Wednesday 1 July 2020

Tarikh Pembukaan Sekolah Seluruh Malaysia Dalam Norma COVID-19



Hari ni 1 Julai 2020 Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin telah mengadakan sidang media bagi menumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk seluruh Malaysia. Dengan ini jugak terjawap la segala pertanyaan para ibu bapa tentang persekolahan anak-anak mereka.

Dalam sidang media itu jugak Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin ada menyatakan sesi pembukaan persekolahan nanti akan mengikut tiga model pengoperasian yang telah ditetapkan oleh KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia ), iaitu

Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.

Model kedua adalah Model Dua Sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Model yang ketiga adalah Model Penggiliran iaitu sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.


No comments:

Post a Comment