Thursday 27 May 2021

Vaksin Covid-19 Dah Jadi "Pisang Goreng" Dah...


Aku sendiri pun tak tahu nak mula macam mana nak tulis pasal ni dalam blog aku ni. Tulis dua tiga patah padam, tulis balik padam. Entah la nak kata Idea takda mungkin jugak kot atau jugak banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku ni.

Semalam 26 Mei 2021 kerajaan telah lancarkan tempahan slot temu janji vaksin astrazeneca untuk rakyat Malaysia yang mana bermula pukul 12 tengahari. Walaupun ada kelewatan masa tapi sambutannya memang boleh dikatakan Paris bak "pisang panas". 

Ramai jugak mereka yang tak dapat untuk buat tempahan dari website tersebut. Kecewa, sedih, marah itu la yang dapat aku baca kat media sosial apa yang mereka luahkan sebab kegagalan mereka untuk mendapat tempahan temu janji vaksin astrazeneca.

Thursday 20 May 2021

Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi


Sebenarnya aku dah malas dah nak tulis dah pasal COVID-19 ni tambahan lagi "lockdown" akan dibuat atau tidak keputusan hanya kita semua akan tahu esok selepas pak-pak menteri buat mesyuarat.

Aku secara peribadi tak tahu samada aku nak marah dan sedih dengan bilangan kes baru covid-19 yang mana dalam masa 2 hari bilangannya dah 6k. Memang aku sendiri mintak bilangannya terus sampai ke 10k ( lantak la korang nak kata atau nak komen apa pun dengan apa aku tulis tu ) sebab apa sebab PUNCA nya daripada kita sendiri.

Iye la kerajaan dah banyak kali dah bagitahu #kitajagakita tapi 'masuk telinga kanan keluar telinga Kiri ' dari mula pelaksaan PKP 2.0. Ikut SOP boleh aku kata kan kita memang  hancur. Entah la aku pun malas nak tulis panjang pasal ni. Aku rasa cukup la jika esok PKP 3.0 KITA semua hadap je la. Suka ke tak suka kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Cuma aku nak korang dan harap pihak berkuasa jika baca blog aku ni... Aku kongsikan tulis hamba Allah ni untuk korang...



KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA

Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-

1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan  pilih bulu atau isi poket.

2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.

3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.

4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.

5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.

Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.

Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng  atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti  bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN  lah penyelesaiannya.

Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.

Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!

Mohammed Maliki

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685

Alahai Kuah Laksa Je Pun...


Itu la bila kita semua tak kira la tua,muda,kecil,besar,lelaki mahupun perempuan dah pandai bersosial media ni kelakuan malahan apa yang kita tulis bak orang kata "pakai lepas". Iye la ko punya media sosial ko yang punya kan. Termasuk la jugak aku 😁.

Sebelum Raya hari tu viral dengan cincau nya hari ni maksud aku dalam dua tiga hari ni viral pulak pasal perang laksa. Nasib baik la aku follow kisah viral laksa ni 😁. Kisah cincau aku lambat follow tu yang tak boleh nak tulis dalam blog aku ni 😁.

Alkisahnya bermula bila daripada hamba Allah ni muat naik tulis bahan utama dalam pembuatan kuah laksa disamping diseletkan jugak dengan kenegerian di dalam Facebook. Jadinya dari situ bermula la perang laksa.


 
Aku sendiri bila baca komen nertizen dalam peperangan laksa ni terus terang aku tulis kat sini aku senyum dan ketawa je. Aku ambik benda tu sebagai hiburan aku je. Orang lain aku tak tahu la.

Pada aku dalam bab makan ni aku tak kisah yang penting HALAL dan kena dengan tekak aku sebab apa yang kita makan tu selain jadi Sarah daging kita pengakhirannya menjadi bahan buangan daripada kita jugak.

Laksa tetap laksa walaupun bahan utama untuk menghasilkan kuah tu tak sama seperti yang ko belajar daripada resepi turun temuran. Iye la jika ko berada diluar negera la jika ko nak buat laksa tak kan kau nak order bahan utama itu dari Malaysia kot. Jadi penyelasainya guna la apa yang ada kat negera ko duduk tu. Setakat kurang 1,2 bahan utama tu takpa la janji ada rasakan.

Sama jugak dengan masak gulai tempoyak dalam kepala kita mesti bahan utama ikan patin kan. Sekarang ni je generasi muda dah buat perubahan yang mana tak semestinya nak guna ikan patin untuk buat gulai tempoyak. 

Seperti yang aku tulis awal tadi yang penting ada rasa,sedap dan HALAL. Jika makan kalau sedap mahu bertambah aku rasa betul tak.

Tapi itu la manusia ni ada yang boleh terima dan ada yang nak sama dari dulu kini dan selamanya. Apa pun terpulang kepada kita sebab kita yang buat benda tu.

Tuesday 18 May 2021

Baru La Rasa Raya...


Kata orang Raya Aidilfitri ni sebulan sambutnya sebab kita puasa pun sebulan 😁. Aku tulis tu copy paste orang ye bukan fatwa agama tau. Kan tak pasal-pasal aku yang kena.

Cuma aku boleh tulis macam ni je kita semuanya masih dalam mood Syawal ( betul kan aku tulis ) jadinya dalam mood Syawal yang masih ada ni ditambah pulak kita tahun ni kita sambut aidilfitri tak seperti tahun-tahun yang lepas. 

Hari ni orang rumah aku buat rendang daging dengan nasi impit beserta kuah kacang. Kata orang rumah aku selagi tak dapat makan 2 benda ni rasanya tak lengkap la Hari Raya Aidilfitri.

 
Patutnya 2 juadah ni kena ada pagi Raya tapi hari ni ( raya ke 6 ) baru ada kat atas meja rumah aku ni 😁. Ala sebenarnya bila-bila masa pun apa juadah yang ada pagi Raya tu boleh kita semua dapat,buat dan makan tak kira la waktu apa pun.

Tapi kita semua dah terbiasa dah sebenarnya dari dulu , kini dan insyallah selamanya. Seperti orang rumah aku kata " tak lengkap" 😁.



Ketupat, leman, antara salah satu juadah yang wajib ada kan pada pagi Raya. Jika tak buat sendiri aku dan korang akan beli betul tak. 

Cuma aku sedih 😢😢😢 dengan khabar angin yang mengatakan Kuala Lumpur dan Selangor akan lock down sebab bilangan kes baru covid-19 masih bertambah. Entah la bila angka kes baru covid-19 seperti dulu yang hanya 1 angka.

Monday 17 May 2021

Hari Ni PdPR Bermula


Hari ni 17 Mei bermula la PdPR 2.0 kepada ibubapa yang mempunyai anak bersekolah. Aku pun tak berkecuali jugak 😁. Apa yang aku boleh tulis kat sini bertabah dan bersabar je dengan keadaan sekarang. Bukan aku mahupun sesiapa suka dengan pendemik covid-19 ni.

Untuk hari pertama PdPR 2.0 kali ni aku lihat ia teratur dan tersusun tak seperti PdPR yang pertama dulu. Iye la dah ada pengalaman yang dulu dan aku percaya para pendidik kita dah buat persedian yang terbaik untuk kali ni.



Dengan ada jadual untuk pembelajaran PdPR dan jugak group WhatsApps ini memudahkan para pelajar dan jugak ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak.

Aku macam biasa la bukan nak tulis panjang bab PdPR ni biasa la ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang penting pembelajaran anak-anak kita berjalan seperti biasa cuma bukan bersemuka je.

Sunday 16 May 2021

Selamat Hari Guru...


Terus terang aku tulis kat sini aku lupa hari ni 16 Mei adalah hari guru. Iye la bila dah umur macam ni kekadang ada pekara yang aku lupa. Walaupun aku ada anak yang bersekolah tapi sekolah di waktu pendemik ni boleh jugak aku lupa 😁.

Hari guru ni bukan satu perayaan ye cuma hari yang mana di adakan untuk kita ingat malahan tak salah aku tulis hari di mana aku dan korang berterima kasih kepada para pengajar yang telah banyak berjasa mengajar kita semua.

Sebab itu la tugas guru ni tugas yang mulia. Dan jugak guru ni jugak menjadi sanjungan tak kira peringkat umur,bangsa mahu jantina. Cuma...korang sambung la sendiri. Aku bukan ada niat apa-apa pun dengan ayat gantung tu. Aku nak korang pakat-pakat fikirkan bersama dengan hari guru ni. Apa yang korang rasa, apa yang korang pendam itu terpulang hak dan hasil fikiran korang.

Satu lagi aku sendiri pun baru tahu kenapa 16 Mei ni menjadi pilihan untuk sambutan hari Guru setiap tahun kat Malaysia ni. Aku rasa korang pun sama macam aku kan.

Ok la ini aku ambik dan tambil balik dalam blog aku ni yang mana sumbernya ada lah dari sini.

Jadi, mengapa 16 Mei ditetapkan sebagai Hari Guru di Malaysia?

Thursday 13 May 2021

Review Movie : Tale of the Nine Tailed


Masih dalam mood Raya kan 😁, jadi dalam aku duk menziarahi ahli keluarga yang ada kat rumah aku ni aku baru je habis layan drama korea yang boleh aku katakan drama yang paling lama aku nak habiskan.

Dekat 2 bulan jugak la aku nak habiskan 16 episode cerita drama ni. Walau apa pun drama korea yang Bergenre fantasi romantik bagi aku memang tak membosan untuk dilayan, ini pandangan aku ye. Pada korang aku tak tahu la.

Ok la dengan jalan cerita yang dipersembahkan tambahan dengan genre yang aku suka lagi menambahkan rasa dalam waktu menontonnya.

Lupa pulak aku nak tulis drama ni ada jugak unsur seram sikit tapi bulan la seram seperti cerita movie yang boleh mengejutkan korang. Aku yang tak suka cerita seram boleh layan tak kan korang tak boleh kan.

Cerita yang Bergenre macam ni biasa la jika tak ada throw back jika korang yang macam aku suka layan drama korea yang Bergenre fantasi korang boleh la mula mencari nya untuk korang tonton dan layan drama korea ni.



Untuk aku tulis sinopsis ringkas tu aku rasa tak kot sebab korang boleh layan kat sini jika korang nak tahu lebih lanjut.

Salam Aidilfitri 2021


Alhamdullilah syukur...itu yang aku tulis untuk permulaan blog aku kali ni. Kenapa??? Sebab sebagai orang Islam Aku bersyukur tahun 2021 ni aku dapat jugak menjalani Ramadan penuh dengan badan yang sihat dan berharap amalan puasa aku diterima oleh yang Maha ESA.

Dengan kesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada korang yang beragama Islam tak kira la kat mana pun korang berada yang sudi membaca blog aku ni.

Walaupun tahun ni kita termasuk jugak Aku yang tak dapat balik beraya di kampung tapi jangan la kita sedih. Raya tetap raya cuma tak dapat balik kampung je. Aku malas nak tulis sebab kita ni emosi dan pemikirannya berbeza. Nanti aku tulis lain pulak jadinya kan.


Apa pun aku harap korang tetap happy dalam menyambut aidilfitri tahun ni. Yang penting korang kena ingat kepada SOP yang telah ditetapkan.

Tuesday 11 May 2021

PKP Lagi...


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah pasal PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni.
Marah, kecewa, entah bermacam-macam yang aku rasa sama korong jugak. Bila baca kat media sosial bermacam cerita yang nertizen tulis untuk mereka luahkan dengan apa yang berlaku.

Aku malas nak sentuh bab mereka yang menjadi dah menjadi viral dalam 2.3 hari yang lepas. Cuma aku nak tulis ni berdasarkan pandangan Aku dan apa yang aku rasa.

Sunday 9 May 2021

Kambing Bakar Memang Tak Mengewakan..


Maaf ye jika gambar di atas mengewakan tapi yang penting kenikmatannya tak mengewakan. Ok tak ayat aku ni 😁. Aku harap ok la dengan cara aku tulis ni.

Berbalik kepada isu pokok yang nak aku sampaikan kat sini. Bagi korang yang tercari-cari bahan untuk berbuka hari ni apa kata korang cuba apa yang Pak Mus tawarkan ni. Aku jamin ia tak mengewakan korang.

Semuanya bermula daripada aku yang nak berbuka ala yang bakar-bakar tak kira la daging ke, ikan ke atau yang sewaktu denganya. Nak makan kat luar dah tak boleh dah sekarang bila kerajaan umumkan PKP entah yang kali keberapa pun aku tak tahu. 

Jadinya aku suruh la orang rumah aku mulakan pencarian bahan untuk  menu berbuka. Cari punya cari oleh orang rumah kesayangan aku maka terjumpa la page Pak Mus ni.

Untuk aku sekeluarga kami memilih marinated lamb sebagai menu bakar berbuka nanti.  Dalam pek ni disertakan jugak dengan 2 jenis sos iaitu brown paper dan jugak danok SOS.

Seperti yang aku tulis pada awalnya memang tak mengewakan yang mana setelah dibakar dagingnya memang lembut tak liat ditambah pulak dengan adanya air asam. 


Satu lagi masa bakar tadi walaupun hanya guna air fryer minyak dari daging akan keluar dengan sendiri nya. Jadi tak payah la nak sapu minyak bagai kat daging tu.

Walaupun hanya dengan satu lauk je tapi alhamdullilah aku tambah jugak 2 kali waktu berbuka tadi 😁. Mana boleh tahan kambing Bakar dengan air asam. Hero aku pun boleh tahan 2 ketul jugak dia makan.

Jika korang nak rasa apa yang ada kat Pak Mus ni korang boleh la klik kat sini.


Sunday 2 May 2021

Terima Kasih Mysalam...


Korang dah daftar mySalam tak? Kalau korang belum lagi daftar apa kata korang mula daftar sekarang, bukan kena bayar pun masa daftar mySalam ni. Jika korang nak daftar boleh daftar kat sini.

Kenapa aku galakan korang daftar mySalam ni kan? Korang pun tahu mySalam ni disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia kita untuk membantu golongan B40 dalam memberi pelindungan kesihatan percuma melalui Tabung Amanah mySalam.

Senarai penyakit kritikal telah diperluaskan daripada 36 penyakit kritikal kepada 45 penyakit kritikal yang di cover oleh takaful MySalam:

Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis Bakteria
Tumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
Pembedahan Otak
Kanser
Kardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia Kronik
Koma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitis
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru
AIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus Fulminan
Serangan Jantung
Pembedahan Injap Jantung
HIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Pertuturan
Trauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ Sum
Penyakit Neuron Motor
Sklerosis Berbilang
Distrofi Otot
Kelumpuhan / Paraplegia
Penyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Strok
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
Kelecuran Tahap Ketiga
HIV
Penyakit Terminal
Penyakit Sistik Medular
Sindrom Apallic
Poliomielitis
Skleroderma Progresif
Keradangan pankreas berulang
Elefantiasis
Penyakit lembu gila

Mereka yang menjadi mangsa kepada COVID-19 jugak termasuk dalam senarai dalam cover tabung mySalam.

Gambar di atas adalah SMS yang aku terima daripada mySalam dengan tuntuan yang telah aku buat. 


Seperti yang aku tulis dalam post sebelum ni, aku sekeluarga merupakan positif covid-19. Dengan adanya mySalam ni sedikit sebanyak ia membantu aku sekeluarga. Tambahan lagi boleh dikatakan aku sekeluarga sebulan jugak berada dalam ward hospital terutamanya orang umah aku. Secara tak langsung terjejas jugak pendapat aku sekeluarga dalam sebulan tu.

Dengan ada bantuan mySalam ini aku bersyukur sangat tambahan pulak kita menjalani Ramadan ni.

Dengan bantuan sebanyak maksimum RM700 atau maksimum 14 hari kita dikuarantikan yang mySalam bagi tu aku bersyukur sangat. Kalau korang kata tu sikit aku tak tahu la sebab tu korang bukan aku 😁.


Dengan keadaan sekarang yang mana kita kena hadapi pendemik covid-19 ni ditambah pulak bantuan yang kerajaan salurkan sedikit sebanyak dapat membantu.

Untuk mereka yang nak buat tuntuan sekarang dah banyak dah kios mySalam yang ada. Cuma korang bawak je surat bukti yang mengesahkan korang pesakit covid-19 dan jugak dikuarantikan korang terus bagi je penjaga kios mySalam tu. Mereka akan tolong buat tuntuan korang.

Dah selesai korang cuma tunggu dalam 10 hari yang mana korang akan dapat SMS yang menyatakan tuntuan korang berjaya atau tak. Jika berjaya korang akan dapat lagi SMS yang tuntuan korang berjaya dan diproses. Duit akan dibankkan dalam masa 5 hari bekerja.





Saturday 1 May 2021

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit Jadi Pilihan...

  

Tak tahu nak makan apa waktu berbuka nanti maka cara mudahnya order je makanan yang dijual oleh peniaga kat bazar Ramadan senang.

Ini bukan kes orang umah aku malas nak masak ye. Korang nanti cepat je nanti kata orang umah aku malas bukan boleh caya ni 😁. Ok la tambahan semalam bekalan air tempat aku terjejas jadinya nak masak pun susah cara mudah aku sekeluarga take away je menu untuk berbuka semalam.

Maka menu pilihan kami ada lah MAT ROCK AYAM GORENG KUNCIT  yang ada dekat tempat perumahan aku ni.

Pada mulanya orang umah aku cadang nak order je kat Food panda tapi bila tengok kat Facebook rasmi Mat Rock Ayam Goreng Kunyit aku ambik keputusan baik aku take away je kat kedai.

Walaupun pun kedai Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni dah lama dah ada kat tempat aku tapi semalam aku sekeluarga baru nak cuba. Selama ni hanya baca komen orang pasal menu Mat Rock Ayam Goreng Kunyit jadinya aku sekeluarga baru nak rasa.

 
Nak kata tamak tak jugak tapi sebab nak cuba setiap menu yang ada kat kedai makan Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni sudahnya aku beli terus 4 set yang mana setiap satunya lauk berlainan.

Alang-alang dah nak cuba baik aku terus beli je 4 set kan. 

Terus terang aku kata kan rasa untuk memu kat Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni memang tak mengewakan dan harganya bukan kayangan serta mampu beli.


Rasanya memang terbaik dan puas hati, kenyang tak usah cakap la. Memang kenyang. Aku suka dengan daging goreng Kunyit yang Mat Rock Ayam Goreng Kunyit tawarkan. Menang sedap.

Anak aku alhamdullilah banyak jugak dia makan nasi ayam Kunyit habis jugak separuh nasinya.

Patut la ramai orang kata makan kat Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni sedap. Insyallah ada rezeki boleh order lagi.

Selamat Hari Pekerja...


Aku terlebih dahulu nak ucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh para pekerja tak kira la dalam sektor apa pun baik kerajaan mahupun swasta serta tak lupa jugak yang bekerja sendiri. Aku jugak tuju kan ucapan ni untuk seluruh rakyat Malaysia dan jugak kepada rakyat di luar negara Malaysia.

Dalam keadaan kita semua menghadapi pendamik covid-19 ni, bersyukur kita masih lagi ada pekerjaan. Mungkin tata cara kerja mungkin berubah seiring dengan pendemik,aku harap korang jangan sesekali mengeluh atau kecewa. Insyallah keadaan akan kembali ke sedia Kala nanti.

Aku sendiri seperti korang tapi aku nak jugak korang lihat kepada mereka yang telah kehilangan kerja dalam keadaan sekarang. Aku bukan nak hina diorang tapi aku nak ajak kita sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Iye nasib kita tak sama dan kita tak tahu apa yang akan terjadi esok Hari.

Entah aku sendiri pun rasa lain je Aku tulis kali ni. Aku harap korang faham apa yang aku tulis ni 😁.