Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya ).
(Dengan itu) Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu Dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ' Adn '. Itulah kemenangan yang besar. ( Terjemahan surah Saff 61:10-12 )
Rasanya dah lama aku tak buat review untuk buku ni. Iye la dalam bab baca buku ni aku bukan la diketegorikan orang yang rajin. Walaupun aku memang minat dengan buku tapi bab membacanya kekadang ke laut.
Ok la untuk buku kali ni, alhamdulillah aku dapat habiskannya dengan ketebalan buku yang boleh aku katakan tebal jugak iaitu 327 muka Surat.