Saturday, 27 June 2020

Review Movie : My Secret Terrius


Kisah gunting dalam lipatan, itu yang boleh aku tuliskan sebagai mula bicara untuk kali ni. Ceh dah macam nak berpidato la pulak aku tulis. Ok sebenarnya itu yang sebenarnya sinopsis pendek atau short untuk gambaran aku tentang review movie aku kali ni.

Review movie ini sebenarnya dah tayang dah kat TV Malaysia tak silap aku tahun lepas 2019 jadi dapat la aku ikut dalam 2,3 episod lepas tu dah ketinggalan. Entah kat mana datangnya tiba-tiba je aku teringat balik kisah review movie aku ni, dengan gigih dan rajinnya aku tengok balik my Secret Terrius ni.

Sebenarnya aku dah jatuh suka dah bila pertama kali tengok cerita my Secret Terrius ni waktu ditayangkan kat TV. Pada aku walaupun hanya dapat tengok 2,3 episod je tapi jalan ceritanya menarik pada aku. Cuma dalam tahun ni je baru aku dapat tengok penuh.

My Secret Terrius adalah drama Korea bersiri yang telah ditayangkan pada tahun 2018. Kisah yang mana genrenya adalah aksi komedi di samping tu diselitkan jugak dengan babak romantik dan kekeluargaan serta jugak misteri ( yang ni korang kena tengok untuk tahu apa yang misteri ).

Kisahnya berkisarkan tentang Kim Bon atau Terrius seorang bekas ejen NIS ( National Intelligence Service ) menjalankan siasatan dalang atau pun pengkianat di dalam NIS yang mana telah menyebabkan kematian seorang pemberi maklumat dan merangkap sebagai kekasih kepada Kim Bon.

Dalam menjalankan siasatan, ia jugak telah menyebabkan Go Ae-rin yang mana seorang ibu tunggal dengan 2 cahaya mata kembar turut terbabit dalam siasatan Kim Bon dalam misinya untuk mencari dalang atas kematian kekasih beliau.

Dengan 32 episode drama My Secret Terrius ni aku memang layan habis dan yang pasti kejutan yang disampaikan memang aku tak sangka. Siapa sangka dalang atau pengkianat yang dicari rupanya orang yang dekat dengan kita.








No comments:

Post a Comment