Wednesday 15 July 2020

Hari Ni Dah Mula Sekolah


Hari ni 15 Julai 2020 Muhammad Zhafri anak aku dah kembali semula ke sekolah, wajah ceria dan semangat nak sekolah. Sepatutnya 1 Julai hari tu lagi dah mula sekolah tapi terpaksa ditunda sebabkan sekolah tempat anak aku belajar ni ada kerja-kerja pengubah suaian kabel elektrik di dalam kelas.

Apa yang aku perhatikan kawasan sekolah memang telah berubah selaras dengan SOP yang pihak berkuasa tetapkan. Tempat duduk untuk penjaga menunggu anak habis belajar ada penjarakkan.

Selain itu jugak untuk diluar pintu masuk ke dalam kelas ada jugak disediakan tempat memcuci tangan dan jugak sabun untuk para anak basuh tangan sebelum masuk ke kelas. Anak-anak jugak akan di ambik bacaan suhu dan di catit ke dalam buku kehadiran mereka.

Disebabkan sekolah anak aku ni merangkumi mereka yang berumur 5 dan 6 tahun, maka sistem giliran terpaksa digunakan untuk menjaga bilangan serta jarak antara pelajar. Bagi anak yang berumur 5 tahun waktu sekolah adalah selasa dan khamis. Untuk pelajar yang berumur 6 tahun pulak adalah 3 hari iaitu isnin,rabu dan jumaat.


Kat bawah ni saja je aku letak arahan yang aku dapat daripada pihak sekolah tempat anak aku belajar...untuk rujukan aku satu hari nanti.

Assalamualaikum untuk makluman pada semua ibu bapa dan penjaga *TABIKA KEMAS DESA PANDAN 3* , seperti sedia maklum pembukaan sesi persekolahan bagi TABIKA akan mula beroperasi pada *1 JULAI 2020 (RABU )*. 

📍Ini  merupakan SOP dan arahan untuk rujukan ibu bapa .sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada pihak TABIKA.


*SOP YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK DI TABIKA *

Mohon ibu bapa ambil perhatian dan kerjasama perkara berikut : 

🏫TABIKA akan mula beroperasi pada *1 Julai 2020 ( RABU ).*

📌Maksimum satu sesi pembelajaran seramai *12 orang kanak kanak sahaja* pada setiap sesi dan pihak TABIKA akan menyediakan sistem penggiliran mengikut hari.
Setakat ni pihak tabika hanya menerima 7 surat kebenaran sahaja.. jadi sesi persekolahan berjalan seperti biasa isnin- jumaat 8.00 pg - 12.00 tgh hari

✏️Untuk makluman ibubapa *TIADA PAKSAAN / WAJIB* untuk menghantar anak ke TABIKA.

✏️Pembukaan TABIKA diberikan keutamaan kepada ibu bapa dikalangan fronliners dan suami isteri yang bekerja.

✏️Bagi ibubapa yang ingin menghantar anak ke sekolah pastikan mengambil surat akaun kesihatan kanak-kanak dan surat kebenaran ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Surat ini akan diedarkan minggu hadapan,dan ibubapa boleh hadir ke tabika untuk mengambil surat tersebut berhubung dengan guru TABIKA masing-masing. Sekiranya ibu bapa tidak mengisi surat akuan ini anak tuan puan tidak dibenarkan ke sekolah.

🏫TABIKA akan menyediakan jadual pengiliran persekolahan bagi nama kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka telah menghantar surat akuan kebenaran ke sekolah kepada pihak TABIKA.
📌Sekiranya ibubapa *GAGAL* melampirkan surat akaun kebenaran ke sekolah, nama anak tuan puan *TIDAK* ❌ akan disenaraikan dalam jadual pengiliran persekolahan.

📌Bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke TABIKA,kanak-kanak perlu mandi di TABIKA dan menukar pakaian yang lain, ibubapa perlu menyediakan pakaian lain di dalam beg.

📌Yuran 💸 bulanan TABIKA akan diambil seperti biasa untuk kanak-kanak yang bersekolah sahaja. Manakala bagi kanak-kanak yang mana ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah,  yuran bulanan tidak akan diambil kira.
📌Manakala kanak-kanak yang mengambil inisiatif tidak ke sekolah,kerja sekolah(home work) tetap akan diberikan oleh guru.

📍Kedatangan kanak-kanak setiap hari tidak akan diambil oleh pihak tabika ( tidak menjejaskan dalam buku kedatangan )
📌Ibu bapa atau penjaga *DIGALAKKAN* mengambil suhu anak terlebih dahulu ( Jika ada penyukat suhu )
📍Memastikan anak membasuh tangan selama 20 saat sebelum keluar rumah
👫 Ibu bapa *WAJIB* ✅ menyediakan face mask anak, sekiranya gagal menyedikan anak-anak tidak dibenarkan masuk ke TABIKA.

📝Pastikan anak memakai pelitup mulut dan hidung ( Face Mask ) apabila keluar dari rumah
📌Memastikan anak dalam keadaan sihat sebelum menghantar anak  ke TABIKA
📌Ibu bapa pastikan penjarakkan sosial semasa menghantar anak

📍Apabila sampai diTABIKA, guru akan mengambil suhu kanak-kanak dan ibu bapa sendiri dikehendaki merekodkan suhu badan anak didalam *BUKU LOG *– sekiranya suhu kanak-kanak melebihi *37.5 C* ibu bapa dikehendaki membawa kanak-kanak tersebut  balik dan rehat dirumah sehingga sihat. Pengambilan suhu sebanyak 2 kali iaitu semasa datang ke TABIKA dan semasa pulang kerumah.

📍Ibu bapa perlu membuka pelitup mulut dan hidung anak apabila sampai di TABIKA dan dimasukkan kedalam **BEKAS/PLASTIK **khas yang dibekalkan sendiri dan dimasukkan kedalam beg sekolah anak.
🙍‍♂️Kanak-kanak diwajibkan  membasuh tangan/Hand sanitizer apabila sampai di TABIKA sebelum masuk ke kelas

🙎‍♀️Kanak-kanak masuk ke dalam kelas dan meletakkan beg ditempat yang disediakan
🙎‍♀️🙎🏻‍♂️Kanak-kanak akan duduk ditempat  sendiri (1 meter/penjarakan sosial ) selama *4 jam dalam sesi pempelajaran,tidak dibenarkan berkumpul,tiada aktiviti berkumpulan,kanak-kanak akan mengamalkan penjarakan social sepanjang tempoh pembelajaran.*

📕📚Dalam  sepanjang sesi persekolah 2020 ,sesi PEMBELAJARAN kanak-kanak akan didedahkan tentang virus covid19 sahaja.

👫 Ibubapa *TIDAK DIBENARKAN* ❌ menunggu kanak-kanak didepan pintu TABIKA
👫 Ibubapa wajib membekalkan  SAPU TANGAN untuk anak dan dimasukkan kedalam beg sekolah anak.
👫Pastikan ibu bapa mengambil anak-anak di TABIKA tepat pada jam 12.00 tengah hari untuk sama-sama KITA JAGA KITA.

*KAMI AKAN MENYEDIAKAN SENARAI SEMAK SAMA ADA ANAK TUAN PUAN BESEKOLAH ATAU TIDAK BERSEKOLA  UNTUK RUJUKAN PIHAK TABIKA*

No comments:

Post a Comment