Dah 3 hari dah kita masuk dalam fasa yang ke 3 ni rupanya. Pejam celik pejam celik 31 hari kita semua berapa dalam perintah kawalan pergerakan atau PKP.
Apa yang nak aku tuliskan kali ni KITA JAGA KITA, iye kita jaga kita bacanya seperti pentingkan diri sendiri kan. Tapi itu hakikatnya apa yang aku rasa sekarang ni. Sekali lagi aku tulis APA YANG AKU RASA tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.
Kenapa aku tulis macam tu, ini semuanya adalah kerana yang terjadi pada aku sendiri. Memang dalam keadaan sekarang ni kita di minta sentiasa berhati-hati ikuti apa yang kerajaan telah arahkan.
Tapi jika kita tak bersama dalam menangani wabak covid-19, aku rasa memang akan sia-sia dan tak akan ada perubahan dalam semua yang kerajaan Malaysia mahukan.
Dalam zaman maklumat hanya dihujung jari, setiap info dan maklumat senang serta cepat kita akan dapat tahu. Tapi jika kita tak menggunakannya memang tak akan berguna la.
Berita PALSU dan berita yang tidak benar tu, aku sendiri pun marah jika tersebar. Bagaimana pulak jika ada yang bertanya untuk tentukan kebenaran dalam sebuah berita?
Jika palsu katakan la palsu, jika betul dan benar kenapa pulak nak sorok? TAKUT mendatangkan aib? BODOH betul la berfikirkan begitu dalam keadaan sekarang ni.
Cuba korang tengok gambar kat atas. Korang rasa aib ke jika buat macam tu? Mariah korang akan jatuh ke? Korang fikir sendiri je la.
Satu lagi masjid atau surau kenapa tak main kan peranan dengan mewar-warkan keadaan kawasan mereka sama ada baik atau tidak. Adakah ahli masjib jugak takut dan terasa aib? Aku memang tak nak bahas panjang lebar nanti kan lain jadi nya silap-silap aku kena report.
Aku tulis ni nak kita sama-sama fikir dan bersama dalam kita berperang untuk hapuskan wabak covid-19. Kita jaga Kita.
No comments:
Post a Comment