Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, 7 April 2020

Hari 21 : Bersyukur la


Alhamdullilah dah masuk hari yang 7 dalam bulan April ni dan bermakna dah seminggu la kita dah ye dalam bulan April. Dengan ini dah 21 hari dah kita berada dalam perintah kawalan pergerakan.


Jika kita lihat status terkini statistik covid-19 di Malaysia yang keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bilangan untuk kes baru masih lagi dalam 100 ke atas lagi. Ini sacara tidak langsung menunjukan kes covid-19 ni masih lagi membimbangkan, dan tak mustahil perintah kawalan pergerakan ni akan dilanjutkan lagi. Suka atau tak Kita semua kena reda untuk kebaikan kita semua.

Apa yang bermain dalam fikiran korang bila aku post gambar kat atas? Aku sebenarnya tak faham dengan manusia yang macam ni. Tak kira la baik yang tua atau yang muda.

Dalam keadaan sekarang ni, apa yang nak kita merungut atau mengeluh. SUSAH? Bukan kita sorang je yang susah. Jangan nak selfish atau pentingkan diri sendiri je dalam melihat kesusahan Kita. Patutnya kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang ni ada tempat tinggal, ada makan, ada gaji atau duit.

Tambahan lagi kerajaan kita pun membantu dalam keadaan sekarang ni. Aku bukan nak bodek ke apa ke, pekara betul aku tulis je la. Korang sendiri pun tahu kerajaan dah bentang atau umumkan ransangan ekonami untuk kita semua. Sedikit sebanyak dapat melegakan kita untuk meneruskan kehidupan Kita pada waktu wabak covid-19 yang tak tahu sampai bila akhirnya.

Selain kerajaan, badan sukarela baik persorangan atau pihak bukan kerajaan ada jugak memberikan bantuan kepada mereka memerlukan, walaupun siapa pun kita. 

Tidak kah patutnya kita bersyukur dab berterima kasih dengan apa yang kita dapat. Usah la mengeluh atau mempertikaikan apa yang kita dapat. Dan usah la nak iri hati kepada mereka yang mendapat bantuan. 

Aku bukan la baik tapi aku nak jadi baik. Aku sedih melihat mereka yang jenis tak bersyukur atau berterima kasih ni. Aku tak tahu apa sebenarnya yang mereka ni nak. Tak tahu samada mereka ni nak provokasi je ke atau memang itu luahkan ketidak kepuasan hati mereka.





Friday, 28 February 2020

Tazkirah Jumaat






Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Cari baik dalam buruk orang itulah akhlak. Cari buruk dalam kebaikan dalam diri sendiri. Itulah ikhlas..

#salizasaad

Tuesday, 6 September 2016

Salam perkenalan

Apa khabar korang,



Untuk pembuka kata dalam blog aku ni takda apa yang nak aku tuliskan, iye la post pertama tulis panjang pun bukan ada isi.

Apa yang nak aku tuliskan kat dalam ni, TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi membaca post pertama aku ni. Dan tak lupa jugak aku nak ucapkan salam perkenalan, harap-harap korang dapat la terima aku dalam dunia blogger ni.