Showing posts with label SOP. Show all posts
Showing posts with label SOP. Show all posts

Tuesday, 11 May 2021

PKP Lagi...


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.

Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.

Wednesday, 19 August 2020

Salam Maal Hijrah 1442


Alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Esa dapat jugak kita semua terutama mereka yang beragama Islam sampai ke tahun baru dan jugak dapat menghayatinya sekali lagi falasafah penghijrahan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW.

Aku tiada la nak tulis panjang tentang kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Aku rasa korang semua tahu dan memang tahu ceritanya tapi jika korang tak tahu nampaknya korang kena la cari la ye. Sekarang maklumat kan ada kat hujung jari je cuma taip je.

Dalam kita menempuh norma baru sekarang ni kehidupan kita sepenuhnya berhijrah secara penuh dari cara kehidupan sebelum ni. Arahan patuhi SOP yang kerajaan laungkan dan ingatkan setiap masa bukan la nak susahkan kita semua tapi untuk kebaikan Kita.

Tuesday, 4 August 2020

Alhamdulillah Selesai Majlis Kahwin


Alhamdulillah pada 2 Ogos 2020 majlis perkahwinan adik bongsu aku selesai dengan jayanya, walaupun penat aku bersama dengan adik-adik aku yang lain berpuas hati terutama bila melihat wajah ceria kedua orang tua.

Dengan ini dalam keluarga aku dah takda dah la majlis kahwin kan 😁. Dan majlis kahwin kali ni majlis yang boleh aku katakan akan menjadi kenangan untuk aku sekeluarga.

Untuk majlis kahwin adik bongsu aku masih tetap dibuat secara gotong royong, bukan tak nak guna khidmat katering tapi orang tua aku lebih suka lagi dengan cara gotong royong. Iye la dengan cara ni kemesraan setiap ahli keluarga dan saudara mara akan bertambah.

Baik daripada segi penyedian bahan untuk masakan hingga la masak lauk untuk kenduri semuanya dibuat secara gotong royong.

Monday, 6 July 2020

Patuh Kah Kita Dengan SOP Dalam PKPP


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya betul ke aku ni nak tulis kat blog aku ni. Iye la apa pro dan kontra nya nanti bila aku tulis. Tapi aku rasa selagi tak salah dan melanggar undang-undang tak akan menjadi kesalahan. 

Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah rintiktan kepada majlis kenduri kahwin yang aku pergi pada hari sabtu 4 Julai 2020 tempoh hari. Tapi aku minta maaf gambar majlis kahwin tu takda aku lupa nak ambik 😁 jangan marah ye.

Memang kita semua tak boleh nak elak dan memang kena hadapinya dengan gaya hidup kita dalam era norma baharu sekarang. Kehidupan kita dah tak sama macam kehidupan yang sebelum ini, kehidupan norma baharu sekarang kena patuh pada SOP.

Menjadi persoalan sekarang ni patuhkah aku dan korang semua dengan SOP yang kerajaan arahan? 

Wednesday, 20 May 2020

Perlu Ke Beriye Buat Persiapan Aidilfitri Tahun Ni?


Dah tak lama dah kita nak sambut Aidilfitri ikutkan dalam berapa hari je lagi. Macam mana persiapan korang nak menyambut Aidilfitri tahun ni? Dah beli baju baru? Duit raya dah tukar ke belum ni? Kuih muih macam mana beli buat sendiri?.


Amboi korang jika macam tu la persiapan korang, maknanya korang beraya sakan jugak la tahun ni. Iye raya aidlfitri sekali hanya dalam setahun kan, jadi dah berpuasa sebulan maka kena la sambut raya baru la ada makna.

Tapi dalam waktu sekarang ni, aku dan korang sedar dan tahukan raya aidilfitri tahun ni tak akan sama seperti tahun-tahun yang sudah. Dengan dunia masih lagi berperang dengan wabak COVID-19 dan negara kita Malaysia dalam PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ), aku rasa kemeriahannya akan suram sikit.