Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Thursday, 20 May 2021

Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi


Sebenarnya aku dah malas dah nak tulis dah pasal COVID-19 ni tambahan lagi "lockdown" akan dibuat atau tidak keputusan hanya kita semua akan tahu esok selepas pak-pak menteri buat mesyuarat.

Aku secara peribadi tak tahu samada aku nak marah dan sedih dengan bilangan kes baru covid-19 yang mana dalam masa 2 hari bilangannya dah 6k. Memang aku sendiri mintak bilangannya terus sampai ke 10k ( lantak la korang nak kata atau nak komen apa pun dengan apa aku tulis tu ) sebab apa sebab PUNCA nya daripada kita sendiri.

Iye la kerajaan dah banyak kali dah bagitahu #kitajagakita tapi 'masuk telinga kanan keluar telinga Kiri ' dari mula pelaksaan PKP 2.0. Ikut SOP boleh aku kata kan kita memang  hancur. Entah la aku pun malas nak tulis panjang pasal ni. Aku rasa cukup la jika esok PKP 3.0 KITA semua hadap je la. Suka ke tak suka kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Cuma aku nak korang dan harap pihak berkuasa jika baca blog aku ni... Aku kongsikan tulis hamba Allah ni untuk korang...



KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA

Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-

1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan  pilih bulu atau isi poket.

2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.

3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.

4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.

5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.

Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.

Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng  atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti  bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN  lah penyelesaiannya.

Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.

Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!

Mohammed Maliki

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685

Tuesday, 11 May 2021

PKP Lagi...


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.

Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.

Sunday, 9 May 2021

Kambing Bakar Memang Tak Mengewakan..


Maaf ye jika gambar di atas mengewakan tapi yang penting kenikmatannya tak mengewakan. Ok tak ayat aku ni 😁. Aku harap ok la dengan cara aku tulis ni.

Berbalik kepada isu pokok yang nak aku sampaikan kat sini. Bagi korang yang tercari-cari bahan untuk berbuka hari ni apa kata korang cuba apa yang Pak Mus tawarkan ni. Aku jamin ia tak mengewakan korang.

Semuanya bermula daripada aku yang nak berbuka ala yang bakar-bakar tak kira la daging ke, ikan ke atau yang sewaktu denganya. Nak makan kat luar dah tak boleh dah sekarang bila kerajaan umumkan PKP entah yang kali keberapa pun aku tak tahu. 

Jadinya aku suruh la orang rumah aku mulakan pencarian bahan untuk  menu berbuka. Cari punya cari oleh orang rumah kesayangan aku maka terjumpa la page Pak Mus ni.

Untuk aku sekeluarga kami memilih marinated lamb sebagai menu bakar berbuka nanti.  Dalam pek ni disertakan jugak dengan 2 jenis sos iaitu brown paper dan jugak danok SOS.

Seperti yang aku tulis pada awalnya memang tak mengewakan yang mana setelah dibakar dagingnya memang lembut tak liat ditambah pulak dengan adanya air asam. 


Satu lagi masa bakar tadi walaupun hanya guna air fryer minyak dari daging akan keluar dengan sendiri nya. Jadi tak payah la nak sapu minyak bagai kat daging tu.

Walaupun hanya dengan satu lauk je tapi alhamdullilah aku tambah jugak 2 kali waktu berbuka tadi 😁. Mana boleh tahan kambing Bakar dengan air asam. Hero aku pun boleh tahan 2 ketul jugak dia makan.

Jika korang nak rasa apa yang ada kat Pak Mus ni korang boleh la klik kat sini.


Sunday, 10 May 2020

Salam Nuzul Al-Quran 2020

 

Aku rasa tak lewat untuk aku ucapkan salam nuzul Al-Quran kepada korang yang beragama Islam tak kira la walaupun kat mana korang berada. Alhamdulillah dah hari ke 17 para Muslim dan muslimat berpuasa dan dah hari ke 6 kita semua berapa dalam PKPB. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan tentang PKPB ni kerana apa yang aku tengok semunya dalam keadaan baik dan pada mereka yang mengikut SOP syabas dan tahniah aku ucapkan. Kita masih lagi berperang. Kepada mereka yang degil dan buat-buat tak faham dengan SOP tu aku cuma doakan korang akan berubah.

Hari ni jugak Perdana Menteri kita YAB Datuk Sri Muhyiddin Yasim dalam perutusan beliau bersempena nuzul Al-Quran petang tadi telah menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ataupun PKPB ini telah dilanjutkan 4 minggu lagi bermula esok 13 mei hingga 9 Jun 2020.

Perdana Menteri kita juga menyatakan PKPB fasa ke 2 ini rentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri dan jugak pesta Kaamatan tidak dibenarkan sama sekali. Kepada mereka yang nak mengunjungi ke rumah semasa perayaan hanya dihadkan kepada tidak lebih daripada 20 orang dan hanya kawasan yang berdekatan dengan rumah. 

Yang pastinya jugak kita menunggu pembentengan berkenaan dibolehkan solat jemaah baik di masjid atau di surau bagi orang Islam serta menjalan kegiatan agama kepada mereka yang bukan Islam setelah mendapat kelulusan Agung.

Aku jugak sini nak ucapkan selamat hari ibu, hari mak, hari mama dan sewaktu dengannya. 

Sunday, 3 May 2020

PKPB : Pro Dan Kontra


Pada 1 MEI dalam perutusan yang telah disampai oleh Perdana Menteri Kita YAB Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin telah menyatakan pada 4hb MEI sebahagian besar sektor ekonomi dibenarkan beroperasi berdasarkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ( PKPB ) .

Berdasarkan PKPB ini, Perdana Menteri kita menyatakan jugak setiap sektor ekonomi yang akan beroperasi pada 4 MEI Bantu mesti mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Terus terang secara peribadi aku tak suka dengan pelaksanaan PKPB ni. Ini padangan aku, dalam kita dah berada fasa yang ke 3 ni dengan bilangan kes baru yang boleh aku katakan dalam 2 angkat ( berdasarkan statistic 1 MEI 2020 ). Aku rasa kan dengan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) yang ada sekarang macam sia-sia je, dan hanya penat je yang dapat.

Sebenarnya perlaksanaan PKPB ini ada baik dan buruknya. Iye la setiap keputusan yang melibatkan perkara yang besar pro dan kontra tu tak boleh nak elak. Iye la risiko, siapa yang yang suka jika ada risiko kan. 

Pada aku baiknya PKPB ni ekonomi negara akan berjalan seperti biasa. Seperti yang Perdana Menteri kita kitakan, negara Malaysia kerugian 2.4 billion dalam sehari semasa PKP dilaksana. Selain itu jugak kepada mereka yang telah lama bercuti dan bosan duduk rumah dalam PKP ni dah boleh tarik nafas yang mana mereka dah boleh bekerja semula.

Selain tu jugak bagi mereka yang badan teras lemau atau lemah sebab berat badan day naik,iye la kerja hanya makan tidur he sepanjang PKP ni, bila pelaksanan PKPB nanti boleh mula bersenam kat luar rumah.

Untuk yang buruknya, pada pandangan aku la ye. Tak mustahil kita akan kembali semula menjalani PKP fasa pertama. Aku bukan nak menakutkan dengan apa yang aku yang aku tulis ni. Ini pandangan aku, sebab apa tulis macam tu kerena sampai sekarang masih ada mereka yang degil tak mengikut arahan PKP ni.


Bila PKPB dah terlaksana pada 4 hb nanti tak mustahil jugak bilangan kes baru akan meningkat. Sebagaimana yang kita semua tahu wabak covid-19 hanya kita dapat tahu selepas 14 hari seseorang tu dijangkiti.

Cuma apa yang mampu aku tulis kat sini KITA JAGA KITA dan kita sama-sama berdoa PKPB ni akan terlaksana dengan baik dan jayanya. 




Saturday, 25 April 2020

Pemohonan Pergerakan Rentas Antara Negeri Pada 1 Mei Hingga 3 Mei 2020

Bagi mereka yang balik kampung sebelum arahan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dan ingin pulang ke Bandar korang dah boleh mengisi borangnya bermula esok 27 April 2020. 

Kelulusan dan kebolehan untuk mereka pulang semula ke bandar hanya dibenarkan kepada yang mengisi borang secara online. Kelulusan hanya diketahui pada 1 Mei 2020 dan korang hanya boleh periksa samada lulus atau tidak pada hari itu jugak.

TERKINI: Permohonan Pergerakan Antara Negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk tujuan yang dibenarkan boleh dibuat melalui Aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April

Sumber @KDNPUTRAJAYA 

Cara guna aplikasi (rujuk gambar) & muat turun melalui panduan:
https://t.co/GjeFSciLZH
https://t.co/G65gEkEjp9

Perhatian :


Thursday, 9 April 2020

Channel Youtube Dah Ada, View Kurang Pulak



Korang ada channel youtube tak? Macam mana channel youtube korang ok tak atau suam-suam kuku? Maksud aku ramai tak subscriber channel korang? Korang mesti terkejut kan tiba-tiba je aku tanya korang semua tentang channel youtube pulak.

Iye la, dalam kita mengikut PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ini aku pasti korang memang dah boringkan. Mana tak boringnya nak pergi kerja tak boleh, nak lepak kat kedai mamak kan nanti kena denda pulak. Nak tak nak bertabah hati je la duduk rumah, dan berharap PKP ni akan tamat pada 14 April nanti itu pun jika tak disambung la.

Apa kata aku ajak korang buat duit kat Youtube. Iye buat duit dengan Youtube, tak kan korang tak tahu kot Youtube tu apa. Kalau korang tak tahu apa tu Youtube, aku rasa korang lahir tahun 50an kot. Jika korang terkejut Youtube ni boleh buat duit tu takpa la jugak. Sebab masih ramai lagi yang tak tahu macam mana nak dapatkan duit daripada Youtube ni.

Mungkin korang sendiri pun boleh cari kat Youtube bagaimana cara nak buat duit dengan Youtube. Tapi korang mungkin kena ambik masa sikit la untuk faham dan memahami caranya. Untuk mereka yang dah ada channel Youtube pulak mesti korang kecewa view kat channel korang kurang, mana tak kecewa bila korang tengok channel Youtube yang famous view diorang beribu, berpuluh ribu malah berjuta pun ada kan.

Korang jangan kecewa atau boring pasal tu baik yang baru nak menceburi Youtube atau yang dah ada channel Youtube. Aku nak kongsi maklumat ini kat korang semua, mana tahu dengan maklumat dan ilmu ini dapat menolong korang dalam menghasilkan duit kat Youtube. 

Korang boleh klik kat SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang aku katakan tentang maklumat dan ilmu Youtube ni.

Wednesday, 8 April 2020

Hari 22 : Mungkinkah PKP Akan Dilanjutkan?


Ini pandang aku ye, tiada kaitan dengan sesiapa pun baik yang hidup atau yang mati. Aku jugak bukan nak takut kan korang dengan apa yang aku tulis ni, sebab yang aku tulis ni dari pemerhatian aku dan apa yang aku jangkakan.

Apa yang aku tengok daripada statistik yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang bertarikh pada 7hb April 2020. Bilangan zon merah dah bertambah 2 tempat iaitu Sepang di Selangor dan Kota Samarahan di Sarawak yang mana jumlah keseluruhannya adalah 23 tempat di seluruh Malaysia.

Pada pandangan aku la Perintah kawalan pergerakan ni tak akan tamat dalam masa terdekat ni. Dan aku rasa dalam masa terdekat ni jugak Perdana Menteri kita akan buat pengumuman tentang perintah kawalan pergerakan ni.

Walaupun bilangan yang sembuh meningkat dari hari ke hari, tapi jika korang tengok bilangan kes baru pun bertambah. Jadi korang jangan la nak bermimpi PKP ( perintah kawalan pergerakan ) akan tamat. Ramai yang sedar tentang PKP ni akan panjang tapi ada jugak yang tak sedar tentang tempoh PKP ni berpandukan statistik KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ).

Sebagaimana yang telah aku tulis sebelum ni, kuatkan lah mental dan diri kita untuk hadapi kemungkinan PKP ni dilanjutkan. Sekali lagi aku tekankan untuk diri aku dan korang, jaga kesihatan diri dan keluarga. Amalkan jimat cermat baik dari segi makanan dan duit korrang.