Thursday, 7 May 2020

Review Movie : Romantic Doctor Teacher Dr Kim


Dalam musim PKP ni, ini lah kerja aku layan drama Korea,layan movie, baca buku, dan layan internet sambil update blog aku ni. Iye la walaupun dah PKPB aku pulak masih lagi PKP, dah berapa tahun dah duduk rumah je. Nak kata buat bisnes gempak kat rumah ni takda la, tapi boleh untuk lepas beli lauk untuk makan dan bayar bil sambil tu buat simpanan sikit.

Drama Korea romantic doctor Dr Kim ini aku baru je habis tengok kedua-dua musim semalam. Bagi korang yang peminat cerita Korea baik drama atau movie, aku rasa korang dah tahu dah jalan cerita ni kan. Bagi aku yang baru berjinak-jinak ni izinkan aku tulis pandangan aku tentang drama ni. 

Terus terang aku katakan aku suka cerita kedoktoran yang dihasilkan memang terlalu jauh nak bandingkan dengan cerita yang dihasilkan oleh Malaysia. Korang suka atau tak apa yang aku tulis ni terpulang pada korang. Aku bukan tak pernah ikut drama Malaysia yang bertemakan kedoktoran, tapi yang Malaysia lebih pada cinta manakala unsur doktornya sikit. Jika dalam perutusan cinta 90% yang doktornya 10%.

Apa yang aku tengok dalam drama romantic doctor teacher Dr Kim ni, semuanya seimbang baik dari segi cinta dan kedoktoran nya. Malahan boleh aku katakan pelakonnya berjaya membawak watak seorang doktor. Aku jugak secara tak langsung boleh belajar ilmu kedoktoran bila tengok drama Korea ni.

Bab bedah memang nampak betul dan realitinya, baru kita tahu macam mana keadaan dalam bilik bedah. Dalam cerita ni jugak kita boleh lihat jugak emosi doktor jika gagal merawat pesakit mereka. Pada aku la, daripada drama Korea romantic doctor teacher Dr Kim ni aku boleh belajar sesuatu. Yang mana jika kita minat dan suka pada sesuatu pekarjaan itu bukan kerana duit atau imbuhan hanya kerana ikhlas,ganjarannya akan datang dengan sendirinya.

Untuk ringkasan cerita aku tak akan tulis sebabnya korang boleh cari sendirikan. Aku cuma nak tulis pandangan aku cerita ni je.

No comments:

Post a Comment