Wednesday 15 July 2020

Aduhai Bisul Naik Kat Ketiak

                 Ini bukan ketiak aku ye,aku ambik gambar kat google

Perit, nak deman, tak selesa semua ada la bila dah kena bisul ni. Tak kan la suka pulak kan. Aduhai ingat dah berumur macam ni dah tak kena dah bisul. Orang-orang tua cakap bila masa kanak-kanak dah kena bisul bila dah berumur tak akan kena dah dengan bisul ni. Rupanya tak boleh guna nasihat tu.

Aku bukan nak salahkan orang-orang tua yang cakap macam tu, iye la mereka dulu cakap pun atas pengalaman mereka. Kalau tak kan la ada simpulan bahasa ' makan garam dulu ' kan.

Sebenarnya masuk ni dah kali ke 2 dah aku kena bisul ni tapi bukan dalam waktu terdekat ye. Kalau tak silap aku 6 tahun lepas la aku kena bisul kat punggung sekarang ni kat ketiak pulak. Seksanya tetap sama tapi lebih sikit kat punggung la. Seksanya macam mana hanya mereka yang pernah kena je yang tahu, betul tak.

Sebenarnya korang kena tahu termasuk la aku sendiri pun baru tahu jugak. Bisul ni jangan di buat main ataupun dipandang rendah sebabnya kesannya boleh mendatangkan bahaya. Kenapa? Sebabnya bisul ini mengandungi nanah yang mana bakteria daripada nanah ini jika bersatu dengan darah akan menyebabkan keracunan dan yang paling teruk boleh mendatangkan maut.

          bacaan kencing manis Aku selepas 2 jam makan dan minum

Bila dah tahu bahaya bisul cuak jugak aku satu lagi bisul ni jugak mudah terkena pada mereka yang ada kencing manis. Aku ni makan dan minum takda la nak jaga sangat cuma pantang jumpa je 😁. Walaupun kat rumah test kit untuk kencing manis ada memang jarang sangat nak periksa.

 

Bila dah kena bisul ni terus la aku periksa tahap kencing manis aku dan alhamdulillah la dah 2 jam makan dan minum kencing manis aku 10.9 kira ok la ( nak sedapkan hati ).

Untuk bisul aku ni, aku tak paksa nanah tu keluar dengan picit secara paksa dan memang digalakkan pun. Jika korang nak buat jugak bila dah kena bisul nanti itu korang tanggung sendiri jangan pulak kata aku tak payung pulak.

Aku guna petua orang tua ( sebab tu aku kata nasihat atau petua orang-orang tua ni jangan tak berguna ) guna bawang putih nak kecupkan bengkak bisul ni. Tak silap aku selain guna bawang putih ni ada lagi petua yang lain tapi pada aku ini yang paling senang dan sesuai untuk orang dewasa.

Bawang putih ni aku tak tumbuk aku potongan hujung je lepas tu aku sapu kat kawasan bengkak bisul tu, berapa kali terus terang aku hanya sapu 2 Kali je tu pun malam sebelum aku nak tidur. Alhamdulillah kecut dan timbul la ' mata ' bisul tu. 

Bila ' mata' bisul ni timbul tak lama la nanah tu nak keluar, memang tak lama dah pun masa aku tulis blog aku ni pun aku baru lepas keluarkan nanah bisul cuma bengkak je tak surut lagi. Tapi nak keluarkan nanah ini memang kena picit jugak sikit tapi pastikan tangan korang bersih ye dan jangan guna pisau atau jarum yang tak dibersih atau senang cakap yang dah dinyah kuman.

Tengok pulak malam nanti macam mana bengkak tu kurang atau tak. Kalau tak hilang bengkak ni aku kena cari ubat la jawapnya. Lupa pulak ini untuk ingatan aku jugak jika korang dalam sebulan korang 2 Kali kena bisul ni korang jangan lupa buat pemeriksaan kencing manis ye. Seperti yang aku tulis bisul ni senang terkena mereka yang ada kencing manis.

No comments:

Post a Comment