Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.
Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.
Terlebih dahulu memang aku marah...iye aku marah pada kerajaan. Itu permulaan perasaan aku dan aku zahirkan kat dalam tulisan aku ni.
Bila fikirkan, direnungkan balik kerajaan dah buat yang terbaik dah. Aku bukan nak megapu atau pun nak kipas dengan kerajaan sekarang ni sebab bukan aku dapat bayaran pun. Cuma ini PANDANGAN Aku.
Kenapa aku tulis macam tu... sebab nya kerana kes baru covid-19 makin hari makin bertambah jika turun iye masih 4 angka. Ibarat " ditelan mati mak..." . Itu yang boleh aku gambarkan dengan kerajaan sekarang buat baik ada nertizen yang tak puas hati termasuk aku la jika buat tak baik lagi lagi nertizen tak puas hati termasuk jugak Aku. Semuanya tak kena dengan kehendak hati.
Pada aku elok la kerajaan buat PKP balik sebab apa, sebab kita jugak yang salah dan penyebab kepada terjadi nya pelaksaan PKP ini semula. Memang antara kita ada yang #kitajagakita tapi orang lain yang tak #kitajagakita.
Korang tengok la sendiri kerajaan dah bagi arahan merentas negeri untuk balik kampung bagi menyambut aidilfitri tak dibenarkan masih ada yang cuba nasib. Itu belum lagi yang berlaku kat bazar Ramadan dan bazar aidilfitri.
Entah la bila lihat dan tengok apa yang berlaku kita sebagai rakyat memang tak takut jika terkena virus covid-19 ni. Iye la bukan aku yang kena tapi orang lain. Jika itu la yang kita jadi pedoman dan pegangan kita aku nak ucapkan terima kasih dan PADAN MUKA jika kita seperti India. Biar kita sama-sama susah.
Aku bukan mintak itu terjadi tapi jika apa yang berlaku sekarang kita semua tak nak #kitajagakita maka kita sama-sama la tunggu ianya terjadi.
Dah aku rasa cukup la aku tulis sebab yang berlaku dah berlaku cuma sekarang ni #kitajagakita dan ikut SOP moga-moga kes covid-19 ni akan turun hingga ke sifar. Insyallah.
No comments:
Post a Comment