Saturday, 8 August 2020

Betul Ke Hanya Melayu Je Yang Malas?

Dah lama dah aku nak post dengan tajuk ni tapi ada je halangan dan jugak pro serta kontra yang perlu aku fikirkan. Isu melayu malas ni aku dah muak sebenarnya mana tak aku tengok iye melibatkan isu perkauman. Kepada hamba Allah yang mencetuskan isu Melayu malas ni aku tertanya-tanya adakah hanya bangsa melayu je ke yang malas?

Maknanya kepada mereka yang keterurunan bangsa melayu ni walaupun dimana anda berada adalah bangsa yang malas. Aku bukan nak jadi batu api atau mengeruhkan keadaan cuma aku tulis ni adalah kerana muak.

 
Iye aku muak kepada mereka yang mengatakan bangsa melayu malas!!! Dalam Malaysia kita ni ada berbagai bangsa yang mendiami negara kita ni. Adakah bangsa lain tiada yang malas? 




Pada mereka yang pandai pepatah Inggeris ada mengatakan ' don't judge books by cover ' jadi aku ambik pepatah ni ditujukan dengan isu bangsa melayu malas. Manusia tetap mañusia jangan terus salahkan bangsa.

Aku kekadang terfikir adakah dengan ada rumah besar kereta mewah baru la menunjuk kejayaaan dàn keràjinan pada zaman sekarang?

Memang aku akui ada orang melayu yang malas tapi aku tak kata bangsa melayu yang malas. Aku tujukan orang perseorangan begitu jugak bangsa lain secara perseorangan. Manusia tetap manusia warna rambut tetap sama tapi hati lain-lain.

Satu lagi rajin dan malas ni pekara subjktif tiada maksud yang jelas hanya berpandukan pada kelakuan je. Aku tak paksa korang terima apa yang aku tulis ni, aku hanya luahkan perasaan aku.

Aku memang tak tulis panjang tentang pekara ini. Cukup la Aku tulis apa yang aku ràsa dengan isu malas ni.

No comments:

Post a Comment