Showing posts with label undang-undang. Show all posts
Showing posts with label undang-undang. Show all posts

Friday, 16 April 2021

Respect Untuk Semua...


Aku sebenarnya dah semalam terfikir perlu ke aku tulis atau tak. Idea untuk menulis dah ada tapi aku risau kot-kot apa yang aku tulis ni akan menganggu atau mendatangkan sensitif kepada mereka yang membacanya walaupun aku tahu blog aku ni bukan la terkenal mahupun famus seperti blogger yang hebat yang dah ada nama.

Dengan hari ke 4 kita dah menunaikan kewajipan kita dalam bulan yang pernuh berkat ni diserta dan ditambah pulak hari jumaat penghulu segala hari. Aku cuba tulis moga-moga tulisan aku ni masih dalam SOP yang dibenarkan. Insyallah.

HORMAT... Itu yang boleh aku tulis secara tak langsung peringatan untuk aku dan korang jugak. Dalam Malaysia kita ni ada berbagai kaum yang aku dan korang tahu kan. Jadinya kita semuanya ni bukan hidup atau tinggal hanya "kita-kita" je dan bukan hidup kera sumbang.

Aku dan korang sendiri pun tahu malahan ada jugak yang buat-buat tak tahu ada bebarapa pekara yang kita perlu hormat menghormati antara kita sebagai rakyat yang berbilang kaum ni. Aku malas nak tulis dengan panjang lebat sebab bila korang dah baca sampai aku TULIS ni maknanya korang adalah yang bijak dan tahu apa yang aku maksud kan.

Jika korang ikut la kisah atau berita baik dalam media cetak atau media yang lain, pasti ada memang akan ada cerita yang menyetuh pasal isu sensitif ni yang mana segaja di ada-adakan oleh mereka yang tak bertanggungjawap.



Aku...iye aku terus terang katakan aku memang marah,geram. Tapi iye la setakat itu je la yang aku mampu. Aku bukannya dayus ye, tapi Negara kita Malaysia ni ada undang-undang yang wajib kita ikut. Biar la pihak yang berwajib buat kerja mereka. Tugas kita laporkan jika perkara macam tu ada berlaku.

Aku rasa takat itu je la yang mampu aku TULIS. Aku tulis panjang lagi takut lain pulak jadinya. 

Tuesday, 26 May 2020

Pemandu Mabuk Bagai Tiada Kesudahan...


Marah, itu perkataan yang paling sesuai untuk aku tulis bagi gambarkan apa perasaan aku sekarang ni. Iye la mana tak marah jika bila baca tajuk macam tu. Bukan sekali ni je boleh dikatakan cerita macam ni tak akan habis ia akan pasti berlaku.

Kisah pemandu mabuk ni umpama takda kesudahan jika sekali difikirkan secara tak pandai kerajaan Malaysia tidak ambik berat pasal kes pemandu mabuk ni. Ini pendapat tak pandai aku ye, aku rasa pemandu mabuk ni kebal kot dengan undang-undang. Atau undang-undang yang ada sekarang tak cukup kuat kot untuk pemandu mabuk.

Kekadang aku sedih jika baca kisah kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk ni. Sebab apa aku sedih? Sebabnya kebanyakkan mangsa kemalangan pasti maut manakala sipelaku yakni pemandu mabuk paling teruk pun cedera parah yang tak mendatangkan maut je. Jika maut pun boleh dibilang dengan jari je.

Aku tertanya-tanya sampai bila lagi kerajaan nak ambik tindakan tegas atau memperketakkan undang-undang bagi pemandu mabuk ni. Nak kata takda yang maut rasanya dah ada bukti pun. Atau nak tunggu mereka yang berkepentingan baru nak memperketakkan undang-undang.