Tuesday 21 July 2020

Vandalisme Ada Dimana Sahaja


Semalam heboh kat media sosial kisah lukisan mural telah dirosakkan oleh insan yang tak bertanggungjawap. Berbagai komen yang rata-ratanya mengutuk dan marah atas apa yang terjadi. Aku pun diantara mereka yang marah tu.

Suspek atau perilaku yang menjalankan kerja tak bermoral ni dah dapat diketahui Berdasarkan CCTV, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut.


Vandalisme atau kata lain laku musnah ni bukan la semalam je berlaku tapi dah bertahun cuma tak di viral kan sangat. Korang setuju atau tak ini kenyataannya. Sebab vandalisme ni korang sendiri boleh jumpa dan tengok kat sekeliling korang.

Memang kita marah lihat kerosakkan atau kemusnahan yang dilakukan oleh para vandalisme ni tapi apa kan daya jika kita sendiri pun tak bertanggungjawap jawap malah menyumbang jugak kearah laku musnah atau vandalisme ni.

Bukan takda undang-undang untuk mendakwa para vandalisme ni tapi perbuatan ni tetap ada. Sama la jugak dengan kes pemandu mabuk tetap ada walaupun undang-undang untuk dakwa mereka ada. 

Aku memang tak nak tulis panjang kisah vandalisme atau laku musnah ni sebab takda kesudahan. Seperti yang aku tulis jika kita sendiri yang ada jadi penyumbang jugak macam mana nak selesai masalah vandalisme ni.

No comments:

Post a Comment