Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Tuesday, 11 May 2021

PKP Lagi...


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.

Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.

Sunday, 24 May 2020

Salam Aidilfitri 1441

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN aku nak ucapkan kepada korang semua walaupun dimana korang berada. Aku harap aku tak terlewat untuk aku ucapkannya.

Pasti kita semua menyambut Aidilfitri kali ini berbeza dengan tak sama seperti tahun-tahun yang lepas. Tapi Raya tetap Raya kan bezanya hanya kita tak boleh mengziarahi seperti selalu jika nak ziarah jugak kena la ikut SOP. 

Kepada mereka yang ada dibandar pulak tahun ni kita tak dibenarkan balik ke kampung ataupun dengan kata lain tak dibenarkan merentas negeri. Tapi masih ada lagi mereka yang degil cuba-cuba nak merentas negeri.

Apa-apa pun waktu aku tulis ni tinggal beberapa jam lagi waktu dibenarkan untuk menziarah serta kunjung mengunjungi hari ni 1 Syawal. Ini bukan la perintah berkurung cuba satu kelonggaran daripada pihak kerajaan. Cuma kerajaan nak kita mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang telah dikeluarkan. 

Aku harap syawal ni korang masih Menyambut dengan penuh kesyukuran dan ceria bersama keluarga tercinta. KITA JAGA KITA.

Sunday, 10 May 2020

Salam Nuzul Al-Quran 2020

 

Aku rasa tak lewat untuk aku ucapkan salam nuzul Al-Quran kepada korang yang beragama Islam tak kira la walaupun kat mana korang berada. Alhamdulillah dah hari ke 17 para Muslim dan muslimat berpuasa dan dah hari ke 6 kita semua berapa dalam PKPB. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan tentang PKPB ni kerana apa yang aku tengok semunya dalam keadaan baik dan pada mereka yang mengikut SOP syabas dan tahniah aku ucapkan. Kita masih lagi berperang. Kepada mereka yang degil dan buat-buat tak faham dengan SOP tu aku cuma doakan korang akan berubah.

Hari ni jugak Perdana Menteri kita YAB Datuk Sri Muhyiddin Yasim dalam perutusan beliau bersempena nuzul Al-Quran petang tadi telah menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ataupun PKPB ini telah dilanjutkan 4 minggu lagi bermula esok 13 mei hingga 9 Jun 2020.

Perdana Menteri kita juga menyatakan PKPB fasa ke 2 ini rentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri dan jugak pesta Kaamatan tidak dibenarkan sama sekali. Kepada mereka yang nak mengunjungi ke rumah semasa perayaan hanya dihadkan kepada tidak lebih daripada 20 orang dan hanya kawasan yang berdekatan dengan rumah. 

Yang pastinya jugak kita menunggu pembentengan berkenaan dibolehkan solat jemaah baik di masjid atau di surau bagi orang Islam serta menjalan kegiatan agama kepada mereka yang bukan Islam setelah mendapat kelulusan Agung.

Aku jugak sini nak ucapkan selamat hari ibu, hari mak, hari mama dan sewaktu dengannya.