Sepatutnya dalam hari tu lagi aku nak tulis luahan aku, tapi aku berkira-kira adakah patut atau tak aku tulis. Aku bukan nak menangguk air yang keruh atas pekara yang boleh aku katakan menjadi panas dan viral kat media sosial.
Ini luahan aku dan aku rasa tak salah untuk aku tulisnya kat blog aku ni. Selagi ia tak menjadi kesalahan dan melanggar undang-undang.
Baik Aku atau korang, media sosial selain tempat nak cari kawan atau kenalan. Media sosial ni jugak tempat untuk mencari rezeki, tempat untuk kongsi pendapat atau ilmu dan yang terkini ia jugak telah menjadi mahkamah untuk jatuhkan hukuman. Banyak lagi la untuk aku senaraikan kegunaan media sosial ni. Terpulang apa niat kita untuk guna media sosial, baik buruknya sendiri yang tanggung.
Berbalik pada apa yang aku tulis pada awal tadi, korang sendiri pun tahu kan kisah boikot yang jadi panas dan viral tempoh hari. Aku pun terus terang katakan, aku pun panas dengan apa yang berlaku. Ikutkan dah selesai masalah tu tapi bukan pelaku yang mintak maaf tapi orang lain. Aku pun malas nak ulas dengan panjang lebar pasal mintak maaf tu.
Apa yang nak aku tulis disini pekara macam ni dah banyak berlaku tak kira siapa, tak kira bangsa, tak kira warna kulit malahan tak kira negara. Memang betul kita semua bebas untuk buat apa pun tambahan pulak ikut amalan demokrasi tiada sekatan.
Tapi jika ia melibat agama,bangsa,negara,maruah dan berkaitan dengannya yang mana boleh mendatangkan kemarahan, sakit hati, benci dan sebagainya. Ini dah kira melampau. Ayat untuk lepas diri "setiap manusia tak lari daripada kesilapan" dan mintak maaf. Satu lagi ayat media sosial kena hack atau kena godam.
Apa yang tak boleh nak aku terima baik yang terkini atau yang sebelum ni, apa yang kita tulis tu dah melibatkan contohnya agama yang mendatangkan kemarahan orang si penulis tak rasa apa-apa ke dengan yang ditulis tu. Jika orang gila yang tulis tu boleh aku terima. Tapi yang masalahnya orang yang ada pendidikan tak kira la peringkat tinggi atau pun rendah.
Tapi aku kena jugak terima hakikat ada manusia yang jenis suka menjadi batu api, suka buat hura hara dan ada yang suka jual negara. Itu lah manusia. Walaupun warns rambut sama tapi hati berbeza.
Cuma aku dan juga korang hati-hati lah jika menulis kat media sosial ni. Bukan apa takut terlajak perahu boleh diundur, bila terlajak tulis...
No comments:
Post a Comment