Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Tuesday, 7 April 2020

Hari 21 : Bersyukur la


Alhamdullilah dah masuk hari yang 7 dalam bulan April ni dan bermakna dah seminggu la kita dah ye dalam bulan April. Dengan ini dah 21 hari dah kita berada dalam perintah kawalan pergerakan.


Jika kita lihat status terkini statistik covid-19 di Malaysia yang keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bilangan untuk kes baru masih lagi dalam 100 ke atas lagi. Ini sacara tidak langsung menunjukan kes covid-19 ni masih lagi membimbangkan, dan tak mustahil perintah kawalan pergerakan ni akan dilanjutkan lagi. Suka atau tak Kita semua kena reda untuk kebaikan kita semua.

Apa yang bermain dalam fikiran korang bila aku post gambar kat atas? Aku sebenarnya tak faham dengan manusia yang macam ni. Tak kira la baik yang tua atau yang muda.

Dalam keadaan sekarang ni, apa yang nak kita merungut atau mengeluh. SUSAH? Bukan kita sorang je yang susah. Jangan nak selfish atau pentingkan diri sendiri je dalam melihat kesusahan Kita. Patutnya kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang ni ada tempat tinggal, ada makan, ada gaji atau duit.

Tambahan lagi kerajaan kita pun membantu dalam keadaan sekarang ni. Aku bukan nak bodek ke apa ke, pekara betul aku tulis je la. Korang sendiri pun tahu kerajaan dah bentang atau umumkan ransangan ekonami untuk kita semua. Sedikit sebanyak dapat melegakan kita untuk meneruskan kehidupan Kita pada waktu wabak covid-19 yang tak tahu sampai bila akhirnya.

Selain kerajaan, badan sukarela baik persorangan atau pihak bukan kerajaan ada jugak memberikan bantuan kepada mereka memerlukan, walaupun siapa pun kita. 

Tidak kah patutnya kita bersyukur dab berterima kasih dengan apa yang kita dapat. Usah la mengeluh atau mempertikaikan apa yang kita dapat. Dan usah la nak iri hati kepada mereka yang mendapat bantuan. 

Aku bukan la baik tapi aku nak jadi baik. Aku sedih melihat mereka yang jenis tak bersyukur atau berterima kasih ni. Aku tak tahu apa sebenarnya yang mereka ni nak. Tak tahu samada mereka ni nak provokasi je ke atau memang itu luahkan ketidak kepuasan hati mereka.





Thursday, 2 April 2020

Hari 16 : Kesan PKP Dah Terasa


Pejam celek pejam celek dah masuk bulan April dah kita dah. Bermakna dah masuk hari yang 16 kita berada dalam perintah kawalan pergerakan.

Semalam 1 April, pengarah Kesihatan Malaysia ada mengatakan terdapat tanda yang menunjukkan Malaysia akan pulih daripada wabak covid-19 ni. Alhamdullilah itu yang dapat aku ucapkan dan aku berharap Malaysia akan terus bebas dari wabak covid-19. Tapi kita semua kena ingat selagi kita tak bekerjasama dengan kerajaan seperti mematuhi perintah kawalan pergerakan ni, mustahil dan jangan mimpi la nak Kita khususnya Malaysia akan pulih.



Hingga semalam masih ada lagi mereka yang degil dan tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan ni. Aku rasa sedih dengan mereka yang degil ni, Susah sangat ke nak ikut perintah kawalan pergerakan yang kerajaan arahkan. 

Entah la kalau dah degil dan tak faham bahasa ni susah. Tua dengan degil cara tuanya, yang muda pula degilnya pula. Jika la macam ni memang lambat lagi Kita khususnya Malaysia nak pulih.

Mereka ni memang tak akan fikir kesan perbuatan kedegilan mereka. Iye la mungkin mereka dah biasa susah, tak fikir orang lain. Aku sendiri pun setakat ni dah mula terasa kesan PKP ( perintah kawalan pergerakan ) ni. 

Dan semalam orang rumah aku bagitahu saudaranya yang tinggal dengan kita orang dah diberhentikan kerja. Aku lupa pulak nak tanya dapat tak gaji penuh untuk bulan Mac. Iye la dah la kena diberhentikan, jika tak dapat gaji lagi la parah.

Tu baru kisah saudara orang rumah aku diberhentikan kerja, belum lagi mereka yang lain. Perintah kawalan pergerakan ni baru 16 hari, untuk sampai ke 18 April masih ada lagi cerita yang akan kita dengar.

Kita rasa terseksa dengan perintah kawalan pergerakan ini? Sabar je la untuk kebaikan semua. Moga kita khususnya Malaysia betul-betul pulih dari wabak covid-19 ni.

Tuesday, 31 March 2020

Hari 14 : Perintah Kawalan Pergerakan


Hari ni 31 April 2020, hari yang terakhir dalam bulan April. Ini bermakna dah 14 hari kita di dalam perintah kawalan pergerakan. Syabas untuk mereka yang mengikuti apa yang telah kerajaan sarankan. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan di sini sebenarnya. Iye la kekadang otak aku ni dah buntu dah macan takda idea dah apa yang nak aku tulis kat dalam blog aku ni. Buka Facebook ingat nak jugak cari idea kot-kot boleh di buat cerita tapi hampanya cerita sama je. 

Cuma yang jadi viral pasal bantuan yang dikatakan berat sebelah. Aku tak nak ulas atau nak komen kat blog aku ni. Perkara ni kekadang boleh jadi kontrovesi, aku tak suka nak jadi batu api nak tuang minyak kat atas bara. Biar la mereka yang jenis suka buat privokasi ni je yang buat kerja. Aku suka baca je.

Cuma apa yang nak aku tuliskan kat korang dan jugak dekat aku sendiri, jaga diri dan keluarga. Aku jugak nak tambah jaga keselamatan baik diri, keluarga dan harga benda korang. Dalam keadaan sekarang ni macam-macam boleh terjadi. Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja untuk dapat keperluan.

Saturday, 21 March 2020

Hari 4 : Perintah Kawalan Pergerekan


Hari ni dah masuk hari yang ke 4 aku dan korang kena ikut apa yang kerajaan kita sarankan. Bukan saja-saja ye kerajaan buat macam tu, untuk kebaikan bersama.

Semalam jugak kerajaan telah meminta ATM ( Angkatan Tentera Malaysia ) membantu pihak Polis dalam perintah kawalan pergerakan ini. Semalam jugak la macam-macam cerita aku baca pasal ATM ini bila diorang turun padang jugak mulai esok Ahad 22 march 2020. Entah la malas aku nak cerita atau nak ulas pasal ATM ni. 

Hari ni jugak la aku terpaksa keluar rumah ( amboi... terpaksa tu 🤣 )  untuk selesai beberapa urusan dan salah satunya nak cari face mask. Iye la hari tu waktu beli hand sanitizer tak nak terus beli.


Baru sekarang aku nak beli face mask ni nampak sangat terdesakkan 😊. Memang terdesak pun, iye la waktu wabak covid-19 ni face mask kena ada. Salah satu cara kita untuk elak terkena wabak covid-19 ni. Tapi apa kan daya farmasi buat masa sekarang stok tak ada. Jadi pasrah la ye.

Kat tempat lain, maksud aku selain farmasi  kat media social ada jugak yang jual tapi yang jadi masalahnya adalah harganya. Walaupun kerajaan dah tetap harga siling untuk face mask dan hand sanitizer, harga yang peniaga jual tak mengikut apa yang diarahkan oleh kerajaan. Memang la boleh report kepada pihak yang berwajib tapi aku yang malas. Tapi kalo korang nak report tu dipersilakan.

Bukan aku nak bela mereka yang menjual. Salah tetap salah, dah la ambik kesempatan atas kesusahan orang. Entah la, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak report.



Wednesday, 18 March 2020

Hari 1 : Perintah Kawalan Pergerakan


Hari ni hari pertama aku,korang Dan seluruh rakyat Malaysia menjalani perintah kawalan pegerakan sebagai mana yang di keluarkan oleh pihak pemerintah.

Dengan hari ni la jugak kat Facebook aku baca, aku tengok gelagak rakyat Malaysia dalam menjalani perintah kawalan pegerakan ini. Mana yang faham aku ucapkan tahniah kerana anda telah menjayakan apa yang kerajaan kita sarankan. Bagi yang tak faham atau buat-buat tak faham tu entah la aku pun tak tahu nak tulis kat sini.

Korang sendiri pun boleh tengok kan, kerajaan dah buat yang terbaik untuk membendung wabak covid-19 ni. Tapi kita sendiri yang mengalakkan pulak, tu belum lagi kes yang balik kampung. Tak salah balik kampung tapi waktu macam ni la korang sibuk nak balik, kerajaan suruh duduk rumah korang tak nak ikut. Entah la cuma sekarang boleh aku tulis jaga diri Dan keluarga masing-masing je la.

Kita sama-sama dia moga semuanya ini akan berakhir.

Thursday, 27 February 2020

Covid-19 : Kerajaan Arab Saudi beku visa umrah

Beringat sebelum kena, itu yang aku nampak dengan tindakan kerajaan Arab Saudi membekukan visa umrah untuk sementara waktu. Dengan keadaan sekarang wabak covid-19 yang masih menular di beberapa negara pihak Kerajaan Arab Saudi terpaksa buat begitu.

.                   Gambar google

Mengikut laporan tindakan ini adalah untuk menghalang jemaah dari memasuki Kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah kerana kerajaan Arab Saudi juga mengbekukan pemberian visa kepada pelawat yang berasal dari negara yang mempunyai risiko tinggi membawa virus.

                    Gambar google

Mungkin ini boleh mendatangkan kesulitan malah mungkin akan terdapat segelintir yang akan tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Kita tidak boleh salah kerajaan Arab Saudi sebab ini isu keselamatan Dan jugak pencegahan. Apa yang dapat kita lakukan bersama berdoa moga wabak covid-19 ni cepat di tangani dengan segera.