Monday 27 April 2020

Review Movie : Insan Terpilih


Terus terang aku katakan aku sekarang aku ni dah tak layan dah tengok movie atau drama melayu yang terkini, senang cakap aku nak baikot dah artis Malaysia dah. Mana aku tak baikot ada sesetangah artis ni dah kurang ajar dengan kita sebagai penyokong diorang dan naikkan diorang.

Tapi kali ni aku bukannya tewas atau nak jilat ludah aku balik. Semalam aku layan drama melayu yang bertajuk INSAN TERPILIH. Kenapa aku layan drama ni? Pertama kerana drama ni berkisahkan ' based on ' dari kisah benar, yang keduanya tiada pelakon yang nak aku baikot.


Insan terpilih walaupun hanya kisah drama tapi walaupun based on kisah benar, terus terang aku katakan jalan ceritanya boleh membuat hati akan sayu dengan insan yang bernama Firdaus. Walaupun tidak sempurna akal, Firdaus insan yang terpilih untuk menerima ujian daripada penciptanya. 

Tadi aku kata INSAN TERPILIH ni based on kisah benar jadi aku nak kongsi la dengan korang kat mananya based on kisah benar ni.

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ Jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

*gambar sekadar hiasan

Saturday 25 April 2020

Pemohonan Pergerakan Rentas Antara Negeri Pada 1 Mei Hingga 3 Mei 2020

Bagi mereka yang balik kampung sebelum arahan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dan ingin pulang ke Bandar korang dah boleh mengisi borangnya bermula esok 27 April 2020. 

Kelulusan dan kebolehan untuk mereka pulang semula ke bandar hanya dibenarkan kepada yang mengisi borang secara online. Kelulusan hanya diketahui pada 1 Mei 2020 dan korang hanya boleh periksa samada lulus atau tidak pada hari itu jugak.

TERKINI: Permohonan Pergerakan Antara Negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk tujuan yang dibenarkan boleh dibuat melalui Aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April

Sumber @KDNPUTRAJAYA 

Cara guna aplikasi (rujuk gambar) & muat turun melalui panduan:
https://t.co/GjeFSciLZH
https://t.co/G65gEkEjp9

Perhatian :


Review Buku : Bukan Kerana Aku Tak Cinta


 Cinta itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan...

Apa yang aku tulis kat atas tu bukan aku yang tulis ye tapi aku copy dan paste je dari buku novel ni.

Jika korang seorang pencinta novel aku nak korang baca novel bukan kerana aku tak cinta ni. Pada aku yang telah membacanya tak akan mengecewakan. Dan aku puji penulis novel ni menulis sebuah novel yang memang tak membosankan.

Plot dalam novel ni takda la pening atau berbelit-belit senang aku tulis novel ni senang nak faham dan memang layan habis. Dari satu muka surat ke muka surat yang lain aku duk layan baca novel BKATC (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) ni.

Penulis novel ni menerapkan genre romantik komedi dengan baik sekali. Aku kekadang tersenyum sorang-sorang bila baca novel ni. Iye mana tak senyum jika ayat yang digunakan penulis adalah ayat yang biasa kita guna. Alah ayat pasar la senang sikit korang faham.

Terus terang aku katakan aku menyampah jugak waktu Mastura yang mana seorang gadis yang berkelulusan undang-undang tergedik-gedik mengoda Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad. 

Macam biasa la novel cinta, tak akan lepas dari babak percintaan, bahagia, konflik dan akhirannya bahagia. Korang semua termasuk aku dah tahu macam tu. Tak akan ada yang pengakhiran novel cinta dengan kecewa.

Dalam novel ni JEBAT atau Ahmad Ziyad lelaki berdarah campur melayu dan cina. Seorang anak muda yang mempunyai sejarah hitam yang telah ditinggalkan dan berhijrah kearah kebaikan. Dengan bantuan abang Jebat iaitu Wahab, Jebat dapat kerja dengan Uwais seorang majikan yang baik dan secara tidak langsung menjadi pebimbing untuk Jebat berubah.

Dalam masa yang sama Jebat telah menjadi tarikan kepada Mastura yang merupakan adik ipar Uwais, dengan sifat Jebat yang rajin,tenang, dan boleh aku katakan Jebat ni lelaki melayu terakhir.

Maka bermula la babak Mastura mengoda Jebat untuk menarik perhatian. Perigi mencari timba itu yang boleh aku kata kan dengan perangai Mastura ni. Tapi...

Untuk seterusnya korang kena la cari dan baca novel BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ni.

Friday 24 April 2020

Buat Baik Kena Kecam, Buat Jahat Lagi La Dikecam

Alhamdullilah dah selasai dah kita jalani ibadah puasa kita hari ni. Macam mana puasa korang ada kelainan ke puasa korang tahun ni? Pada aku sama je seperti tahun-tahun yang lepas tapi yang beza pun hanya takda bazar ramadan je la sebab sekarang ni kita kena patuh arahan PKP.

Apa yang nak aku tulis adalah tentang padangan aku tentang kisah viral sekarang ni. Aku bukan nak tegakkan benanng yang basah, tapi aku punyai hak untuk aku bersuara selagi tak melanggar undang-undang negara Malaysia.

Aku sedih dengan apa yang berlaku dengan orang yang buat baik ni. Kena marah dan kena kecam puncanya hanya kerana kerata mewah dan tak memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.

Terus terang aku katakan aku rasa jijik mereka yang berilmu dengan mengeluarkan kata-kata yang aku boleh tuliskan kat sini sebagai 'low standard '. Engkau orang yang berilmu tapi cara dan tindak tanduk kau bagai orang tak berilmu.

Aku jugak hairan sebelum adanya kisah yang dah jadi viral ni takda pulak muncul muka-muka yang berlagak suci ni. Sesetengah mereka yang buat baik ni dah lama buat kerja kebajikan dengan memberikan sumbangan dan pertolongan ni. Bukan sebab terwujudnya wabak covid-19 dan arahan PKP baru muncul orang baik ni. 


Aku bukan nak kata tiada mereka yang berkepentingan Dan mereka yang mampu yang tiada dalam buat pekara baik. Mereka ni ada dan mereka memang buat pekara baik dalam membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi aku lebih suka kepada mereka yang bukan mengharapkan bantuan orang lain untuk memberikan sumbangan. 

Aku kongsi kan tuliasan daripada insan yang baik tapi...


Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.

Salam Ramadan 1441


Hari ni 24 April 2020 bersama dengan 1 Ramadan 1441 hijrah, aku mengambil kesempatan ini nak ucapkan salam Ramadan dan selamat menjalani ibadat puasa.

Ramadan tahun ni aku, korang mahupun sesiapa pun pasti tak akan dapat melupakan dan aku rasa iya akan menjadi satu sejarah. Malahan jika ditakdirkan umur kita panjang kita akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini kepada anak, cucu mahupun cicit kita.

Iye la Ramadan tahun ni kita semua menyambutnya dalam suasana kita berada dalam perintah kawalan pergerakan ataupun PKP. Bagi yang mereka yang selalunya menyambut Ramadan di kampung, tahun ni iya tidak dapat dilakukan. Usah sedih, usah berdukacita, bulan Ramadan tetap bulan Ramadan.

Sebagaimana yang Perdana Menteri kita katakan semalam. Bulan Ramadan tahun ni jadikan sebagai Bulan untuk kita berjihad bersama dalam memerangi wabak covid-19 ni. Dan semalam jugak dalam perutusan khas Perdana Menteri kita telah PKP ni dilanjutkan lagi sehingga 12 MEI 2020.


Sebagaimana kita semuanya tahu dalam beberapa hari ni bilangan kes baru untuk covid-19 ni hanya 2 angka, itu tak bermakna kita dah boleh tarik nafas lega. Perjalanan kita dalam memerangi wabak ni masih panjang lagi. Cuma apa yang mampu kita lakukan sebagai orang Islam pohon doa kepadanya moga dengan keberkatan dalam bulan Ramadan ini wabak covid-19 ni akan dapat kita perangi. Amin.



Friday 17 April 2020

Hari 31: Kita Jaga Kita


Dah 3 hari dah kita masuk dalam fasa yang ke 3 ni rupanya. Pejam celik pejam celik 31 hari kita semua berapa dalam perintah kawalan pergerakan atau PKP.

Apa yang nak aku tuliskan kali ni KITA JAGA KITA, iye kita jaga kita bacanya seperti pentingkan diri sendiri kan. Tapi itu hakikatnya apa yang aku rasa sekarang ni. Sekali lagi aku tulis APA YANG AKU RASA tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Kenapa aku tulis macam tu, ini semuanya adalah kerana yang terjadi pada aku sendiri. Memang dalam keadaan sekarang ni kita di minta sentiasa berhati-hati ikuti apa yang kerajaan telah arahkan.

Tapi jika kita tak bersama dalam menangani wabak covid-19, aku rasa memang akan sia-sia dan tak akan ada perubahan dalam semua yang kerajaan Malaysia mahukan.

Dalam zaman maklumat hanya dihujung jari, setiap info dan maklumat senang serta cepat kita akan dapat tahu. Tapi jika kita tak menggunakannya memang tak akan berguna la.

Berita PALSU dan berita yang tidak benar tu, aku sendiri pun marah jika tersebar. Bagaimana pulak jika ada yang bertanya untuk tentukan kebenaran dalam sebuah berita? 

Jika palsu katakan la palsu, jika betul dan benar kenapa pulak nak sorok? TAKUT mendatangkan aib? BODOH betul la berfikirkan begitu dalam keadaan sekarang ni. 

Cuba korang tengok gambar kat atas. Korang rasa aib ke jika buat macam tu? Mariah korang akan jatuh ke? Korang fikir sendiri je la.

Satu lagi masjid atau surau kenapa tak main kan peranan dengan mewar-warkan keadaan kawasan mereka sama ada baik atau tidak. Adakah ahli masjib jugak takut dan terasa aib? Aku memang tak nak bahas panjang lebar nanti kan lain jadi nya silap-silap aku kena report.

Aku tulis ni nak kita sama-sama fikir dan bersama dalam kita berperang untuk hapuskan wabak covid-19. Kita jaga Kita.

Tuesday 14 April 2020

Hari 28 : Berakhirnya Fasa Ke 2 PKP, Berjayakah Kita?


Hari ni dah masuk Hari yang ke 28 kita menjalani PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan. Dan hari ni jugak merupaka hari ahkir untuk fasa ke 2 PKP. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan kat dalam blog aku ni tentang PKP ni. Berjaya? Terus terang aku katakan kita masih lagi berperang dengan wabak covid-19 ni. Setakat semalam 76 orang telah gugur dalam memerangi wabak covid-19. Bilangan kes baru setiap hari masih lagi mencecah 100 kes, untuk kurang aku tengok macam takda harapan.

Aku kecewa ke? Memang aku kecewa, marah pun ada, sedih pun ada jugak. Bila aku baca kat Facebook, ramai yang meluahkan untuk balik kampung Raya nanti, rindu untuk sembanhyang jumaat, ramai yang yang bertanyakan tentang solat tarawih.

Entah la jika baca kat Facebook tentang luahan hati ni, aku sendiri pun terasa mana taknya dah la rancangan aku nak jugak balik kampung. Tapi dah jadi macam ni tunda la dulu. Aku berharap jugak Raya boleh balik kampung, walaupun orang kata hanya mampu bermimpi di siang hari je dengan sekarang ni.

Esok 15 April bermula la PKP fasa 3, korang siap sedia je la untuk menjalani fasa-fasa yang seterusnya jika masih ada yang degil dan tak faham bahasa dalam PKP ni.

Jika korang sentiasa mengikuti perkembangan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia setiap petang. Korang sendiri akan tidak yakin Malaysia akan bebas dari wabak covid-19 ni dalam masa terdekat.

Mana taknya korang akan disajikan dengan angka-angka terkini dan sensasi dari KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ). Itu belum lagi daripada Jabatan Perdana Menteri lagi, bila digabungkan kedua-dua dah jadi seperti nasi kerabut dah.

Aku cuma mampu memohon Kita semua sama-sama la berdoa agak negara Malaysia dapat memerangi wabak covid-19 ni. Disamping tu juga kita jugak sentiasa menjaga diri dan jugak jaga kebersihan.

Monday 13 April 2020

Review Movie : Hotel Del Luna


Ini la salah satu aktiviti aku sepanjang perintah kawalan pergerakan ( PKP ). Iye la, dah tak kerja ni daripada aku membuang masa baik la aku layan cerita tak kira la drama ke, cerita layar ke janji aktiviti. Dan yang penting aku tak layan cerita artis Malaysia terutama MELAYU. 

Korang mesti kata aku tak sokong barang buatan Malaysia kan. Aku bukan tak sokong la cuma untuk cerita kat tv atau kat panggung wayang ni aku memang dah mula boikot artis Malaysia. Sebab apa? Ada masa aku cerita la ye.

Ok la berbalik cerita yang baru aku tengok ni. Cerita Hotel del luna ni merupakan drama bersiri Korea yang mana mempunyai 16 episod, serta telah ditayangkan pada tahun 2019. 

Sebuah drama fantasi komedi dan ada la juga diselitkan unsur seram. Seram dalam drama ni aku boleh terima. Aku memang tak suka cerita layar yang seram dan memang aku tak akan tengok pun. Biasa la alasan orang yang jenis penakut hehehe.

Hotel del Luna (secara rasmi disebut sebagai "Guest House of the Moon"), yang terletak di Seoul, tidak seperti mana-mana hotel lain: pelanggannya adalah semua hantu, dan ia tidak dapat dilihat dalam bentuk sebenar pada siang hari. Semasa era Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man-wol (Lee Ji-eun) meminum minuman keras yang tanpa disedari memalingkannya ke pemilik rumah tamu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk mencarinya. Dia telah berjaya menjalankan hotel selama 1,000 tahun yang lalu sebelum bertemu dengan pengurus baru Chan Chan-Seong (Yeo Jin-goo).

Tema cinta mana-mana cerita memang tak boleh kita nafikan. Sama la dengan drama hotel del luna ni. Benci, dendam, kecewa, dan berpisah memang cukup sempurna. Yang pasti perakhirannya gembira.

Terus terang aku katakan aku suka tengok cerita drama Korea yang fantasi. Memang la kekadang tak masuk akal, tapi aku tak kisah yang penting aku suka. Selain jalan ceritanya aku boleh la jugak tahu sejarah Korea secara tak langsung.

Drama hotel del luna ni, jalan ceritanya boleh aku kata ada sikit-sikit mirip drama yang telah aku tengok sebelum ni. Tapi itu pandangan aku la, korang yang dah tengok atau baru nak tengok Tu mungkin korang ada pandangan sendiri.

Apa yang pasti aku suka dan seronok layan drama Korea hotel del luna ni. Korang yang belum tengok tu dah boleh la mencari drama ni lepas tu tengok. 

Senarai pelakon di dalam Hotel del luna :

UtamaSunting

  • Lee Ji-eun sebagai Jang Man-wol[5]
    • Kim Gyu-ri sebagai muda Man-wol
Pemilik yang cantik tetapi sejuk Hotel del Luna (Guest House of the Moon) selama 1,300 tahun.
Pengurus Besar baru Hotel del Luna, menggantikan pengurus sebelumnya, Noh Joon-suk. Beliau adalah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Sarjana Harvard yang tampan, yang diupah sebagai pembantu pengurus di salah satu hotel teratas Korea. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya menjadi pengurus umum untuk Hotel del Luna kerana kesepakatan bapanya dibuat dengan Jang Man-wol dua puluh tahun lalu.

MenyokongSunting

Di Hotel del LunaSunting

Pengurus Besar hotel selama 30 tahun yang bersara; Pendahulu Chan-sung.
Pekerja hotel yang paling lama dan pelayan bar bartender. Beliau hidup semasa dinasti Joseon sebagai ulama Kim Shi-ik, yang melakukan bunuh diri setelah dikeluarkan dari kedudukannya untuk menulis cerita tentang kehidupan orang awam. Dia menunggu selama 500 tahun untuk membersihkan namanya.
Pembantu rumah dan penyedia perkhidmatan bilik dengan personaliti ekstrovert. Dia juga hidup semasa era Joseon sebagai isteri seorang bangsawan. Apabila dia melahirkan seorang gadis dan bukan seorang lelaki, keluarganya membawa anaknya pergi untuk mati kelaparan sedangkan suaminya tidur dengan seorang wanita lain untuk mempunyai anak lelaki, untuk meneruskan nama keluarganya. Dia didorong untuk kegilaan selepas kematian anak perempuannya dan dibunuh kemudian oleh lelaki suaminya. Dia bersumpah melihat pokok keluarga itu mati dan ingin mengambil pewaris keluarga yang terakhir dengannya di akhirat.
Hotel resepsionis. Dia baik dan sopan tetapi tidak menyukai pekerjaannya. Dia secara tidak sengaja dibunuh oleh rakannya semasa ketinggian Perang Korea dan peduli dengan adik perempuannya. Dia mula dating Jung Soo-Jung.
  • Kang Mi-na sebagai semangat Jung Soo-jung / Kim Yoo-na (yang tinggal di dalam tubuh Kim Yoo-na)[7]
A rich and arrogant student, whose physical body becomes the residence of the spirit of Jung Soo-jung, a schoolmate that Yoo-na bullied and murdered by pushing her off a bridge. Yoo-na's spirit is obliterated by her parents, and so Soo-jung decides to remain inside Yoo-na's body and assume her identity to be able to live. She is hired as an intern.

Orang-orang di sekitar Jang Man-wolSunting

Seorang askar semasa zaman Goguryeo yang jatuh cinta dengan Man-wol. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Princess Song-hwa dan menangkap pemberontak untuk menghilangkan raja curiga dan melepaskan Man-wol dari hukuman. Hanya selepas pernikahannya dengan Song-hwa, dia sengaja membiarkan dirinya dibunuh oleh Man-wol dari cinta dan rasa tidak bersalahnya terhadapnya.
Lelaki pemberontak Man-wol yang seperti saudara lelaki kepada Man-wol. Dia ditangkap dan dibunuh di bawah pimpinan Goo Chung-myung, yang membawa kepada Jang Man-wol mengembangkan dendam yang mendalam terhadap yang terakhir. Dia dijelmakan semula sebagai pegawai polis Park Young-soo, yang menjadi teman lelaki Lee Mi-ra (penjelmaan semula Princess Song-hwa).

Orang-orang di sekitar Goo Chan-sungSunting

  • Jo Hyun-chul as Sanchez[8]
Rakan Chan-sung ketika mereka belajar di Harvard. Dia tinggal bersama Chan-sung di Seoul dan memiliki kedai pizza. Dia akhirnya mengetahui kebenaran mengenai Hotel Del Luna selepas kematian teman wanitanya.
Seorang puteri semasa era Goguryeo yang tertarik kepada Chung-myung dan kemudiannya berkahwin dengannya. Dia telah dibunuh oleh Man-wol pada malam perkahwinannya. Dia dijelmakan semula sebagai bekas bekas teman wanitanya Lee-Mi-ra, yang kemudiannya menjadi teman wanita Park Young-soo.
Seorang lelaki kaya yang juga rakan sekolah Chan-sung dan Sanchez di Harvard. Dia telah memfitnah Sanchez, tetapi telah digagalkan oleh Chan-sung, yang mengakibatkan dia menjadi musuh musuh Sanchez dan Chan-sung. Dia kemudian melakukan bunuh diri setelah keluar untuk melakukan kejahatan yang kejam, dan menjadi semangat penipu yang bertujuan untuk menghantui Chan-sung dan kenalannya untuk membalas dendam.

Lain-lainSunting

  • Seo Yi-sook sebagai Mago
Dia mengawal kehidupan dan kematian orang yang melalui hotel dan muncul dalam banyak bentuk.
  • Kang Hong-seok sebagai Death
Dia membimbing jiwa-jiwa yang tinggal di hotel untuk kehidupan akhirat dan sering membuat tawaran dengan Jang Man-wol untuk menangkap roh-roh jahat.

Penampilan khasSunting

Sumber Wikipedia.

Friday 10 April 2020

PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi


Seperti yang telah dijanga dan ramai jugak yang mengharapkan, tepat pukul 4 petang hari ni 10 April 2020 Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin telah mengemumunkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan 2 minggu lagi bermula dari 15-28 April 2020.

Seperti yang aku tulis sebelum ni, suka atau tidak kita semua terpaksa jugak terima bagi kebaikan semua. Semua pihak berperanan dalam kita bagi memerangai wabak covid-19 ni. Korang kena la ikut apa yang telah pihak berkuasa sarankan, jika korang tak ikut macam mana kita nak perangi wabak covid-19.

Walaupun kes positif covid-19 terkawal pada kadar 7% berbanding dengan dunia. Dengan kadar kematian pulak hanya 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian pada peringkat dunia. Kita tak boleh tarik nafas lagi, masih lagi kita kena usaha bersama moga kita capai kadar SIFAR dalam memerangi wabak covid-19.

Selain itu jugak Kerajaan jugak membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi dalam fasa covid-19 ni.

Dengan beroperasi sektor ni selain memberikan kepada mereka bekerja, iye juga dapat membantu kepada mereka yang memerlukan perkhimatan sektor tersebut. Dengan kata mudahnya win-win situation.

Apa yang penting jaga kesihatan diri dan keluarga, jarakkan diri anda.

Thursday 9 April 2020

Channel Youtube Dah Ada, View Kurang Pulak



Korang ada channel youtube tak? Macam mana channel youtube korang ok tak atau suam-suam kuku? Maksud aku ramai tak subscriber channel korang? Korang mesti terkejut kan tiba-tiba je aku tanya korang semua tentang channel youtube pulak.

Iye la, dalam kita mengikut PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ini aku pasti korang memang dah boringkan. Mana tak boringnya nak pergi kerja tak boleh, nak lepak kat kedai mamak kan nanti kena denda pulak. Nak tak nak bertabah hati je la duduk rumah, dan berharap PKP ni akan tamat pada 14 April nanti itu pun jika tak disambung la.

Apa kata aku ajak korang buat duit kat Youtube. Iye buat duit dengan Youtube, tak kan korang tak tahu kot Youtube tu apa. Kalau korang tak tahu apa tu Youtube, aku rasa korang lahir tahun 50an kot. Jika korang terkejut Youtube ni boleh buat duit tu takpa la jugak. Sebab masih ramai lagi yang tak tahu macam mana nak dapatkan duit daripada Youtube ni.

Mungkin korang sendiri pun boleh cari kat Youtube bagaimana cara nak buat duit dengan Youtube. Tapi korang mungkin kena ambik masa sikit la untuk faham dan memahami caranya. Untuk mereka yang dah ada channel Youtube pulak mesti korang kecewa view kat channel korang kurang, mana tak kecewa bila korang tengok channel Youtube yang famous view diorang beribu, berpuluh ribu malah berjuta pun ada kan.

Korang jangan kecewa atau boring pasal tu baik yang baru nak menceburi Youtube atau yang dah ada channel Youtube. Aku nak kongsi maklumat ini kat korang semua, mana tahu dengan maklumat dan ilmu ini dapat menolong korang dalam menghasilkan duit kat Youtube

Korang boleh klik kat SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang aku katakan tentang maklumat dan ilmu Youtube ni.

Covid-19 : Hikmah Yang Tersembunyi


Dalam Kita semua baik Malaysia mahupun seluruh dunia sekarang menghadapi wabak covid-19 ni. Kekadang kita lupa keadaan sekeliling kita sekarang ni. Iye la dalam kesusahan yang terpaksa kita hadapi sekarang, kita banyak mengeluh dengan kehidupan baik aku sendiri mahupun korang.

Perintah kawalan pergerakan yang entah bila akan berakhir, lagi la buat kita semua risau dengan nasib yang akan Kita tempuh di masa hadapan. Kekadang dengan keadaan sekarang ni, akal menjadi pendek. Mana taknya, kita dah lah diarah duduk rumah je. Nak keluar nanti kena denda pulak, dah la wang yang ada sekarang pun entah cukup entah tak jika PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dilanjutkan lagi.

Aku tak nak tulis pasal kesusahan ke, pasal yang degil dan tak faham bahasa ke, atau yang negatif. Aku nak korang semua lupakan kejap semua tulis. Apa kata korang baca apa yang nak aku tulis ni.

Sejak berlakunya wabak covid-19 ni, keadaan sekeliling kita sedikit sebanyak ada perubahan. Perubahan yang aku maksudkan ni salah satunya Indeks udara kat Malaysia ni. Gambar kat atas tu menunjukkan keadaan udara di Malaysia.

Korang tak suka ke tengok Indeks udara kat Malaysia macam tu. Statistik tu menunjukkan apa yang tercatat pada 9hb April 2020 sehinggal pukul 12 tengahari. Walaupun tak semuanya hijau tapi jika kita bandingkan dengan apa yang berlaku sebelum ni. Aku rasa ini la yang terbaik sejak berlakunya wabak covid-19 ni.


Gambar kat atas tu pulak apa yang berlaku di Luar Negara. Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Terus terang aku katakan aku akan rindu dengan suasana ini nanti. Dan aku pasti ini semua akan menjadi sejarah untuk anak cucu Kita semuanya nanti.