Alhamdulillah habis jugak buku ini aku baca, 2 hari aku ambik masa untuk aku tamat baca buku ni. Kira ok la. Buku Jangan Selewengkan Sejarah Melayu ini dah lama dah aku nak beli dan baca sebenarnya tapi ada je halangannya. Bak kata orang tua tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan.
Aku tak sangka aku terpilih untuk memenangi sebuah buku yang dianjurkan di Twitter tempoh hari dan hadiah buku tu pulak adalah buku yang aku nak pulak tu, alhamdulillah.
Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Helmi Effendy penulis merangkap kepada pemilik The Patriots serta pemilik bersama Patriots Publication bersama dua rakan niaga yang lain diatas lahirnya buku Jangan Selewengkan Sejarah Melayu ini.
Terus terang aku katakan aku suka dengan gaya santai yang terkandung dalam buku ini, yang mana perbahasan sejarah melayu ditulis tak seperti yang ada dalam kitab sejarah seperti kita baca selama ni. Itu pada mereka yang minat pada sejarah lah.
Aku suka dengan ayat ini...
"Saya menulis panjang-panjang begini bukan kerana hendak ambik hati Melayu atau 'masuk' Melayu, saya cuma hendak Menyeru: berbanggalah dengan dirimu, berbanggalah dengan warisanmu. Budaya dan nilai hidup bukanlah penghalang kepada kemajuan."
Jika korang nak tahu sejarah Melayu aku syorkan korang baca buku ni. Tapi nasihat aku la jika korang yang baru nak berjinak dengan sejarah lebih-lebih lagi dengan sejarah Melayu korang kena jugak buat rujukan pada buku atau sumber yang lain.
Kenapa aku tulis macam tu? Aku nak korang jangan gantung pada satu sumber atau satu buku je. Banyak buku sejarah Melayu yang ada baik dalam bahasa Malaysia atau luar untuk rujukan korang.
Aku jugak nak korang bertanya pada pakar jika korang keliru dengan apa yang penulis buku ni sampaikan. Nak lagi jika yang berkaitan dengan agama. Aku bukan apa tak nak korang ambik kefahaman mengkhizir buta je.
Memang tak rugi membacanya dengan gaya penulis 'kaum muda' Di alaf baru. Aku yang 'kaum tuan' ni pun boleh terima apa yang ditulis, tak kan la bagi korang yang muda dan belia 😊 tak nak baca dan terima dengan cara penyampaian dalam buku ni.
Apa yang pasti aku sendiri baru tahu siapa sebenarnya orang pertama buka Pulau Pinang. Aku jugak terfikir kenapa la sejarah pembukaan Pulau Pinang tak dibetulkan jika kebenaran dah terbukti.
Seperti yang penulis tulis bila baca buku ni, jangan cepat marah. Jika tak setuju hubungi penulis, buku lawan buku, fakta lawan fakta. Idea lawan idea.
Bang, berapa muka surat buku ni?
ReplyDelete