Sunday, 28 November 2021
Review Buku : Pseudoscience Watch
Friday, 26 November 2021
3 Idiots...Antara Realiti Dan Fantasi
Wednesday, 24 November 2021
Kita Dalam Era Endemik...Realitinya
Sunday, 7 November 2021
Marah Marah Sayang Mengamit Kenangan
Monday, 1 November 2021
Dah November Dah Kita
Monday, 14 June 2021
Hanya Rm16 Je 'Gelang Pintar' Aku Ni
Thursday, 27 May 2021
Vaksin Covid-19 Dah Jadi "Pisang Goreng" Dah...
Thursday, 20 May 2021
Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi
KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA
Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-
1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan pilih bulu atau isi poket.
2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.
3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.
4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.
5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.
Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.
Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN lah penyelesaiannya.
Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.
Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!
Mohammed Maliki
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685