Alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Esa dapat jugak kita semua terutama mereka yang beragama Islam sampai ke tahun baru dan jugak dapat menghayatinya sekali lagi falasafah penghijrahan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW.
Aku tiada la nak tulis panjang tentang kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Aku rasa korang semua tahu dan memang tahu ceritanya tapi jika korang tak tahu nampaknya korang kena la cari la ye. Sekarang maklumat kan ada kat hujung jari je cuma taip je.
Dalam kita menempuh norma baru sekarang ni kehidupan kita sepenuhnya berhijrah secara penuh dari cara kehidupan sebelum ni. Arahan patuhi SOP yang kerajaan laungkan dan ingatkan setiap masa bukan la nak susahkan kita semua tapi untuk kebaikan Kita.
Kita jaga kita, aku sebenarnya malas nak tulis kepada mereka yang degil dan keras kepala dengan tidak mematuhi SOP yang kerajaan arahan kan. Cuma aku sedih undang-undang bagaikan bermata tahu memilih mana mereka intan dan mana mereka yang kaca.
Mereka yang jenis macam ni bukan yang biasa-biasa atau 'low class' tapi yang ada Pendidikan tapi tu la perangai manusia. Aku lebih suka jika kerajaan kita betul-betul tegas tapi aku tetap aku yang hanya mampu luahkan kat dalam ni je.
Apapun sekali lagi aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada korang yang beragama Islam.
No comments:
Post a Comment