Friday, 26 November 2021

3 Idiots...Antara Realiti Dan Fantasi


                               sumber Google

Dah banyak kali dah aku layan movie hindustan ni. Dulu berseorangan, lepas tu berdua dengan orang umah aku tadi aku layan dengan anak aku pulak 😁. Nak kata aku ni peminat tegar movie hindustan ni...boleh la kot 😁. Cuma sekarang ni dah kurang la sikit kot jika nak bandingkan masa aku sebelum kahwin kot.

Lantak la korang nak cop aku ni macam mana pun yang penting aku dengan anak aku seronok layan movie hindustan 3 Idiots ni.


Aku tak akan tulis sisnopsis atau ringkasan pasal movie hindustan 3 Idiots ni. Jika korang nak tahu korang boleh cari kat Google ye.

Movie ni bukan realiti sangat pun lebih pada fantasi dan hayalan je. Itu kata orang dan aku tak nafikan tapi hakikatnya macam tu la sebenarnya kan. 

Korang kena tahu dan aku rasa memang tahu pun movie ada berbagai kategori kan. Cuma atas kita la mana yang boleh layan dan tak je.

Ok la berbalik pada movie hindustan 3 Idiots ni yang buat aku suku tengok banyak kali adalah jalan ceritanya. Yang mana mana menengahkan keutaman minat dan persahabatan. Malahan menjadi satu cerita motivasi. Lagu dan percintaan tu biasa la untuk menjadikan Jalan ceritanya lebih menarik lagi.

Bila layan cerita ni secara tak langsung ia jugak mengamit kenangan waktu belajar dan persahabatan. 

Realiti memang ada antara kita buat sesuatu kerana minat dan kemudiannya akan hadir la kemewahan. Persahabatan hingga ke hujung nyawa sentiasa ada bukan fantasi ye, cuma susah untuk dapat.

Yang fantasi itu korang fikir-fikirkan la sendiri ye 😁.

Aku bukan nak promosi pun pasal movie hindustan ni pun. Cuma aku nak kongsi kat sini apa yang aku tengok.

No comments:

Post a Comment