Wednesday 29 July 2020

Alhamdulillah Akhirnya Dapat Jugak Balik Kampung

Tak dinafikan kepada mereka yang masih lagi mempunyai mak dan ayah dan ditambahkan mereka berdua berada di Kampung akan rindu untuk balik dan berjumpa dengan mereka.

Baik aku dan korang pun berperasaan begitu jugak mana taknya sebagai anak perantauan saat balik kampung la saat yang ditunggu-tunggu. Selain dapat jumpa mak dan ayah secara tak langsung dapat jugak berjumpa dengan adik-adik yang lain.

Jika ada yang cakap balik kampung ni tak seronok itu aku tak nak komen apa-apa la, cuma aku boleh cakap pelik je la.

Alhamdulillah aku sekeluarga selamat sampai kat kampung tambahan hampir setahun jugak tak dapat nak balik ditambah pulak dengan PKP tempoh hari, bila dapat balik ni memang tak boleh nak ditulis perasaan gembira tu. Walaupun dihimpit dengan ujian aku sekeluarga dapat jugak balik.

Saturday 25 July 2020

Kerana 7 Hari Menyintaimu 2


Terus terang aku katakan aku ni bukan la anti atau boikot cerita melayu baik drama atau pun cerita di layar perak. Jika korang tengok pada post yang lepas kat blog aku ni, aku ada jugak review untuk drama melayu ye. Jadinya aku tak boikot drama atau movie Melayu.

Ok la, seperti yang korang semua tahu kan drama 7 hari Menyintaimu 2 ni baru je ditanyang dikaca TV jika tak salah aku 2.7.2020 baru ni ( jika salah tolong bagitahu ). Ia merupakan sambungan daripada yang pertama di mana ditayangkan pada tahun 2016 dan mendapat jumlah tontongan yang ramai pada waktu itu.

Aku sendiri pun terpaksa la jugak tengok yang pertama untuk drama 7 hari Menyintaimu ni sebelum aku tengok yang keduanya. Iye la jika tak tengok macam mana aku nak faham jalan ceritanya kan.

Tapi dalam 7 hari Menyintaimu 2 ni aku hanya tengok episode pertama je itu pun nak tahu permulaan ceritanya. Untuk episode seterusnya aku lompat-lompat tengok je tu pun jika aku ada kat depan TV rumah aku ni.

Tuesday 21 July 2020

Vandalisme Ada Dimana Sahaja


Semalam heboh kat media sosial kisah lukisan mural telah dirosakkan oleh insan yang tak bertanggungjawap. Berbagai komen yang rata-ratanya mengutuk dan marah atas apa yang terjadi. Aku pun diantara mereka yang marah tu.

Suspek atau perilaku yang menjalankan kerja tak bermoral ni dah dapat diketahui Berdasarkan CCTV, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut.

Wednesday 15 July 2020

Aduhai Bisul Naik Kat Ketiak

                 Ini bukan ketiak aku ye,aku ambik gambar kat google

Perit, nak deman, tak selesa semua ada la bila dah kena bisul ni. Tak kan la suka pulak kan. Aduhai ingat dah berumur macam ni dah tak kena dah bisul. Orang-orang tua cakap bila masa kanak-kanak dah kena bisul bila dah berumur tak akan kena dah dengan bisul ni. Rupanya tak boleh guna nasihat tu.

Aku bukan nak salahkan orang-orang tua yang cakap macam tu, iye la mereka dulu cakap pun atas pengalaman mereka. Kalau tak kan la ada simpulan bahasa ' makan garam dulu ' kan.

Sebenarnya masuk ni dah kali ke 2 dah aku kena bisul ni tapi bukan dalam waktu terdekat ye. Kalau tak silap aku 6 tahun lepas la aku kena bisul kat punggung sekarang ni kat ketiak pulak. Seksanya tetap sama tapi lebih sikit kat punggung la. Seksanya macam mana hanya mereka yang pernah kena je yang tahu, betul tak.

Sebenarnya korang kena tahu termasuk la aku sendiri pun baru tahu jugak. Bisul ni jangan di buat main ataupun dipandang rendah sebabnya kesannya boleh mendatangkan bahaya. Kenapa? Sebabnya bisul ini mengandungi nanah yang mana bakteria daripada nanah ini jika bersatu dengan darah akan menyebabkan keracunan dan yang paling teruk boleh mendatangkan maut.

          bacaan kencing manis Aku selepas 2 jam makan dan minum

Bila dah tahu bahaya bisul cuak jugak aku satu lagi bisul ni jugak mudah terkena pada mereka yang ada kencing manis. Aku ni makan dan minum takda la nak jaga sangat cuma pantang jumpa je 😁. Walaupun kat rumah test kit untuk kencing manis ada memang jarang sangat nak periksa.

Hari Ni Dah Mula Sekolah


Hari ni 15 Julai 2020 Muhammad Zhafri anak aku dah kembali semula ke sekolah, wajah ceria dan semangat nak sekolah. Sepatutnya 1 Julai hari tu lagi dah mula sekolah tapi terpaksa ditunda sebabkan sekolah tempat anak aku belajar ni ada kerja-kerja pengubah suaian kabel elektrik di dalam kelas.

Apa yang aku perhatikan kawasan sekolah memang telah berubah selaras dengan SOP yang pihak berkuasa tetapkan. Tempat duduk untuk penjaga menunggu anak habis belajar ada penjarakkan.

Selain itu jugak untuk diluar pintu masuk ke dalam kelas ada jugak disediakan tempat memcuci tangan dan jugak sabun untuk para anak basuh tangan sebelum masuk ke kelas. Anak-anak jugak akan di ambik bacaan suhu dan di catit ke dalam buku kehadiran mereka.

Disebabkan sekolah anak aku ni merangkumi mereka yang berumur 5 dan 6 tahun, maka sistem giliran terpaksa digunakan untuk menjaga bilangan serta jarak antara pelajar. Bagi anak yang berumur 5 tahun waktu sekolah adalah selasa dan khamis. Untuk pelajar yang berumur 6 tahun pulak adalah 3 hari iaitu isnin,rabu dan jumaat.

Tuesday 7 July 2020

Bila Dah Nak Makan Western Pulak

Hari ni aku sekeluarga makan ala-ala western la pulak. Bila dah tak dah tahu nak makan ini la kesudahannya. Tambahan pulak si botak kecil aku dah suka makan dengan masakan western ni senang la aku dengan orang rumah.

Ala masak burger je 😁 untuk aku sekeluarga malam ni. Iye la daripada beli baik buat sendiri kan. Macam mana nak masak burger tu terpulang atas apa yang kita nak.

Jika beli kompen la dah RM5 sebiji yang kosong pulak RM2.50 sebiji beli bahan tak habis pun RM50 boleh makan sampai kenyang. Aku bukan la tak sokong peniaga, sekali sekala boleh la. Sekarang ni kena jugak berjimat cermat.

Pertama Kali Makan Belut


Ini la belut yang orang rumah aku beli sekilo RM30 termasuk penghantaran. Orang rumah aku cakap jika makan kat kedai makan tak puas hati sebab kat kedai belut yang mereka guna kecil jarang dan susuah nak jumpa yang besar.

Jadi untuk kepuasan orang rumah aku beli sendiri dan hasilnya memang puas hati. Aku pulak, ini la pertama kali aku makan belut. Iye pertama kali tau bukan kali ke 2 atau seterusnya.

       belut yang dah siap siang dan basuh di lumur dengan tepung

Sebelum ni aku memang tak pernah langsung makan belut ni walaupun dah berpuluh mungkin beratus kedai aku singgah daripada zaman bujang hingga la dah kahwin, tak pernah sekali pun untuk aku pesan untuk makan belut.

Bila dah kahwin ni aku mula belajar makan baik belut mahupun ikan air tawar. Nak kata belagak tu tak la jugak cuma geli kot seperti belut yang aku kali pertama makan ni tambah pulak rupa dah la macam ' ular'. Itu dulu la, bila dah rasa lain pulak ceritanya. Sedap hingga 2 kali tambah tu.

Monday 6 July 2020

Patuh Kah Kita Dengan SOP Dalam PKPP


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya betul ke aku ni nak tulis kat blog aku ni. Iye la apa pro dan kontra nya nanti bila aku tulis. Tapi aku rasa selagi tak salah dan melanggar undang-undang tak akan menjadi kesalahan. 

Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah rintiktan kepada majlis kenduri kahwin yang aku pergi pada hari sabtu 4 Julai 2020 tempoh hari. Tapi aku minta maaf gambar majlis kahwin tu takda aku lupa nak ambik 😁 jangan marah ye.

Memang kita semua tak boleh nak elak dan memang kena hadapinya dengan gaya hidup kita dalam era norma baharu sekarang. Kehidupan kita dah tak sama macam kehidupan yang sebelum ini, kehidupan norma baharu sekarang kena patuh pada SOP.

Menjadi persoalan sekarang ni patuhkah aku dan korang semua dengan SOP yang kerajaan arahan? 

Friday 3 July 2020

LEGO Dan Hadiah Harijadi

Betul la orang kata kan, tiada yang lebih bahagia bila tengok orang yang kita sayang bahagia. Begitu la dengan aku dan orang rumah aku bahagia dan gembira bila tengok anak gembira dapat sesuatu pemberian daripada kita.

Al kisah bermulanya untuk buat kejutan pada anak aku Muhammad Zhafri Aeesh yang akan menyambut harijadinya pada 25 Julai nanti tapi tak jadi kejutan sampai je barang dia dah nampak apa lagi terus peluk. 

                              suka sangat dah dapat hadiah dia

Aku tengok anak aku suka sangat dengan mainan Lego ni mana taknya ada je cerita Lego atau rancangan yang berkaitan dengan Lego mula la dia pun keluarkan set 'Lego' dia.

                            ini la 'Lego' yang selalu di bawa 

Jadi untuk hadiah harijadinya tahun ni aku dan orang rumah aku bekikan la Lego yang betul-betul Lego. Maka bermula la proses membeli belah hanya di hujung jari je 😁 hingga la selamat sampai ke rumah aku.

Thursday 2 July 2020

Review movie : Kingdom


Konsprasi dan perebutan kuasa dalam sistem raja itu yang dapat aku tulis sebagai mukadimah aku untuk review movie aku kali ni. Penyedap rasa untuk bagi movie/ drama ni adalah aksi peperangan yang dipaparkan dan tak lupa jugak tambahan rasa seram dan ngeri yang ada dalam movie/drama kingdom.

Terus terang aku katakan secara tak langsung aku belajar sejarah Korea bila tengok movie/drama genre macam ni. Iye la walaupun ada kalanya terdapat unsur yang tak masuk akal atau kata lain tahlul dan fantasi tapi nilai sejarah tetap ada.

Aku pun suka tengok cara kehidupan mereka pada era pemerintahan diraja diaorang. Bagaimana perjalanan hidup baik daripada raja-raja hingga la ke rakyat biasa orang Korea waktu masa itu.

Kingdom atau pun kingdeom ini diadaptasi dari seri web komik dengan tajuknya kingdom of the gods. Sebuah drama Korea yang mana ditayangkan di Netflix dalam 2 musim yang mana setiap musim mempunyai 6 episod. Drama ni gendre zaman sejarah,politik,seram dan ngeri.

Internet 1G Percuma Dilanjutkan Kepada 24 Jam

 

Bermula semalam 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 semua telco komunikasi yang menawarkan internet percuma 1G baik pasca mahupun prepaid akan melanjutkan perkhidmatan semalam 24 Jam. Aku rasa ini dah boleh buat mereka termasuk aku la jugak gembira dengan berita ni. 

Jika sebelum ni perkhidmatan internet percuma 1G yang bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang kekadang memang tak habis digunakan sepenuhnya. Aku tulis daripada sudut kepada pengguna yang bukan jenis 'kuat' penggunaan internet ye.

Kepada mereka, pengguna internet yang 'kuat' mungkin takda makna dengan berita lanjutan ni. Iye la apa la sangat dengan 1G ni, walaupun hakikatnya mereka mengunakannya jugak kan 😁, cuma malu nak akui.

Wednesday 1 July 2020

Antara Ayam Goreng KFC Dan Ayam Goreng Mc'D


 
Aku tulis ni adalah daripada pandangan dan apa yang aku rasa ye. Aku bukannya tulis nak cari salah ke, nak cari siapa yang betul sebab aku atau korang semua tahu dua jenama makanan segera ni ada peminatnya sendiri dan ada kelebihan masing-masing.

Aku nak jugak tegaskan dalam tulisan aku ni, setiap apa yang kita makan dan rasa daripada makanan tu adalah SUBJEKTIF tiada kaitan atau pengaruh sesiapa pun. Kau makan dan kau yang rasa.

Aku bukan anti makanan segera dan aku bukannya tolak 100% bab makanan segera ni, selagi halal dan tak berlebihan dalam makan ni aku ' on ' je. Kan aku tak tulis macam tu ada yang jadi viral pulak betul tak 😁.

Terus terang aku tulis kat sini aku suka dengan ayam goreng, baik goreng sendiri atau beli. Tambahan pulak semalam orang rumah aku belanja kami anak beranak dengan ayam goreng KFC dan ayam goreng Mc'D. Jika sebelum ni aku sekeluarga akan beli antara salah satu ayam goreng ni.

Dengan ada 2 jenama ayam goreng ni semalam boleh la aku sekeluarga membezakannya secara serentak.

Ini pandangan aku, 

Tarikh Pembukaan Sekolah Seluruh Malaysia Dalam Norma COVID-19



Hari ni 1 Julai 2020 Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin telah mengadakan sidang media bagi menumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk seluruh Malaysia. Dengan ini jugak terjawap la segala pertanyaan para ibu bapa tentang persekolahan anak-anak mereka.

Dalam sidang media itu jugak Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin ada menyatakan sesi pembukaan persekolahan nanti akan mengikut tiga model pengoperasian yang telah ditetapkan oleh KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia ), iaitu

Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.