Thursday, 20 May 2021

Alahai Kuah Laksa Je Pun...


Itu la bila kita semua tak kira la tua,muda,kecil,besar,lelaki mahupun perempuan dah pandai bersosial media ni kelakuan malahan apa yang kita tulis bak orang kata "pakai lepas". Iye la ko punya media sosial ko yang punya kan. Termasuk la jugak aku 😁.

Sebelum Raya hari tu viral dengan cincau nya hari ni maksud aku dalam dua tiga hari ni viral pulak pasal perang laksa. Nasib baik la aku follow kisah viral laksa ni 😁. Kisah cincau aku lambat follow tu yang tak boleh nak tulis dalam blog aku ni 😁.

Alkisahnya bermula bila daripada hamba Allah ni muat naik tulis bahan utama dalam pembuatan kuah laksa disamping diseletkan jugak dengan kenegerian di dalam Facebook. Jadinya dari situ bermula la perang laksa.


 
Aku sendiri bila baca komen nertizen dalam peperangan laksa ni terus terang aku tulis kat sini aku senyum dan ketawa je. Aku ambik benda tu sebagai hiburan aku je. Orang lain aku tak tahu la.

Pada aku dalam bab makan ni aku tak kisah yang penting HALAL dan kena dengan tekak aku sebab apa yang kita makan tu selain jadi Sarah daging kita pengakhirannya menjadi bahan buangan daripada kita jugak.

Laksa tetap laksa walaupun bahan utama untuk menghasilkan kuah tu tak sama seperti yang ko belajar daripada resepi turun temuran. Iye la jika ko berada diluar negera la jika ko nak buat laksa tak kan kau nak order bahan utama itu dari Malaysia kot. Jadi penyelasainya guna la apa yang ada kat negera ko duduk tu. Setakat kurang 1,2 bahan utama tu takpa la janji ada rasakan.

Sama jugak dengan masak gulai tempoyak dalam kepala kita mesti bahan utama ikan patin kan. Sekarang ni je generasi muda dah buat perubahan yang mana tak semestinya nak guna ikan patin untuk buat gulai tempoyak. 

Seperti yang aku tulis awal tadi yang penting ada rasa,sedap dan HALAL. Jika makan kalau sedap mahu bertambah aku rasa betul tak.

Tapi itu la manusia ni ada yang boleh terima dan ada yang nak sama dari dulu kini dan selamanya. Apa pun terpulang kepada kita sebab kita yang buat benda tu.

No comments:

Post a Comment