Sunday 28 November 2021

Review Buku : Pseudoscience Watch


Buku ni dah lama dah aku beli dan buku ni jugak buku yang paling lama nak aku habis dan katam daripada mula hingga ke penghujungnya. Dengan ketebalan 281 muka surat aku ambik masa 1 Bulan jugak nak habiskan baca buku ni. 

Friday 26 November 2021

3 Idiots...Antara Realiti Dan Fantasi


                               sumber Google

Dah banyak kali dah aku layan movie hindustan ni. Dulu berseorangan, lepas tu berdua dengan orang umah aku tadi aku layan dengan anak aku pulak 😁. Nak kata aku ni peminat tegar movie hindustan ni...boleh la kot 😁. Cuma sekarang ni dah kurang la sikit kot jika nak bandingkan masa aku sebelum kahwin kot.

Lantak la korang nak cop aku ni macam mana pun yang penting aku dengan anak aku seronok layan movie hindustan 3 Idiots ni.

Wednesday 24 November 2021

Kita Dalam Era Endemik...Realitinya


Aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya bila lihat tajuk macam ni kat media sosial. Yang mampu aku tuliskan disini aku sedih. Iye aku sedih, kita baru nak bernafas setelah 2 tahun kita ibarat bernyawa-nyawa ikan dengan apa yang berlaku.

Aku bukan nak salahkan peniaga bila ini terjadi. Kita termasuk pengguna memang marah bila semua ni terjadi. Nak tak nak kena jugak beli dan hadap.


Seperti yang aku tulis tadi aku tak nak ulas atau komen dengan apa yang berlaku. Cuma aku harap pihak kerajaan  pandang dan lihat la apa yang berlaku ni.


Sunday 7 November 2021

Marah Marah Sayang Mengamit Kenangan


                           sumber Google

Pertama kali aku berterima kasih kepada saluran awesome kat astro kerana menayangkan kembali filem-filem di era 80an untuk tontonan seisi keluarga. Aku pasti untuk anak genarasi sekarang ini tak akan tengok filem ini mahupun filem dalam era aku mahupun yang lama lagi.

Rasa tua la pulak bila layan filem dalam era 80an ni 😁. Nak tak nak itu la hakikatnya kan. Walaupun aku dengan orang umah aku terhibur jugak layan cerita marah marah sayang ni, berbaloi la berebut dengan anak nak tengok filem melayu ( tak senonoh sungguh perangai aku 😁😁😁 ).



Iye cerita bertemakan muzikal komedi, biar pun dah berpuluh kali dah tengok tapi masih tak lapuk di zaman itu pada aku la pada orang lain aku tak tahu pulak. 

Bila layan cerita dalam era 80an secara tak langsung teringat la kembali kenangan ketika waktu tu. Tak kira la berapa pun umur dan keadaa korang waktu tu aku pasti akan Mengamit Kenangan baik yang manis,pahit ,suka mahupun duka. 

Kita masih kita cuma kita nak kenangan kan balik dan ingatkan balik kisah kita ketika tu je. Masa tak akan boleh kita ubah dah cuma menjadi sejarah untuk kita kenang je. Yang lepas tu biar la lepas.

Aku tak nak ulas tentang jalan cerita dalam blog aku ni. Jika korang nak tahu korang boleh je Google dah banyak dah orang yang ulas jalan cerita melayu ni. Aku memang tak ada niat pun nak tulis kearah ulasan cuma aku tulis nak bagi tahu je aku tengok cerita ni tadi kat TV aku tadi ( waktu aku menulis ).


Monday 1 November 2021

Dah November Dah Kita


Gambar Google

Hari ni hari pertama dalam bulan November. Maka secara tak langsungnya tinggal sebulan lagi je untuk kita mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2021. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun 2021 dah rupanya, kejap sungguh masa berjalan.

Dan aku takda pulak nak aku tulis untuk post aku ni maklum la dah lama sungguh aku tinggalkan blog aku ni. Rasa kaku la pulak bila dah tinggal lama.

Insyallah aku akan cuba kembali aktif kat blog aku ini nanti. Walaupun aku bukan la seorang blogger yang terkenal tapi aku tetap aku dan aku menulis bukan kerna nama. Itu la yang aku pegang selama ni.

Monday 14 June 2021

Hanya Rm16 Je 'Gelang Pintar' Aku Ni


Terus terang aku tulis kat sini dulu aku tak pandang sangat benda ni. Sebelah mata pun aku tak pandang, iye masa tu aku fikir nak buat apa dengan benda ni kat tangan walaupun aku tahu fungsinya.

Tapi dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ni baru la aku sedar betapa penting dan berfungsinya benda ni. Tambahan lagi aku sekeluarga pernah menjadi pesakit covid-19 positif. Maka nak tak nak kena beli la. 

Pada mulanya orang rumah aku nak cari jenis seperti gambar kat bawah ni je.

Tapi dengan bijaknya tambahan pengaruh kawan orang rumah aku yang baru beli jenis 'gelang' maka dengan bersungguh la orang rumah aku meneroka kat Shopee.

Apa lagi bermacam jenis dan harga la yang ada kat dalam shopee tu. Ada yang berjenama dan harga pun boleh tahan la jugak. 

Akhirnya jenis ni orang rumah aku menjadi pilihan hati.

Harganya pun alhamdullilah mampu milik hanya rm16 je tambahan dengan fungsi nya seperti kat dalam gambar bawah ni.

Thursday 27 May 2021

Vaksin Covid-19 Dah Jadi "Pisang Goreng" Dah...


Aku sendiri pun tak tahu nak mula macam mana nak tulis pasal ni dalam blog aku ni. Tulis dua tiga patah padam, tulis balik padam. Entah la nak kata Idea takda mungkin jugak kot atau jugak banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku ni.

Semalam 26 Mei 2021 kerajaan telah lancarkan tempahan slot temu janji vaksin astrazeneca untuk rakyat Malaysia yang mana bermula pukul 12 tengahari. Walaupun ada kelewatan masa tapi sambutannya memang boleh dikatakan Paris bak "pisang panas". 

Ramai jugak mereka yang tak dapat untuk buat tempahan dari website tersebut. Kecewa, sedih, marah itu la yang dapat aku baca kat media sosial apa yang mereka luahkan sebab kegagalan mereka untuk mendapat tempahan temu janji vaksin astrazeneca.

Thursday 20 May 2021

Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi


Sebenarnya aku dah malas dah nak tulis dah pasal COVID-19 ni tambahan lagi "lockdown" akan dibuat atau tidak keputusan hanya kita semua akan tahu esok selepas pak-pak menteri buat mesyuarat.

Aku secara peribadi tak tahu samada aku nak marah dan sedih dengan bilangan kes baru covid-19 yang mana dalam masa 2 hari bilangannya dah 6k. Memang aku sendiri mintak bilangannya terus sampai ke 10k ( lantak la korang nak kata atau nak komen apa pun dengan apa aku tulis tu ) sebab apa sebab PUNCA nya daripada kita sendiri.

Iye la kerajaan dah banyak kali dah bagitahu #kitajagakita tapi 'masuk telinga kanan keluar telinga Kiri ' dari mula pelaksaan PKP 2.0. Ikut SOP boleh aku kata kan kita memang  hancur. Entah la aku pun malas nak tulis panjang pasal ni. Aku rasa cukup la jika esok PKP 3.0 KITA semua hadap je la. Suka ke tak suka kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Cuma aku nak korang dan harap pihak berkuasa jika baca blog aku ni... Aku kongsikan tulis hamba Allah ni untuk korang...



KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA

Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-

1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan  pilih bulu atau isi poket.

2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.

3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.

4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.

5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.

Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.

Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng  atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti  bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN  lah penyelesaiannya.

Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.

Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!

Mohammed Maliki

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685

Alahai Kuah Laksa Je Pun...


Itu la bila kita semua tak kira la tua,muda,kecil,besar,lelaki mahupun perempuan dah pandai bersosial media ni kelakuan malahan apa yang kita tulis bak orang kata "pakai lepas". Iye la ko punya media sosial ko yang punya kan. Termasuk la jugak aku 😁.

Sebelum Raya hari tu viral dengan cincau nya hari ni maksud aku dalam dua tiga hari ni viral pulak pasal perang laksa. Nasib baik la aku follow kisah viral laksa ni 😁. Kisah cincau aku lambat follow tu yang tak boleh nak tulis dalam blog aku ni 😁.

Alkisahnya bermula bila daripada hamba Allah ni muat naik tulis bahan utama dalam pembuatan kuah laksa disamping diseletkan jugak dengan kenegerian di dalam Facebook. Jadinya dari situ bermula la perang laksa.


 
Aku sendiri bila baca komen nertizen dalam peperangan laksa ni terus terang aku tulis kat sini aku senyum dan ketawa je. Aku ambik benda tu sebagai hiburan aku je. Orang lain aku tak tahu la.

Pada aku dalam bab makan ni aku tak kisah yang penting HALAL dan kena dengan tekak aku sebab apa yang kita makan tu selain jadi Sarah daging kita pengakhirannya menjadi bahan buangan daripada kita jugak.

Laksa tetap laksa walaupun bahan utama untuk menghasilkan kuah tu tak sama seperti yang ko belajar daripada resepi turun temuran. Iye la jika ko berada diluar negera la jika ko nak buat laksa tak kan kau nak order bahan utama itu dari Malaysia kot. Jadi penyelasainya guna la apa yang ada kat negera ko duduk tu. Setakat kurang 1,2 bahan utama tu takpa la janji ada rasakan.

Sama jugak dengan masak gulai tempoyak dalam kepala kita mesti bahan utama ikan patin kan. Sekarang ni je generasi muda dah buat perubahan yang mana tak semestinya nak guna ikan patin untuk buat gulai tempoyak. 

Seperti yang aku tulis awal tadi yang penting ada rasa,sedap dan HALAL. Jika makan kalau sedap mahu bertambah aku rasa betul tak.

Tapi itu la manusia ni ada yang boleh terima dan ada yang nak sama dari dulu kini dan selamanya. Apa pun terpulang kepada kita sebab kita yang buat benda tu.

Tuesday 18 May 2021

Baru La Rasa Raya...


Kata orang Raya Aidilfitri ni sebulan sambutnya sebab kita puasa pun sebulan 😁. Aku tulis tu copy paste orang ye bukan fatwa agama tau. Kan tak pasal-pasal aku yang kena.

Cuma aku boleh tulis macam ni je kita semuanya masih dalam mood Syawal ( betul kan aku tulis ) jadinya dalam mood Syawal yang masih ada ni ditambah pulak kita tahun ni kita sambut aidilfitri tak seperti tahun-tahun yang lepas. 

Hari ni orang rumah aku buat rendang daging dengan nasi impit beserta kuah kacang. Kata orang rumah aku selagi tak dapat makan 2 benda ni rasanya tak lengkap la Hari Raya Aidilfitri.

 
Patutnya 2 juadah ni kena ada pagi Raya tapi hari ni ( raya ke 6 ) baru ada kat atas meja rumah aku ni 😁. Ala sebenarnya bila-bila masa pun apa juadah yang ada pagi Raya tu boleh kita semua dapat,buat dan makan tak kira la waktu apa pun.

Tapi kita semua dah terbiasa dah sebenarnya dari dulu , kini dan insyallah selamanya. Seperti orang rumah aku kata " tak lengkap" 😁.



Ketupat, leman, antara salah satu juadah yang wajib ada kan pada pagi Raya. Jika tak buat sendiri aku dan korang akan beli betul tak. 

Cuma aku sedih 😢😢😢 dengan khabar angin yang mengatakan Kuala Lumpur dan Selangor akan lock down sebab bilangan kes baru covid-19 masih bertambah. Entah la bila angka kes baru covid-19 seperti dulu yang hanya 1 angka.

Monday 17 May 2021

Hari Ni PdPR Bermula


Hari ni 17 Mei bermula la PdPR 2.0 kepada ibubapa yang mempunyai anak bersekolah. Aku pun tak berkecuali jugak 😁. Apa yang aku boleh tulis kat sini bertabah dan bersabar je dengan keadaan sekarang. Bukan aku mahupun sesiapa suka dengan pendemik covid-19 ni.

Untuk hari pertama PdPR 2.0 kali ni aku lihat ia teratur dan tersusun tak seperti PdPR yang pertama dulu. Iye la dah ada pengalaman yang dulu dan aku percaya para pendidik kita dah buat persedian yang terbaik untuk kali ni.



Dengan ada jadual untuk pembelajaran PdPR dan jugak group WhatsApps ini memudahkan para pelajar dan jugak ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak.

Aku macam biasa la bukan nak tulis panjang bab PdPR ni biasa la ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang penting pembelajaran anak-anak kita berjalan seperti biasa cuma bukan bersemuka je.

Sunday 16 May 2021

Selamat Hari Guru...


Terus terang aku tulis kat sini aku lupa hari ni 16 Mei adalah hari guru. Iye la bila dah umur macam ni kekadang ada pekara yang aku lupa. Walaupun aku ada anak yang bersekolah tapi sekolah di waktu pendemik ni boleh jugak aku lupa 😁.

Hari guru ni bukan satu perayaan ye cuma hari yang mana di adakan untuk kita ingat malahan tak salah aku tulis hari di mana aku dan korang berterima kasih kepada para pengajar yang telah banyak berjasa mengajar kita semua.

Sebab itu la tugas guru ni tugas yang mulia. Dan jugak guru ni jugak menjadi sanjungan tak kira peringkat umur,bangsa mahu jantina. Cuma...korang sambung la sendiri. Aku bukan ada niat apa-apa pun dengan ayat gantung tu. Aku nak korang pakat-pakat fikirkan bersama dengan hari guru ni. Apa yang korang rasa, apa yang korang pendam itu terpulang hak dan hasil fikiran korang.

Satu lagi aku sendiri pun baru tahu kenapa 16 Mei ni menjadi pilihan untuk sambutan hari Guru setiap tahun kat Malaysia ni. Aku rasa korang pun sama macam aku kan.

Ok la ini aku ambik dan tambil balik dalam blog aku ni yang mana sumbernya ada lah dari sini.

Jadi, mengapa 16 Mei ditetapkan sebagai Hari Guru di Malaysia?

Thursday 13 May 2021

Review Movie : Tale of the Nine Tailed


Masih dalam mood Raya kan 😁, jadi dalam aku duk menziarahi ahli keluarga yang ada kat rumah aku ni aku baru je habis layan drama korea yang boleh aku katakan drama yang paling lama aku nak habiskan.

Dekat 2 bulan jugak la aku nak habiskan 16 episode cerita drama ni. Walau apa pun drama korea yang Bergenre fantasi romantik bagi aku memang tak membosan untuk dilayan, ini pandangan aku ye. Pada korang aku tak tahu la.

Ok la dengan jalan cerita yang dipersembahkan tambahan dengan genre yang aku suka lagi menambahkan rasa dalam waktu menontonnya.

Lupa pulak aku nak tulis drama ni ada jugak unsur seram sikit tapi bulan la seram seperti cerita movie yang boleh mengejutkan korang. Aku yang tak suka cerita seram boleh layan tak kan korang tak boleh kan.

Cerita yang Bergenre macam ni biasa la jika tak ada throw back jika korang yang macam aku suka layan drama korea yang Bergenre fantasi korang boleh la mula mencari nya untuk korang tonton dan layan drama korea ni.



Untuk aku tulis sinopsis ringkas tu aku rasa tak kot sebab korang boleh layan kat sini jika korang nak tahu lebih lanjut.

Salam Aidilfitri 2021


Alhamdullilah syukur...itu yang aku tulis untuk permulaan blog aku kali ni. Kenapa??? Sebab sebagai orang Islam Aku bersyukur tahun 2021 ni aku dapat jugak menjalani Ramadan penuh dengan badan yang sihat dan berharap amalan puasa aku diterima oleh yang Maha ESA.

Dengan kesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada korang yang beragama Islam tak kira la kat mana pun korang berada yang sudi membaca blog aku ni.

Walaupun tahun ni kita termasuk jugak Aku yang tak dapat balik beraya di kampung tapi jangan la kita sedih. Raya tetap raya cuma tak dapat balik kampung je. Aku malas nak tulis sebab kita ni emosi dan pemikirannya berbeza. Nanti aku tulis lain pulak jadinya kan.


Apa pun aku harap korang tetap happy dalam menyambut aidilfitri tahun ni. Yang penting korang kena ingat kepada SOP yang telah ditetapkan.

Tuesday 11 May 2021

PKP Lagi...


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.

Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.

Sunday 9 May 2021

Kambing Bakar Memang Tak Mengewakan..


Maaf ye jika gambar di atas mengewakan tapi yang penting kenikmatannya tak mengewakan. Ok tak ayat aku ni 😁. Aku harap ok la dengan cara aku tulis ni.

Berbalik kepada isu pokok yang nak aku sampaikan kat sini. Bagi korang yang tercari-cari bahan untuk berbuka hari ni apa kata korang cuba apa yang Pak Mus tawarkan ni. Aku jamin ia tak mengewakan korang.

Semuanya bermula daripada aku yang nak berbuka ala yang bakar-bakar tak kira la daging ke, ikan ke atau yang sewaktu denganya. Nak makan kat luar dah tak boleh dah sekarang bila kerajaan umumkan PKP entah yang kali keberapa pun aku tak tahu. 

Jadinya aku suruh la orang rumah aku mulakan pencarian bahan untuk  menu berbuka. Cari punya cari oleh orang rumah kesayangan aku maka terjumpa la page Pak Mus ni.

Untuk aku sekeluarga kami memilih marinated lamb sebagai menu bakar berbuka nanti.  Dalam pek ni disertakan jugak dengan 2 jenis sos iaitu brown paper dan jugak danok SOS.

Seperti yang aku tulis pada awalnya memang tak mengewakan yang mana setelah dibakar dagingnya memang lembut tak liat ditambah pulak dengan adanya air asam. 


Satu lagi masa bakar tadi walaupun hanya guna air fryer minyak dari daging akan keluar dengan sendiri nya. Jadi tak payah la nak sapu minyak bagai kat daging tu.

Walaupun hanya dengan satu lauk je tapi alhamdullilah aku tambah jugak 2 kali waktu berbuka tadi 😁. Mana boleh tahan kambing Bakar dengan air asam. Hero aku pun boleh tahan 2 ketul jugak dia makan.

Jika korang nak rasa apa yang ada kat Pak Mus ni korang boleh la klik kat sini.