Showing posts with label Kita jaga Kita. Show all posts
Showing posts with label Kita jaga Kita. Show all posts

Monday, 12 April 2021

Salam Ramadan Al Mubarak...


Alhamdullilah dan syukur kepadanya sekali lagi kita semua ( kepada mereka yang beragama Islam ) sekali lagi dapat merasai dan menyambutnya lebih-lebih lagi dalam pendemik covid-19 ni. 



Aku harap kita sama-sama #kitajagakita dalam menyambut ramadan tahun ni. Walaupun bazar ramadan,dibenarkan beroperasi Dan jugak kedai makan dilanjutkan hingga pukul 6 pagi  aku harap kita semua ikut SOP yang telah ditetapkan.



Saturday, 1 August 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha


Aku rasa tak lewat aku ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada mereka yang beragama islam walaupun korang berada. Tiada apa nak aku tuliskan dengan cerita Raya dalam suasana kita hidup dalam norma baharu ni. 

 

Raya tetap raya seperti tahun-tahun yang lepas cuma raya tahun ini kita sambut dengan mengikuti SOP yang telah kerajaan arahkan. Bermula hari ni jugak 1 Ogos 2020, kita diwajibkan untuk memakai penutup hidung dan mulut bila korang keluar untuk kemana-mana atau buat urusan.Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan denda.

Kita jaga kita itu yang dapat aku tulis.

Monday, 6 July 2020

Patuh Kah Kita Dengan SOP Dalam PKPP


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya betul ke aku ni nak tulis kat blog aku ni. Iye la apa pro dan kontra nya nanti bila aku tulis. Tapi aku rasa selagi tak salah dan melanggar undang-undang tak akan menjadi kesalahan. 

Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah rintiktan kepada majlis kenduri kahwin yang aku pergi pada hari sabtu 4 Julai 2020 tempoh hari. Tapi aku minta maaf gambar majlis kahwin tu takda aku lupa nak ambik 😁 jangan marah ye.

Memang kita semua tak boleh nak elak dan memang kena hadapinya dengan gaya hidup kita dalam era norma baharu sekarang. Kehidupan kita dah tak sama macam kehidupan yang sebelum ini, kehidupan norma baharu sekarang kena patuh pada SOP.

Menjadi persoalan sekarang ni patuhkah aku dan korang semua dengan SOP yang kerajaan arahan? 

Friday, 17 April 2020

Hari 31: Kita Jaga Kita


Dah 3 hari dah kita masuk dalam fasa yang ke 3 ni rupanya. Pejam celik pejam celik 31 hari kita semua berapa dalam perintah kawalan pergerakan atau PKP.

Apa yang nak aku tuliskan kali ni KITA JAGA KITA, iye kita jaga kita bacanya seperti pentingkan diri sendiri kan. Tapi itu hakikatnya apa yang aku rasa sekarang ni. Sekali lagi aku tulis APA YANG AKU RASA tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Kenapa aku tulis macam tu, ini semuanya adalah kerana yang terjadi pada aku sendiri. Memang dalam keadaan sekarang ni kita di minta sentiasa berhati-hati ikuti apa yang kerajaan telah arahkan.

Tapi jika kita tak bersama dalam menangani wabak covid-19, aku rasa memang akan sia-sia dan tak akan ada perubahan dalam semua yang kerajaan Malaysia mahukan.

Dalam zaman maklumat hanya dihujung jari, setiap info dan maklumat senang serta cepat kita akan dapat tahu. Tapi jika kita tak menggunakannya memang tak akan berguna la.

Berita PALSU dan berita yang tidak benar tu, aku sendiri pun marah jika tersebar. Bagaimana pulak jika ada yang bertanya untuk tentukan kebenaran dalam sebuah berita? 

Jika palsu katakan la palsu, jika betul dan benar kenapa pulak nak sorok? TAKUT mendatangkan aib? BODOH betul la berfikirkan begitu dalam keadaan sekarang ni. 

Cuba korang tengok gambar kat atas. Korang rasa aib ke jika buat macam tu? Mariah korang akan jatuh ke? Korang fikir sendiri je la.

Satu lagi masjid atau surau kenapa tak main kan peranan dengan mewar-warkan keadaan kawasan mereka sama ada baik atau tidak. Adakah ahli masjib jugak takut dan terasa aib? Aku memang tak nak bahas panjang lebar nanti kan lain jadi nya silap-silap aku kena report.

Aku tulis ni nak kita sama-sama fikir dan bersama dalam kita berperang untuk hapuskan wabak covid-19. Kita jaga Kita.