Thursday, 2 April 2020

Hari 16 : Kesan PKP Dah Terasa


Pejam celek pejam celek dah masuk bulan April dah kita dah. Bermakna dah masuk hari yang 16 kita berada dalam perintah kawalan pergerakan.

Semalam 1 April, pengarah Kesihatan Malaysia ada mengatakan terdapat tanda yang menunjukkan Malaysia akan pulih daripada wabak covid-19 ni. Alhamdullilah itu yang dapat aku ucapkan dan aku berharap Malaysia akan terus bebas dari wabak covid-19. Tapi kita semua kena ingat selagi kita tak bekerjasama dengan kerajaan seperti mematuhi perintah kawalan pergerakan ni, mustahil dan jangan mimpi la nak Kita khususnya Malaysia akan pulih.



Hingga semalam masih ada lagi mereka yang degil dan tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan ni. Aku rasa sedih dengan mereka yang degil ni, Susah sangat ke nak ikut perintah kawalan pergerakan yang kerajaan arahkan. 

Entah la kalau dah degil dan tak faham bahasa ni susah. Tua dengan degil cara tuanya, yang muda pula degilnya pula. Jika la macam ni memang lambat lagi Kita khususnya Malaysia nak pulih.

Mereka ni memang tak akan fikir kesan perbuatan kedegilan mereka. Iye la mungkin mereka dah biasa susah, tak fikir orang lain. Aku sendiri pun setakat ni dah mula terasa kesan PKP ( perintah kawalan pergerakan ) ni. 

Dan semalam orang rumah aku bagitahu saudaranya yang tinggal dengan kita orang dah diberhentikan kerja. Aku lupa pulak nak tanya dapat tak gaji penuh untuk bulan Mac. Iye la dah la kena diberhentikan, jika tak dapat gaji lagi la parah.

Tu baru kisah saudara orang rumah aku diberhentikan kerja, belum lagi mereka yang lain. Perintah kawalan pergerakan ni baru 16 hari, untuk sampai ke 18 April masih ada lagi cerita yang akan kita dengar.

Kita rasa terseksa dengan perintah kawalan pergerakan ini? Sabar je la untuk kebaikan semua. Moga kita khususnya Malaysia betul-betul pulih dari wabak covid-19 ni.

No comments:

Post a Comment