Thursday 29 March 2018

Untuk Diri Sendiri Dan Korang...


Apa khabar korang,

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.

Salahkah Aku Menulis...


Apa khabar korang


sumber dari google


Macam mana dengan cara aku menulis ok ke atau tak ok? Pelik pulak rasanya aku tulis hari ni. Mana taknya tanya korang pulak cara aku tulis kali ni. Memang betul blog ni aku yang punya bukan orang lain pun, cuma... Apa yang aku terfikir boleh ke korang terima apa yang aku tulis tu, dengan ayat yang mungkin tunggang terbalik, bahasa yang bukan membina pun.

Entah bila aku fikir balik apa tujuan aku buat blog ni, nak jadi terkenal ke, nak buat aku jadi riak ke, nak buat aku bangga ke atau nak aku buat duit. Tengok hit line aku balik tu rasanya dah terjawap kot...harap macam tu akunya nanti. Aku nak menulis kerana aku suka dan bukan niat apa pun. Aku tulis daripada pandangan aku je. 

Aku bukan tulis bukan nak jatuh sesiapa, aku tulis bukan nak kutuk sesiapa pun, aku tulis bukan nak hina sesiapa pun. AKU MENULIS KERANA AKU SUKA MENULIS. Aku nak luahkan apa yang aku fikir kat dalam otak aku ni.

Korang baca aku dah bersyukur sebab ada yang nak baca, kalau takda yang nak baca, aku tak berkecil hati atau terasa hati. Aku tetap macam ni, ada masa, ada kemudahan, ada kesihatan insya allah aku akan menulis kat dalam blog aku ni.

Terima kasih sekali lagi pada korang yang membaca blog aku ni, kalau ada komen tu komen la ye aku terima je, baik buruk tu belakang kira.

Wednesday 28 March 2018

Aku Memang Tak Boleh Nak MOVE ON Lagi

Apa khabar korang,

Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni negatif untuk korang, aku dengan hormatnya minta maaf. Terus terang aku tulis ni aku memang macam ni. Iye salah satu sifat yang aku cuba nak ubah tapi kekadang terbabas jugak. Walaupun aku dah baca buku motivasi, ikut nasihat malahan tengok video orang yang arif tentang motivasi ni. Aku masih jugak terbabas.

Memang aku tak boleh nak MOVE ON dengan manusia yang sifat macam tu ( nak tahu cuba baca ni ). Aku nak tengok muka manusia ni pun masih tak boleh MOVE ON lagi. Nasib baik aku tak maki, kutuk manusia ni secara depan. Aku tak buat macam tu lagi sebab seseorang yang sejukkan dan buat aku bersabar sikit. kalau tak dah lama aku buat.

Memang tak baik buat macam tu, entah la aku memang macam ni. Yang cuba berubah untuk menjadi manusia yang baik.

Untuk Diri Sendiri Dan Korang




Tuesday 27 March 2018

Jangan La Nak Berjanji

Apa khabar korang,

Aku bukannya nak kata aku ni jenis manusia yang baik atau yang sempurna, dan aku sedar diri siapa aku ni. Cuma aku benci dengan sifat manusia macam ni yang mana suka berjanji tapi tak menepati janji yang dah buat. Buat janji dah la satu hal yang tak nak bagitahu masalah jainji yang dah buat tu lagi la satu masalah.

Bila terdesar nak pertolongan manis je mulut bagitahu, bila dah dapat pertolongan haram buat janji beriya benar nak tunai tapi akhirnya lesap. Terus terang aku katakan orang macam ni aku nak lempang je, nak maki kadang tu nak buat lebih jahat lagi.

Pekara yang boleh runding dibuatnya susah bak kata orang la boleh slow talk la bro. Yang aku hairan lagi tu buat muka tembok yahudi pulak tu bila jumpa. Selagi oarang yang dah bagi tolong tak buka mulut tanya selagi tu la buat bodoh tahap gaban.

Aku sendiri pun jika ada masalah tentang janji ni, aku akan slow talk dengan orang yang telah aku buat janji tu. Bagitahu masalah aku dengan cara baik, bukan buat senyap je. Beb ORANG, boleh tolak ansur la cuma bagitahu masalah kita je biar dia faham. Bukan buat bodoh.

Aku minta maaf kat korang bukan nak tulis benda negatif tapi korang kena ingat benda ni tak mustahil akan terjadi kat kita jugakkan. Cuma masa dah tempatnya je kita tak tahu. APA YANG PENTING AKU NAK CUBA JADI MANUSIA BAIK.

Kata motivasi





Monday 26 March 2018

PERINGATAN UNTUK AKU DAN JUGA KORANG

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60an***
*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
*Nasihat kelima*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Aku bukan melupaimu...

Apa khabar korang semua,

Masih ada lagi ke orang nak baca blog aku ni, amboi berangan nampak. Dah la blog lama tak update, nak suruh orang baca pulak. Banyak cantik muka aku. Kutuk diri sendiri takpa kan, bukan salahkan yang penting aku tak kacau orang AKA jaga tepi kain orang lain kan. Yang penting aku hapi.

Sekarang dah masuk TAHUN 2018 dan ni post aku yeng pertama harap bukan yang terakhir la hendaknya. Selagi blogspot aku ni boleh on insya allah aku akan cuba hidupkan balik blog aku ni. Jika korang rasa apa yang aku tulis ni ada tersalah ke, ayat macam budak-budak ke , aku harap korang boleh maafkan la ye. Kalau nak tegur pun boleh aku terima cuma harap teguran tu membina la ye :).

Aku rasa dah panjang aku tulis ni, maklum la baru nak mula :). Apa pun aku berterima kasih kepada korang yang sudi membaca post aku ni.