemik covid-19, aku rasa aku tak salah memilih Astro Njoi ni.

Terus terang aku katakan sebelum ni aku memang melanggan Astro dengan pekaj lebih kurang sebulan aku kena keluarkan RM80 untuk aku dapat melihat rancangan yang ditanyangkan oleh pihak Astro walaupun cerita tu berulang ditanyangkan. 

Thursday, 17 September 2020

Bila Dah Kahwin...


Perkahwinan merupakan penyatuan dua insan lelaki dan perempuan mengikuti undang-undang sah baik seluruh dunia mahupun Malaysia. Dalam Islam pulak perkahwinan ini adalah cara bagi menghalalkan hubungun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Perkahwinan jugak merupakan penyatuan ataupun menjalin hubungan silaturahim antara dua keluarga baik sebelah pengantin lelaki begitu jugak sebelah pengantin perempuan. Dengan kata lain aku tulis perkahwinan ini bukan sekadar perkahwinan untuk individu he tapi seluruh keluarga kedua-dua pihak.

Bila kita dah berkahwin kita kena terima kehadiran keluarga antara satu sama lain. Maka dengan ini bermula la keadilan dalam kita melayan kedua-dua keluarga.

Jika kita lihat dalam islam ibu bapa baik kita sendiri atau pun mertua kedua-dua nya hukum nya sama dalam bab memuliakan selagi selaras dengan mereka mengikuti Sharan Islam.

Ketidak selesaan tu memang normal la dalam kehadiran kita dalam keluarga yang baru. Tapi bak kata orang " tak kenal maka tak cinta ". Kita terpaksa belajar untuk menyesuainkan diri dengan keluarga baru kita. Baik mertua, adik beradik ataupun biras semuanya kita kena belajar mengenali baik pergaulan, komunikasi, dan sebagainya.

Dalam bab pengiliran antara dua keluarga ni hendak lah Adil dan saksama. Jangan berat sebelah. Seperti yang aku tulis awal tadi dalam perkahwinan bukan kita kahwin individu tapi kita kahwin dengan keluarga pasangan kita.

Baik buruk keluarga pasangan, kita kena terima dengan keikhlasan dan keredaan hati kita. 

Apa yang aku tuliskan ni secara umum sebabnya yang hakikat atau realiti nya berbagai cerita yang kita baca atau dengar tentang masalah bila dah kahwin ni terutamanya keluarga mertua. 

Aku bukannya pandai nak bagi nasihat dalam bab perkahwinan ni. Cuma aku tulis sebab aku nak jadi ingatan kepada aku sendiri itu he tak lebih dan tak kurang.


Review Buku : Ulu Yam Di Liverpool


Buku ULU YAM DI LIVERPOOL- membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

Aku memang suka buku trevolog tak kira la siapa pun penulisnya kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam cerita yang ditulis oleh penulis untuk dikongsikan bersama pembaca. Baik kisah hidup, cabaran serta motivasi.

Begitu jugak la dengan buku yang aku kongsikan dengan korang kali ini. Dah lama dah aku nak dapatkan serta nak baca buku ULU YAM DI LIVERPOOL ni. Baru sekarang aku dapat miliki dan membacanya.

Thursday, 10 September 2020

Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Hari ni Kuala Lumpur telah dilanda banjir kilat setelah hujan lebat yang mana bermula dari jam 2 petang tadi. Aku boleh kata kan Kuala Lumpur seumpama berada ditengah lautan lebih-lebih lagi dengan pemandangan masjid India yang hampir ditengelami air.

Menurut laporan daripada sumber berita terdapat beberapa tempat ditenggelami air antara 1 hingga 1.5 meter.

Selain daripada itu terdapat jugak tempat yang terjejas antaranya di lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru serta di Jalan Gurney Kiri, Jalan Semarak.

Wednesday, 9 September 2020

Menu Mamak Jadi Pilihan 'lunch' Aku Sekeluarga.

Kekadang orang rumah aku dah tak tahu dah nak masak apa untuk makan tengahari kami sekeluarga. Korang jangan ingat pulak kat rumah aku takda lauk basah untuk masak ye, kat dalam peti sejuk rumah aku ni alhamdullilah semuanya ada.

Dan satu lagi orang rumah aku ni bukan malas nak masak ye. Aku bukan nak puji orang rumah aku sebab aku yakin para ibu dan para isteri kat luar sana semuanya rajin dalam bab masak memasak ni. Tambahan pulak dengan kecanggihan teknologi sekarang semua resepi masak ada di hujung jari he.

Berbalik dalam bab masak ni memang para ibu dan jugak isteri termasuk la la orang rumah aku sendiri pening jugak untuk sediakan juadah untuk keluarga. Iye la menu makan harian, tak kan la nak buat yang sama je kan nanti jemu pulak.