Cinta itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan...
Apa yang aku tulis kat atas tu bukan aku yang tulis ye tapi aku copy dan paste je dari buku novel ni.
Jika korang seorang pencinta novel aku nak korang baca novel bukan kerana aku tak cinta ni. Pada aku yang telah membacanya tak akan mengecewakan. Dan aku puji penulis novel ni menulis sebuah novel yang memang tak membosankan.
Plot dalam novel ni takda la pening atau berbelit-belit senang aku tulis novel ni senang nak faham dan memang layan habis. Dari satu muka surat ke muka surat yang lain aku duk layan baca novel BKATC (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) ni.
Penulis novel ni menerapkan genre romantik komedi dengan baik sekali. Aku kekadang tersenyum sorang-sorang bila baca novel ni. Iye mana tak senyum jika ayat yang digunakan penulis adalah ayat yang biasa kita guna. Alah ayat pasar la senang sikit korang faham.
Terus terang aku katakan aku menyampah jugak waktu Mastura yang mana seorang gadis yang berkelulusan undang-undang tergedik-gedik mengoda Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad.
Macam biasa la novel cinta, tak akan lepas dari babak percintaan, bahagia, konflik dan akhirannya bahagia. Korang semua termasuk aku dah tahu macam tu. Tak akan ada yang pengakhiran novel cinta dengan kecewa.
Dalam novel ni JEBAT atau Ahmad Ziyad lelaki berdarah campur melayu dan cina. Seorang anak muda yang mempunyai sejarah hitam yang telah ditinggalkan dan berhijrah kearah kebaikan. Dengan bantuan abang Jebat iaitu Wahab, Jebat dapat kerja dengan Uwais seorang majikan yang baik dan secara tidak langsung menjadi pebimbing untuk Jebat berubah.
Dalam masa yang sama Jebat telah menjadi tarikan kepada Mastura yang merupakan adik ipar Uwais, dengan sifat Jebat yang rajin,tenang, dan boleh aku katakan Jebat ni lelaki melayu terakhir.
Maka bermula la babak Mastura mengoda Jebat untuk menarik perhatian. Perigi mencari timba itu yang boleh aku kata kan dengan perangai Mastura ni. Tapi...
Untuk seterusnya korang kena la cari dan baca novel BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ni.
No comments:
Post a Comment