Thursday, 6 August 2020

Cendol Durian Musang king Vs Cendol Durian D24

Semalam dalam perjalanan aku sekeluarga balik ke Kuala Lumpur daripada kampung, aku singgah gerai cendol kat Raub Pahang. Selain nak rehat sambil menikmati cendol durian, aku nak jugak la rasa durian musang king dan jugak durian D24 ni.

Dengan harga RM30 yang dikeluarkan, alhamdulillah dapat la aku sekeluarga rasa untuk 2 jenis cendol durian ni. RM18 untuk cendol durian musang king dan RM12 untuk cendol durian D24.

                                       cendol durian D24

                              cendol durian musang king

Terus terang aku katakan untuk aku sekeluarga untuk beli sebiji untuk kedua-dua durian D24 atau musang king ni memang tak mampu la buat masa ni.

Jadi cara ni macam ni la yang dapat aku buat untuk rasa durian musang king dan durian D24. Janji aku sekeluarga dapat la rasa kan. Lepas ni jika orang tanya aku boleh la aku jawap kan.

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf jika apa yang aku tulis nanti mungkin korang tak setuju. Ini pandangan aku setelah apa yang aku rasa dengan kedua-dua jenis durian ni.

Durian D24 rasa nya biasa je sedap memang sedap dengan lemak dan manisnya. Pada aku cukup sempurna dan tak kalah dengan durian musang king. Sebabnya durian D24 ni ia ada kelasnya sendiri. Dengan harga semasa pada aku durian D24 boleh la dibeli sebagai alternative untuk durian musang king.

Bagi durian musang king pulak setelah aku rasa aku terus teringat sewaktu pertama kali aku rasa durian bangkok yang mana satu ketika dulu menjadi viral.

Dengan rasanya yang ada pahit sikit, manis dan lemaknya memang sempurna. Selain isinya tebal yang pasti menberikan kepuasan pada mereka yang memakannya, tambahan dengan warna kuningnya yang menyerlah dibandingkan dengan isi durian D24 menjadikan ia jadi tarikan untuk mereka yang suka pada durian ingin merasanya. 

Cuma sayang sekali aku tak pulak ambik gambar gerai cendol yang aku sekeluarga singah makan tu. Insyallah lain kali aku akan post gerai cendol Tu.



No comments:

Post a Comment