Saturday, 27 June 2020

Sekolah Dah Buka, Orang Rumah Pun Sibuk


Pada 24 Jun 2020 sekolah telah bermula bagi para pelajar Tingkatan 5 Dan 6 manakala bagi para pelajar prasekolah, tadika, tabika baik kerajaan mahupun swasta akan bermula pada 1 Julai 2020.

Maka dengan ikut itu bermula la para cikgu kembali ke sekolah dan lepas ni takda la lagi orang mengata cikgu makan gaji buta betul tak 😁. Begitu la jugak dengan orang rumah aku dah bermula la sibuk dengan pelajarnya.

Sebenarnya dah 2 minggu dah pun sibuk sebelum sisi sekolah buka. Tapi korang jangan terkejut orang rumah aku ini bukan la cikgu seperti kat sekolah atau tadika.

Orang rumah aku hanya cikgu yang mengaja kat rumah je atau kata lainnya cikgu home tuition je. Iye cikgu home tuition yang mengaja para pelajarnya dari rumah sahaja.

Dah lebih 20 tahun dah orang rumah aku buat cikgu home tuition ni, tamat je belajar kat UPM orang rumah aku dah mula buat home tuition. Korang jangan ingat orang rumah aku tak belajar tinggi ye 😁 ijazah sains pemakanan lagi ye. Aku je la yang tak belajar tinggi, sedih gitu.

Korang mesti akan kata aku nak buat promosi kan, iye memang aku nak buat promosi untuk mereka yang tengah cari kerja atau nak buat duit. Tambahan lagi kepada adik-adik yang tamat belajar baik dari sekolah menegah mahupun lepasan universiti.

Orang rumah aku dah buktikan dengan lebih 20 tahun dah hanya kerja dari rumah je dengan jadi cikgu home tuition. Orang lain sibuk keluar rumah awal pagi untuk pergi kerja, orang rumah aku pulak petang baru bermula kerja dia.

Sebab itu kerja daripada rumah ni orang aku tak hairan sebab dia tengah buat dah menjadi punca pendapatan orang rumah aku. Terus terang aku katakan kita yang tentukan bila buat kerja daripada rumah ni. Dah la tak terikat dengan majikan atau pun bos, gaji pun kita boleh tentukan nak banyak atau sikit.

Bagaimana orang rumah aku boleh jadi cikgu home tuition ni semuanya bermula dengan hanya satu pertolongan je kemudian sampai la sekarang dah jadi satu kerjaya pulak sebagai cikgu home tuition. Tambahan orang rumah aku waktu tu baru je habis belajar kat universiti, jadi orang kata otak pun tengah fresh lagi jadi takda la masalah nak mengaja.

Cikgu home tuition orang rumah aku buat memang betul-betul buat kat rumah dan bukan mengaja dari rumah ke rumah ( ini pun salah satu cara cikgu home tuition ). Orang rumah aku hanya tunggu pelajarnya datang ke rumah.

Aku tak tulis cara bagaimana nak jadi cikgu home tuition secara lengkap cuma aku nak kongsi kerja orang rumah aku je. Jika korang nak tahu cara lengkap boleh la klik kat banner kat bawah.


Tentang gaji orang rumah aku daripada jadi cikgu home tuition ni, jika aku katakan RM 1k ++ seblan korang percaya tak? Itu pun pelajar hanya dalam 10 orang. Korang nampak ramaikan pelajar jika nak dapat RM 1k ++ tapi orang rumah ambik bayaran bulanan untuk setiap pelajarnya.

Ini salah satu cara bayaran yang orang rumah aku kenakan. Sebenarnya terdapat satu keadah yang boleh korang kenakan bayaran jika korang buat cikgu home tuition ni.

Ok ni kadar bayaran yang orang rumah kenakan kepada pelajarnya secara bulanan :

Untuk pelajar sekolah rendah :
- Tahun 1,2, dan 3 ( RM 60 )
- Tahun 4,5,dan 6 ( RM 80 )

Untuk pelajar sekolah menegah :
- Tingkatan 1,2 dan 3 ( RM 120 )
- Tingkatan 4 dan 5 ( RM 150 )

Orang rumah aku tekankan sains dan matematik tapi dari dulu sampai sekarang untuk subjek atau mata pelajaran lain pun dia mengajar jugak bukan hanya 2 mata pelajaran je.

Dan apa yang aku tengok jika pelajar dia ada kerja rumah dia akan suruh bawak dan buat waktu tuition tu sebelum orang rumah aku ajar.

Itu je yang boleh aku kongsi kerjaya orang rumah aku sebagai cikgu home tuition.

No comments:

Post a Comment