Thursday 29 April 2021

Nuzul Quran Dugaan Untuk Aku Sekeluarga...


Terlebih dahulu aku nak ucapkan salam Nuzul Quran kepada sahabat yang beragama Islam. Maka dengan dengan secara tak langsung kita dah berada di pertengahan dalam bulan Ramadan. Dan ini jugak bermakna kita dah separuh menjalani ibadat berpuasa kita. Alhamdullilah.

Alhamdullilah dalam menghayati peristiwa Nuzul Quran ni aku sekeluarga tempuh jugak dugaan yang tak disangka-sangka. Tanpa sebarang berita atau jugak notis boleh dikatakan seluruh kawasan blok perumahan aku ni bekalan air terganggu.

Iyenya bermula pada awal sahur lebih kurang pukul 5 pagi tadi yang mana aku lihat tekanan air di singki dah perlahan. Apa lagi cepat-cepat aku tengok kat bilik air tekanan nya sama jugak seperti di singki. Jadi dengan cepatnya aku cuba penuh kan air kat dalam kolah dalam bilik air di rumah Aku. Walaupun tak penuh tapi alhamdullilah boleh la daripada takda langsung.

Lebih kurang pukul 7 pagi alhamdullilah air setitik pun tak keluar dari kepala paip. Maka dengan pantasnya aku buka halaman website SYABAS untuk melihat kot-kot ada berita atau maklumat berkenan ganggu air di kawasan tempat tinggal Aku. Yang pasti memang takda la kat situ ( website SYABAS ).

Aku telefon jugak bahagian pengerusan berkenaan dengan masalah air ni. Pihak mereka pun tak boleh nak bagi keputusan samada masalah berpunca daripada masalah tangki atau paip saluran yang menyalurkan air ke kawasan rumah aku.


Orang rumah aku ada jugak risik dengan kenalan dia yang tinggal di kawasan rumah aku sekeluarga ni. Jawapan yang diterima rumah diorang pun takda air cuma yang beza nya masa. Kesudahannya sampai ke petang semua rumah di kawasan blok perumahan aku ni takda air.

Jawapan nya hari ni juadah berbuka aku sekeluarga terpaksa la buat pesanan kat Food panda untuk minum pulak aku beli 3 botal air mineral untuk buat minum.

Harap bekalan air ni akan pulih malam ni jika tak...tak tahu la apa ceritanya esok.

Sunday 25 April 2021

ALLAH SEBAGAI “ SHARE HOLDER”.


Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah.

Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir.

Kisahnya bagi saya amat menarik.

Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir.

Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka.

Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan.

Maka mereka memilih untuk menternak ayam yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada.

Tetapi, mereka mencari orang yang ke sepuluh untuk dijadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan.

Tunggu punya tunggu orang ke sepuluh masih belum ada.

Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt.

Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound (RM50) atau junaih Mesir ini teramat amat sedikit sebenarnya.

Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan.

Tiba tiba.

Saturday 17 April 2021

Police Story 3 Super Cop Aku Bangga


Seronok jugak bila layan cerita dalam era 90an ni ye. Iye la mana taknya dalam era 90an ni, aku waktu ni kiranya remaja terang tang-tang lagi 😁. Baik aku atau korang yang sewaktu denganya pasti akan terkenangkan masa ni kan. Bak orang-orang puisi kata... Mengenangkan  nostalgia Kembali.

Ok la berbalik pada topik aku ni... Lupa pulak aku nak ucapkan terima kasih kepada TV3 kerana menyiarkan movie police Story 3 ni. Jika tak kerana badan penyiaran TV3 maka takda la diorang nak tayangkan movie ni.

Police Story 3 super cop filem aksi dari Hong Kong yang telah ditayangkan pada tahun 1990 yang di bintangi oleh Jackie Chan dan Michelle Yeoh sebagai watak utama. Apa yang membanggakan aku pada waktu tu KUALA LUMPUR menjadi salah satu tempat lokasi pembikinan filem dari Hong Kong ni.

Cuba korang tengok kat belakang tu. Bangunan yang menjadi salah satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia sebelum adanya KLCC. Selain tu jugak seperti yang aku tulis mengamit nostalgia. Dalam filem police Story 3 ni boleh la jugak lihat uniform polis kita pada waktu tu.

Kepada korang generasi sekarang jika korang nak tahu itu la uniform atau pakaian polis kita pada waktu tu. Bukan rekaan tapi memang benar itu la uniform nya.

Banyak lagi keadaan yang atau senang aku tulis keadaan Kuala Lumpur pada waktu tu daripada segi kenderaannya, pakaian dan macan-macam lagi la. Orang yang pernah melalui waktu je akan terkenang kembali segala peristiwa masa tu. 



Apa pun masa tak akan dapat diundur tapi ia akan menjadi kenangan kepada aku dan korang yang pernah berada serta melalui nya.

Aku bukan nak tulis pasal intro atau ringkasan tentang filem ni. Aku nak tulis kenangan dan betapa bangga aku dengan filem ni tu je.


Friday 16 April 2021

Respect Untuk Semua...


Aku sebenarnya dah semalam terfikir perlu ke aku tulis atau tak. Idea untuk menulis dah ada tapi aku risau kot-kot apa yang aku tulis ni akan menganggu atau mendatangkan sensitif kepada mereka yang membacanya walaupun aku tahu blog aku ni bukan la terkenal mahupun famus seperti blogger yang hebat yang dah ada nama.

Dengan hari ke 4 kita dah menunaikan kewajipan kita dalam bulan yang pernuh berkat ni diserta dan ditambah pulak hari jumaat penghulu segala hari. Aku cuba tulis moga-moga tulisan aku ni masih dalam SOP yang dibenarkan. Insyallah.

HORMAT... Itu yang boleh aku tulis secara tak langsung peringatan untuk aku dan korang jugak. Dalam Malaysia kita ni ada berbagai kaum yang aku dan korang tahu kan. Jadinya kita semuanya ni bukan hidup atau tinggal hanya "kita-kita" je dan bukan hidup kera sumbang.

Aku dan korang sendiri pun tahu malahan ada jugak yang buat-buat tak tahu ada bebarapa pekara yang kita perlu hormat menghormati antara kita sebagai rakyat yang berbilang kaum ni. Aku malas nak tulis dengan panjang lebat sebab bila korang dah baca sampai aku TULIS ni maknanya korang adalah yang bijak dan tahu apa yang aku maksud kan.

Jika korang ikut la kisah atau berita baik dalam media cetak atau media yang lain, pasti ada memang akan ada cerita yang menyetuh pasal isu sensitif ni yang mana segaja di ada-adakan oleh mereka yang tak bertanggungjawap.



Aku...iye aku terus terang katakan aku memang marah,geram. Tapi iye la setakat itu je la yang aku mampu. Aku bukannya dayus ye, tapi Negara kita Malaysia ni ada undang-undang yang wajib kita ikut. Biar la pihak yang berwajib buat kerja mereka. Tugas kita laporkan jika perkara macam tu ada berlaku.

Aku rasa takat itu je la yang mampu aku TULIS. Aku tulis panjang lagi takut lain pulak jadinya. 

Monday 12 April 2021

Salam Ramadan Al Mubarak...


Alhamdullilah dan syukur kepadanya sekali lagi kita semua ( kepada mereka yang beragama Islam ) sekali lagi dapat merasai dan menyambutnya lebih-lebih lagi dalam pendemik covid-19 ni. 



Aku harap kita sama-sama #kitajagakita dalam menyambut ramadan tahun ni. Walaupun bazar ramadan,dibenarkan beroperasi Dan jugak kedai makan dilanjutkan hingga pukul 6 pagi  aku harap kita semua ikut SOP yang telah ditetapkan.



Thursday 8 April 2021

Untuk Aku Dan Korang...Yang bergelar Ibu Dan Ayah.



Aku sebenarnya NAK kongsi dengan korang apa yang aku copy tulisan yang ditulis oleh seseorang dalam sebuah group WhatsApp. Aku harap apa yang aku kongsi ni mendatangkan kebaikan kepada aku dan korang.

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,

1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.



Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?

Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.

Jadi ibu ayah sekalian. 

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.

1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.

#copydanpaste

Wednesday 7 April 2021

AYAM!!!...Loya Aku...


Pertama kali aku nak tulis kat sini aku bukan anti, aku bukan benci atau tak suka pada engkau AYAM. Kan kalau aku tak tulis pernyataan awal tambahan dengan tajuk blog aku ni tak pasal-pasal aku kena kecam ( ceh macam la aku ni artis 😁 ).

Terus terang aku kata kan aku ni boleh la kata aku ni jenis yang suka makan ayam tapi semuanya berubah dan boleh dikatakan aku pusing 360 darjah dengan ayam ni.

Semuanya berlaku bila aku dikuarantikan di pusat kuarantin di Terengganu. Iye aku dikuarantikan kerana aku disahkan positive termasuk jugak isteri dan jugak anak Aku. Tapi aku dan isteri serta anak aku dikuarantikan di tempat yang berlainan. ( Nanti aku akan tuliskan kisah seluruhan cerita dari mula sampai ke akhir macam mana aku sekeluarga positif covid-19 ni.)

Berbalik pada kisah aku dengan ayam ni, Sepanjang aku berada di pusat kuarantin tu aku bersyukur sebab aku bebas bergerak walaupun dalam kawasan yang telah ditetapkan. Tak la hanya aku duk dalam 'dorm' je seperti cerita yang aku dengar di pusat kuarantin yang ada kat Terengganu ni. 

Lupa pulak nak cerita kan tempat aku menjalani kuarantin ni merupakan pusat untuk para mereka menjalankan aktiviti motivasi tak kira la untuk para pelajar sekolah mahupun jabatan kerja baik kerajaan mahupun swasta.

Tempat yang selesa tu aku akui. Iye la tempat ala-ala seperti asrama sekolah. 

Ok untuk menu makannya aku puji ia memang sedap dah memang mewah dengan 4 kali satu hari. Pagi, tengah, petang Dan takda malam. Cuma bagi aku secara peribadi lauk untuk menu tak dipelbagaikan maksud aku tak di tukar seperti di tempat kuarantin yang lain di Terengganu.



Di tempat aku ni lauknya asasnya ayam dan sebab ini la aku jadi loya dah bila tengok lauk yang berasakan AYAM. Sepanjang 10 hari aku di pusat kuarantin menunya memang hanya berasas AYAM dan hanya sekali je aku dapat makan menu yang berlaukkan IKAN. Itu pun setelah di minta dan waktu menu tu sampai untuk makan tengahari.

Sekarang ni bila tengok atau makan sikit pun masakan yang ada asas AYAM aku akan loya dan jika aku terus kan memang muntah la jawapnya.

Itu la kisahnya kenapa aku tak suka AYAM... Jadi jangan kecam aku ye 😁.

Monday 5 April 2021

Gugur Jugak Air Mata Jantan Aku...


Betul la orang kata...

Kita tak alaminya kita tak akan tahu apa yang yang mereka rasa.

Begitu la jugak aku sendiri yang dah alaminya. Terus terang aku nak tulis kat sini air mata jantan aku gugur jugak dengan sendirinya bila melihat 2 orang kesayangan aku ni dalam gambar di atas tu.

Orang lain mungkin boleh tahan kot perasaan sedih tapi aku entah kenapa tak dapat tahan. Lebih-lebih lagi bila sebulan 2 orang kesayangan aku ni berada atau dengan tulisan lainnya ditahan.

Semuanya sebab COVID-19 yang mana menjadi ketakutan dan kerisauan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk jugak dunia. Aku sendiri jugak menjadi mangsa kepada COVID-19 ni. Malahan seluruh ahli KELUARGA aku termasuk dalam senarai mereka yang jadi mangsa.

Memang betul dalam kita semua KITA JAGA KITA ni jika dah tersurat dan tertulis kita menjadi mangsa covid-19 kita tak boleh dah nak elak atau nak nafikan walaupun ada tak logiknya.



Ni permulaan atau intro kepada kisah aku sekeluarga dengan covid-19 ni. Aku tulis kat sini bukan nak cari simpati atau nak cari populariti. Aku tulis sebagai kenangan aku sekeluarga yang mana akan menjadi cerita kepada anak mahupun jugak kepada cucu dan cicit aku nanti.

Nanti aku akan tulis bagaimana mana aku sekeluarga terkena dengan virus covid-19 ni nanti. Insyallah...

XX Ray 2 Memang Terbaik...


Terima kasih aku nak ucapkan kepada tv saluran awesome 123 kerana menayangkan Kembali filem melayu di era 90'an. Terhibur jugak aku semalam dengan filem yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Iye la mana taknya filem sains fiksyen pertama di era 90an. Dan lagi di arah oleh pengarah muda pada waktu itu saudara Aziz M. Osman.

Filem xx ray 2 boleh dikatakan sambungan pada filem xx ray yang pertama dan yang terbaru xx ray 3. Aku tak nak komen pada filem xx ray 3 tu.

Mungkin kepada generasi sekarang akan memperlekehkan filem ini. Iye mereka mungkin akan bandingkan filem Malaysia dengan filem dari luar Negara Malaysia. Pada aku semua orang ada pandangan masing-masing. Sebab pada waktu filem ini ditayangkan di zamannya, ia jugak tak dapat lari daripada pandangan masyarakat Malaysia yang membandingkan dengan filem daripada luar Negara.



Apa yang pasti aku bangga...

Lepas ni aku tak sabar pulak nak layan filem Azura. Kat mana lagi kalau bukan saluran Awesome 123 di Astro.

Sunday 4 April 2021

kegembiraan dan kepuasan Aku...


Aku suka,

Aku puas,

Terus terang aku nak tulis kat sini, aku bukannya pandai mahupun bijak. Aku bukannya nak menujuk atau nak riak dengan apa yang aku kongsikan pada gambar di atas.

Memang aku akui aku suka pada buku...

Memang aku akui Aku suka membaca walaupun bukan jenis yang terlampau suka membaca..

Aku bukan nak tunjuk aku ni berduit dapat beli buku seperti di dalam gambar di atas. Aku hanya biasa-biasa sahaja bukan dari kayangan yang hanya petik jari je semua dapat.



Aku kekadang terpaksa pendam keinginan untuk memiliki buku yang aku nak kerana DUIT. Iye sebab aku terpaksa dahulu kan pekara yang lebih penting daripada keinginan Aku.

Apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku dapat dan aku berkongsi dengan korang kegembiraan buku dalam gambar di atas.



Saturday 3 April 2021

Aku Kembali Lagi....


Assalamuaikum dan apa khabar korang...cheh macan la blog aku ni famous sangat kan 😁. Lantak la terkenal ke, famous ke, tak ke ada apa aku kisah kan.


Iye la ini la tempat untuk aku luahkan penulisan aku, tempat aku nak tulis segala apa pendapat Aku. Yang penting penulisan aku ni tak melanggar undang-undang negara Malaysia kita.

Aku sendiri pun risau jugak dengan blog aku ni. Iye la dah lama sunggoh aku tak kemas kini dan yang paling aku risau aku dah tak boleh nak login blog aku ni. 

Aku harap dengan post pertama setelah sekian lama aku tak kemas kini blog aku ni, aku akan tetap istiqomah dalam menulis pada blog aku.