Terus terang aku katakan aku memang marah dengan kerenah manusia degil macam ni, aku rasa korang pun ingat lagikan kisah anak menteri yang kena dakwa ketika PKPB dulu. Kisahnya sama tapi situasi je yang berbeza tapi intipatinya sama je iaitu Kisah antara dua Darjat.
Sunday, 23 August 2020
Kisah Antara Dua Darjat
Dalam minggu lepas aku rasa korang pun tahu kisah yang menjadi viral dan sensasi dalam media sosial mahupun media cetak berkenaan dengan kisah hamba Allah ni.
Labels:
antara dua Darjat,
hamba Allah,
orang biasa,
politikus
Thursday, 20 August 2020
Cuba Menu Dulang Mama Rara Restoran
Hari ni hari pertama dalam tahun baru maal hijrah 1442 jadinya hari ni jugak la orang umah aku cuti memasak untuk hari ni je. Iye la korang ingat tak penat ke tugas seorang isteri ni.
Maka untuk makan tengah hari orang umah buat tempahan kat satu kedai ni. Sebenarnya ini dah masuk kali yang ke 2 kami sekeluarga dah cuba menu dari kedai ni.
Kedai MAMA RARA ini la yang orang umah aku buat tempahan untuk makan malam kita orang. Kali pertama dulu kami tempah Shellout tapi kali ni orang umah aku nak rasa menu dulang pulak tambahan pulak Restoran mama rara sekarang menunya dah bertambah.
Labels:
kedai makan,
mama rara,
menu dulang,
restoran mama rara
Hari Ni Sekolah Dah Mula Cuti
Mula hari ni la para ibu dan bapa mula pening...
Itu la keluahan yang akan selalu akan dengar bila anak-anak mereka yang bersekolah mula cuti. Iye la kepada keduanya yang bekerja sedikit sebanyak akan mendatangkan masalah kepada mereka iaitu para ibu bapa.
Mana tak nya mereka akan memikirkan jalan penyelesaian untuk anak mereka dalam menghabiskan waktu cuti sekolah ni. Kepada mereka yang ada baki cuti tahunan tu boleh la digunakan untuk berjalan atau balik kampung tapi tu pun kena ikut giliran.
Wednesday, 19 August 2020
Salam Maal Hijrah 1442
Alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Esa dapat jugak kita semua terutama mereka yang beragama Islam sampai ke tahun baru dan jugak dapat menghayatinya sekali lagi falasafah penghijrahan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW.
Aku tiada la nak tulis panjang tentang kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Aku rasa korang semua tahu dan memang tahu ceritanya tapi jika korang tak tahu nampaknya korang kena la cari la ye. Sekarang maklumat kan ada kat hujung jari je cuma taip je.
Dalam kita menempuh norma baru sekarang ni kehidupan kita sepenuhnya berhijrah secara penuh dari cara kehidupan sebelum ni. Arahan patuhi SOP yang kerajaan laungkan dan ingatkan setiap masa bukan la nak susahkan kita semua tapi untuk kebaikan Kita.
Labels:
hijrah 1442,
salam maal hijrah,
SOP
Review Buku : Ketika Azazil Berputus Asa
Terus terang aku katakan baca novel ni seperti aku menonton sebuah cerita di layar perak. Perasaan seram, takut dan gerun semuanya ada ketika aku membaca novel karya saudara HADI FAYYADY .
Buku kali ni sebuah buku novel islamik yang mana telah diterbitkan pada 2017. Apa yang aku tahu buku novel ketika AZAZIL BERPUTUS ASA menjadi buku novel bestsellers pada tahun tersebut ( perbetulkan jika aku silap ).
Aku sebenarnya dalam pembacaan buku ni tak la jenis pada satu genra je. Semuanya aku baca baik novel, sejarah atau agama. Baik jugak dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Tapi untuk menghabiskannya tu tengok pada keadaan la 😁.
Ok la, buku novel ni Aku cadangkan korang baca kerana apa? Sebab selain jalan ceritanya yang tak memeningkan, buku ini ditulis Berdasarkan kepada fakta apa yang akan ditempohi oleh umat manusia diakhir zaman. Cuma penulis menulis jalan cerita dalam buku novel ni untuk melancarkan jalan penceritaannya. Keadaan dan watak tertentu adalah penambah rasa dalam cerita buku ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)