Aku nak ucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada korang tak kira la kat mana pun korang berada. Setiap 1 Mei korang yang bekerja baik dalam sektor apa pun akan menyambutnya kan, tak kira la perseorangan atau berkumpulan.
Tapi untuk tahun ni hari bekerja korang tak akan menyambutnya seperti tahun-tahun yang lepas, selain iye nya berada dalam bulan ramadan kita masih lagi berada dalam PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ).
Semalam jugak heboh para warga media internet terutama warga Facebook dan warga Twitter membahaskan tentang "moratorium" ni. Ramai yang katakan MORATORIUM ini tak sama apa yang kerajaan janjikan.
Aku nak ulas atau nak bagi pandangan pun aku tak berapa faham sangat. Apa yang dapat dan mampu aku kongsi hanya Q/A daripada pihak Bank Negara je la. Seperti gambar kat bawah.
Aku jugak nak kongsi pandangan seorang warga Facebook tentang isu MORATORIUM ni.
UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.
Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.
Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.
Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,
Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.
Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.
Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.
Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.
#FinancialBoutiqueSpecialist
#TSIGroup
No comments:
Post a Comment