Saturday, 15 August 2020

Alhamdulillah Bertambah Lagi Umur Aku


Alhamdulillah itu yang dapat aku tulis dengan pertambahan usia aku tahun ni. Iye la dengan kesihatan yang diberikan oleh Maha atas, selain bersama dengan orang yang tersayang disertakan sedikit rezeki yang ada. Apa lagi yang aku nak selagi ada dimuka Bumi ni.

Dengan trendmake aku iaitu Aku bukan baik tapi aku nak jadi baik bertepatan la pulak dengan usia yang bertambah setiap tahun. Aku rasa cukup-cukup la jadi nakal atau buat benda yang tak mendatangkan hasil.

Aku ni bukan baik tapi aku nak jadi baik sebab dalam usia dah mencapai 4 seri ni tak kan la nak sama je. Tak kan la tak nak ada perubahan untuk diri sendiri. Biar la perubahan tu tak di pandang oleh orang lain tapi ia menjadi kebanggan kepada kita sendiri dan kepadanya.


Aku bukan nak berdakwah atau nak jadi ustaz dalam blog aku ni. Aku tulis untuk aku sendiri sabab apa sebab MATI . Iye sebab MATI kerana mati bukannya boleh dijangka. Entah lepas aku tulis mungkin jugak aku tengah taip ni aku dah takda kat dunia ni.

Siapa pun takut pada MATI tak kira la ko siapa, cuma mati yang macam mana yang kita mahu. Itu la sebab aku kena sentiasa ingatkan pada aku untuk aku buat perubahan ke arah menjadi baik. 

Aku pun berdoa moga korang akan sentiasa menjadi baik dan lebih baik daripada aku. Moga aku dan korang, kita sama-sama bersama di Jannah.




No comments:

Post a Comment