Tuesday 31 March 2020

Hari 14 : Perintah Kawalan Pergerakan


Hari ni 31 April 2020, hari yang terakhir dalam bulan April. Ini bermakna dah 14 hari kita di dalam perintah kawalan pergerakan. Syabas untuk mereka yang mengikuti apa yang telah kerajaan sarankan. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan di sini sebenarnya. Iye la kekadang otak aku ni dah buntu dah macan takda idea dah apa yang nak aku tulis kat dalam blog aku ni. Buka Facebook ingat nak jugak cari idea kot-kot boleh di buat cerita tapi hampanya cerita sama je. 

Cuma yang jadi viral pasal bantuan yang dikatakan berat sebelah. Aku tak nak ulas atau nak komen kat blog aku ni. Perkara ni kekadang boleh jadi kontrovesi, aku tak suka nak jadi batu api nak tuang minyak kat atas bara. Biar la mereka yang jenis suka buat privokasi ni je yang buat kerja. Aku suka baca je.

Cuma apa yang nak aku tuliskan kat korang dan jugak dekat aku sendiri, jaga diri dan keluarga. Aku jugak nak tambah jaga keselamatan baik diri, keluarga dan harga benda korang. Dalam keadaan sekarang ni macam-macam boleh terjadi. Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja untuk dapat keperluan.

Sunday 29 March 2020

Hari 13 : Perintah Kawalan Pergerakan


Dah masuk hari yang ke 13 dah kita berada dalam perintah kawalan pergerakan ni. Hingga semalam kisah mereka yang masih degil dan tak mengikuti apa yang telah kerajaan sarankan masih ada. Korang sendiri pun boleh tengok atau baca tentang kisah mereka yang degil dan tak faham bahasa.

Seperti yang aku tulis sebelum ni jaga la kesihatan kita dan keluarga Kita dari wabak covid-19 ni. Sayang la diri dan keluarga kita. Ikuti la apa yang telah kerajaan kita sarankan dalam kita menghadapi wabak covid-19.

Seperti apa yang ketua Pengarah kesihatan Malaysia ( KKM ) iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katakan semalam. Bilangan kes wabak covid-19 ni akan lebih meningkat pertengahan bulan April berpandukan dengan apa yang berlaku sekarang.

Jadi nak tak nak, mahu tak mahu, suka tak suka kita kena siap bersedia untuk menghadapinya. Aku bukan nak takutkan korang semua tapi kita ambik langkah berjaga-jaga. Kita semua pun tahu wabak covid-19 ni masih lagi tiada vaksin untuk menyegahnya.

Kerajaan sendiri pun buat persediaan tak kan la Kita tak nak buat persediaan jugak. Iye la kerajaan dah membantu rakyat seperti yang telah Perdana Menteri umumkan dalam inisiatif ekonomi dalam menghadapi wabak covid-19 ni.

Kita sebagai rakyat Malaysia, tak nak buat persediaan jugak ke. Apa persediaan yang kena buat? Untuk aku dan keluarga aku la, persediaan yang aku buat. Barang makanan biar sentiasa ada, tambahan dah ada anak ni lagi sebab anak bukan seperti kita ibu bapa yang boleh sabar dan tahan jika makan kurang.

Air bersih untuk minum sentiasa ada, bekalan ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk kena ada. Dan kat tangan aku mesti sentiasa ada wang tunai. Korang nampak macam dalam dalam daruratkan apa yang aku buat tu. Aku tak kisah la, lain orang lain cara dan lain orang lain fahamannya. 

Itu cara persediaan aku dan keluarga aku dalam keadaan kita semua menghadapi wabak covid-19 ni. Tambahan aku dan keluarga aku tak nak la selalu terdedah. Sedia payung sebelum hujan, beringat sebelum kena.

Friday 27 March 2020

Review Buku : Kuasa Iqra Menguasai Menikmati Akhirat


" Baca dengan Nama tuhanmu yang Maha Pemurah, mengajar manusia melalui pena dan tulisan ". Surah al-Alaq, ayat 3-4.

Alhamdullilah selesai jugak aku habiskan bacaan buku ni. Dengan ketebalannya hanya 136 muka Surat, di tambah pulak dengan penulisnya adalah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bahri. Aku boleh katakan buku ni memang tak akan mendatangkan rasa bosan walaupun di bahagiakan dalam beberapa tajuk.

Dengan permulaan bab yang mana menceritakan secara ringkas tafsir surah al-Alaq atau jugak dikenali jugak sebagai surah Iqra. Bagi orang Islam surah Iqra ni tidak asing lagi dalam sejarah kenabian Muhammad SAW. Ditambah pulak dalam bab seterusnya penulis menulis pemahaman bagi surah al-Alaq.

Apa yang aku boleh katakan buku ni menceritakan feadah yang di perolehi daripada membaca buku, serta tip dan galakan dalam minat membaca buku. Salah satu tip yang menarik minat aku adalah membina perpustakaan mini dirumah. Dengan adanya perpustakaan di dalam rumah walaupun sederhana secara tidak langsung akan dapat mengalakkan kita membaca.

Buku kuasa Iqra ini jugak mengajar kemahiran dan teknik dalam membaca yang mana dengan ini dapat membantu untuk :
- mendapatkan maklumat penting
- meningkatkan ilmu pengetahuan
- sebagai hiburan dan kesenangan
- membantu menyelesaikan masalah penyelidikan.

Akhir sekali dalam buku ini jugak ada jugak menyeritakan beberapa perpustakaan yang terkenal yang ada kat dunia ini.

Aku syorkan kepada mereka membaca buku ini, korang akan asyik daripada satu muka surat ke muka surat yang seterusnya tanpa korang sedar. Bahasa yang mudah untuk kita faham tak akan kita bosan membacanya.

Hari 10 : Perintah Kawalan Pergerakan


Hari ni dah masuk hari yang ke 10 dan seperti yang kita maklum perintah kawalan pergerakan ini telah dilanjutkan hingga ke 18 April 2020. Suka atau tidak kita kena tempuh dan terima jugak. Ini untuk kebaikan kita semua. 

Korang resah? Korang tertekan? Korang bosan? Korang kena ingat bukan korang he ye. Orang lain pun macam tu jugak, jangan korang nak mengeluh ye. Dah banyak kali aku tulis dah, ikut je apa yang kerajaan perintah. Ini bukan nak susah kita tapi untuk kebaikan tapi jika korang kata apa yang kerajaan buat Tu menyusahkan jugak, itu hak korang. 

Hari ni jugak, Perdana Menteri Kita YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menyampaikan pengemuman berkenaan pakej rangsangan ekonomi untuk kita semua bagi menghadapi wabak covid-19 ni.

Ini adalah ringkasa daripada pakej rangsangan ekonomi yang Perdana Menteri kita umunkan hari ini.

Bantuan Kerajaan

1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3.Bantuan  RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan #prihatinrakyat

5.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam #prihatinrakyat

6.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat

7.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

8.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

9.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020 #prihatinrakyat

10.Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 #prihatinrakyat

11.Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat

12.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020 #prihatinrakyat

Sama-sama la kita berdoa moga wabak covid-19 ini dapat dihapuskan.

Tuesday 24 March 2020

Hari 7 : perintah kawalan pergerakan


Hari ni dah masuk hari yang ke 7 dan bermakna dah seminggu la kita telah berjaya mengikut apa yang telah kerajaan kita sarankan. Aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang berjaya mengikut apa yang Kerajaan Malaysia mahukan dalam perintah kawalan pergerakan ni. 

Semalam Perdana Menteri Kita telah telah kemukakan inisiatif Majlis Tindakan Ekonomi dalam membantu rakyat dan pihak yang ber wajib semasa menghadapi wabak covid-19 ni. Dan yang paling menariknya dimana pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada rakyat untuk mengeluarkan duit KWSP.

Semalam jugak la bermacam-macam cerita perbahasan yang keluar samada yang pro mahupun kontra tentang pengeluaran wang KWSP ni. Kekadang ada cerita yang panas dan ada jugak la yang sejuk. Semuanya bebas lontarkan pendapat tentang pekara ni termasuk la aku.

Ok la aku malas nak cerita pasal pro kontra ni. Apa yang nak aku cerita kan tentang bagaimana KWSP akan menjalankan pengeluaran wang ahli mereka seperti yang Perdana Menteri kita kemukakan semalam.

Pengeluaran wang KWSP bagi setiap ahli seperti Perdana Menteri nyatakan adalah melalui i-Lestari. Tapi apa tu i-Lestari ni?

i-Lestari ini adalah kemudahan pengeluaran khas yang mana bertujuan meringankan beban kewangan semasa tempoh wabak covid-19 ni.

Pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk ahli :

I) Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap

II) Berumur bawah 55 tahun

III) Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat

IV) Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2).     

Pengeluaran Wang KWSP ini hanya daripada akuan 2.Seperti yang Perdana Menteri nyatakan pengeluarkan KWSP ini adalah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan berpandukan kepada jumlah yang terdapat pada akuan 2 untuk setiap ahli. 

Mengikut kenyataan pihak KWSP, ahli boleh mula kemukan permohonan pengeluaran i-Lestari ini bermula 1 April 2020. Pihak KWSP jugak menyatakan pengeluaran hanya bermula pada 1 MEI 2020 setelah permohonan selesai di proses.  

Untuk keterangan lanjut korang boleh baca detail di sini.              

Monday 23 March 2020

Wabak Covid-19 : Inisiatif Majlis Tindakan Ekonomi


Alhamdullilah itu yang dapat aku tuliskan dengan apa yang telah YAB Perdana Menteri kita dengan pengemuman yang telah di bentangkan dalam sidang media hari ni.

Berikut adalah ringkasan apa yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Kita tadi.

KENYATAAN SIDANG MEDIA YAB PERDANA MENTERI PADA 23 MAC 2020

Inistiatif-inisiatif yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini:

1. Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Bagi mereka yang Di bawah usia 55 tahun.

2. Kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya Jururawat.

3. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu Kerajaan Negeri menangani krisis COVID-19.

4. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

Aku rasa dengan apa yang telah Perdana Menteri kita nyatakan itu, iye dapat membantu sedikit sebanyak kepada kita dalam mengharungi kemelut wabak covid-19 ni.

Selain tu jugak bantuan kewangan yang kerajaan berikan kepada kementerian kesihatan adalah untuk melancarkan lagi pihak berkuasa mencari penyelesaian wabak ini dari terus menular.

Apa yange pasti semuanya menerima bantuan dengan inisiatif Majlis tindakan ekonomi ini.

Sunday 22 March 2020

Perintah kawalan pergerakan : Ini la aktiviti aku

Korang macam mana hari ni? Dah masuk hari ke 5 perintah kawalan pergerakan ni. Masih ok ke atau dah ada tanda-tanda kebosanan melanda? Suka atau tak, bosan atau tak korang sabar la ye. Sekarang ni bukan korang je yang rasa macam tu, semua orang pun sama. 

Bagi aku elok la dalam keadaan sekarang ni, korang yang berkeluarga tu dapat la eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Anak-anak korang boleh pantau selain eratkan lagi kemesraan anak dengan korang. Yang single pulak tu buat la pekara yang berfeadah, yang tinggal dengan orang tua tu mesra-mesrakan la dengan orang tua korang. Korang ingat hanya kena mesra dengan pakwe/ awek korang je ke.

Aku pulak dah 2 hari buat air yang jadi viral kat Facebook. Iye la nampak macam sedap je, nak buat pun senang. Bahan-bahan pulak semuanya ada, jadi apa lagi buat je la. Nak tulis cara buatnya, aku memang tak akan tulis sebab korang boleh baca dan tengoknya kat Facebook korang sendiri.

Gambar atas tu semalam punya cerita yang mana aku buat Nescafé dengan susu.

Hari ni pulak kopi dengan susu. Rasa yang semalam dengan yang hari ni, semalam lagi sedap dengan rasa pahit dan manisnya. Aku bukan kata yang kopi dengan susu tak sedap. Rasanya tetap sedap tapi biasa je la, iye la seperti kopi susu je.

Itu la aktiviti aku hari ni selain gaduh dengan si bujang aku. Jika ada masa aku baca jugak la buku, kalau tak baca bila nak habiskan.

Satu lagi aku nak nasihat jaga kesihatan korang dan keluarga. DUDUK rumah, keluar jika ada keperluaan je tapi bukan satu rumah yang keluar tapi seorang sahaja.

Bagi mereka yang merancang nak balik KL tu korang batalkan la ye. Korang balik tujuan apa? Kenapa aku suruh batal pertama, perintah kawalan pergerakan dan yang kedua, semua tol yang menghala ke KL sekarang telah di tutup dan di jaga oleh pihak polis dan ATM.

Mereka yang hanya mempunyai hal kecemasan dan dibenarkan untuk masuk atau keluar dari Kuala Lumpur.

Hari 5 : Perintah Kawalan Pergerakan


Hari ni dah masuk hari yang ke 5 perintah kawalan pergerakan. Waktu aku tulis ni boleh la dikatakan terlalu awal, iye la tak tahu apa yang akan berlaku sepanjang hari ni. Hari ni jugak pihak ATM ( angkatan tentera Malaysia ) memulakan tugas mereka membantu pihak polis bersama untuk memastikan rakyat Malaysia mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah keluarkan oleh pemerintah Malaysia.

Korang dah tahukan statistik terkini berkenaan wabak covid-19 ni kan. Dengan 8 kematian yang dicatat semalam, dan pertambahan bilangan mereka yang terkena wabak covid-19 ni. Seperti yang aku tulis awal tadi, aku tak tahu lagi apa yang akan berlaku pada hari ni. Statistik terkini berkenaan wabak covid-19 ni masih lagi belum terkini. Apa yang boleh aku lakukan sekarang berdoa moga hari ni tiada dan tak akan meningkat bilangan mereka yang terkena dengan wabak covid-19 ni.

Sekali lagi apa yang dapat aku tulis kat sini, duduk rumah jangan keluar rumah jika takda pekara yang mustahak. Jaga kesihatan dan kebersihan kita, keluarga serta sekeliling kita.

Saturday 21 March 2020

Hari 4 : Perintah Kawalan Pergerekan


Hari ni dah masuk hari yang ke 4 aku dan korang kena ikut apa yang kerajaan kita sarankan. Bukan saja-saja ye kerajaan buat macam tu, untuk kebaikan bersama.

Semalam jugak kerajaan telah meminta ATM ( Angkatan Tentera Malaysia ) membantu pihak Polis dalam perintah kawalan pergerakan ini. Semalam jugak la macam-macam cerita aku baca pasal ATM ini bila diorang turun padang jugak mulai esok Ahad 22 march 2020. Entah la malas aku nak cerita atau nak ulas pasal ATM ni. 

Hari ni jugak la aku terpaksa keluar rumah ( amboi... terpaksa tu 🤣 )  untuk selesai beberapa urusan dan salah satunya nak cari face mask. Iye la hari tu waktu beli hand sanitizer tak nak terus beli.


Baru sekarang aku nak beli face mask ni nampak sangat terdesakkan 😊. Memang terdesak pun, iye la waktu wabak covid-19 ni face mask kena ada. Salah satu cara kita untuk elak terkena wabak covid-19 ni. Tapi apa kan daya farmasi buat masa sekarang stok tak ada. Jadi pasrah la ye.

Kat tempat lain, maksud aku selain farmasi  kat media social ada jugak yang jual tapi yang jadi masalahnya adalah harganya. Walaupun kerajaan dah tetap harga siling untuk face mask dan hand sanitizer, harga yang peniaga jual tak mengikut apa yang diarahkan oleh kerajaan. Memang la boleh report kepada pihak yang berwajib tapi aku yang malas. Tapi kalo korang nak report tu dipersilakan.

Bukan aku nak bela mereka yang menjual. Salah tetap salah, dah la ambik kesempatan atas kesusahan orang. Entah la, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak report.