Saturday, 19 September 2020

Kelebihan Dan Kekurangan Astro Njoi.


Alhamdullilah dah hampir 5 tahun dah aku melanggan Astro Njoi ni. Iye la tambahan dalam keadaan ekonomi yang tak stabil lagi di sebabkan pendemik covid-19, aku rasa aku tak salah memilih Astro Njoi ni.

Terus terang aku katakan sebelum ni aku memang melanggan Astro dengan pekaj lebih kurang sebulan aku kena keluarkan RM80 untuk aku dapat melihat rancangan yang ditanyangkan oleh pihak Astro walaupun cerita tu berulang ditanyangkan. 

Thursday, 17 September 2020

Bila Dah Kahwin...


Perkahwinan merupakan penyatuan dua insan lelaki dan perempuan mengikuti undang-undang sah baik seluruh dunia mahupun Malaysia. Dalam Islam pulak perkahwinan ini adalah cara bagi menghalalkan hubungun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Perkahwinan jugak merupakan penyatuan ataupun menjalin hubungan silaturahim antara dua keluarga baik sebelah pengantin lelaki begitu jugak sebelah pengantin perempuan. Dengan kata lain aku tulis perkahwinan ini bukan sekadar perkahwinan untuk individu he tapi seluruh keluarga kedua-dua pihak.

Bila kita dah berkahwin kita kena terima kehadiran keluarga antara satu sama lain. Maka dengan ini bermula la keadilan dalam kita melayan kedua-dua keluarga.

Jika kita lihat dalam islam ibu bapa baik kita sendiri atau pun mertua kedua-dua nya hukum nya sama dalam bab memuliakan selagi selaras dengan mereka mengikuti Sharan Islam.

Ketidak selesaan tu memang normal la dalam kehadiran kita dalam keluarga yang baru. Tapi bak kata orang " tak kenal maka tak cinta ". Kita terpaksa belajar untuk menyesuainkan diri dengan keluarga baru kita. Baik mertua, adik beradik ataupun biras semuanya kita kena belajar mengenali baik pergaulan, komunikasi, dan sebagainya.

Dalam bab pengiliran antara dua keluarga ni hendak lah Adil dan saksama. Jangan berat sebelah. Seperti yang aku tulis awal tadi dalam perkahwinan bukan kita kahwin individu tapi kita kahwin dengan keluarga pasangan kita.

Baik buruk keluarga pasangan, kita kena terima dengan keikhlasan dan keredaan hati kita. 

Apa yang aku tuliskan ni secara umum sebabnya yang hakikat atau realiti nya berbagai cerita yang kita baca atau dengar tentang masalah bila dah kahwin ni terutamanya keluarga mertua. 

Aku bukannya pandai nak bagi nasihat dalam bab perkahwinan ni. Cuma aku tulis sebab aku nak jadi ingatan kepada aku sendiri itu he tak lebih dan tak kurang.


Review Buku : Ulu Yam Di Liverpool


Buku ULU YAM DI LIVERPOOL- membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

Aku memang suka buku trevolog tak kira la siapa pun penulisnya kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam cerita yang ditulis oleh penulis untuk dikongsikan bersama pembaca. Baik kisah hidup, cabaran serta motivasi.

Begitu jugak la dengan buku yang aku kongsikan dengan korang kali ini. Dah lama dah aku nak dapatkan serta nak baca buku ULU YAM DI LIVERPOOL ni. Baru sekarang aku dapat miliki dan membacanya.

Thursday, 10 September 2020

Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Hari ni Kuala Lumpur telah dilanda banjir kilat setelah hujan lebat yang mana bermula dari jam 2 petang tadi. Aku boleh kata kan Kuala Lumpur seumpama berada ditengah lautan lebih-lebih lagi dengan pemandangan masjid India yang hampir ditengelami air.

Menurut laporan daripada sumber berita terdapat beberapa tempat ditenggelami air antara 1 hingga 1.5 meter.

Selain daripada itu terdapat jugak tempat yang terjejas antaranya di lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru serta di Jalan Gurney Kiri, Jalan Semarak.

Wednesday, 9 September 2020

Menu Mamak Jadi Pilihan 'lunch' Aku Sekeluarga.

Kekadang orang rumah aku dah tak tahu dah nak masak apa untuk makan tengahari kami sekeluarga. Korang jangan ingat pulak kat rumah aku takda lauk basah untuk masak ye, kat dalam peti sejuk rumah aku ni alhamdullilah semuanya ada.

Dan satu lagi orang rumah aku ni bukan malas nak masak ye. Aku bukan nak puji orang rumah aku sebab aku yakin para ibu dan para isteri kat luar sana semuanya rajin dalam bab masak memasak ni. Tambahan pulak dengan kecanggihan teknologi sekarang semua resepi masak ada di hujung jari he.

Berbalik dalam bab masak ni memang para ibu dan jugak isteri termasuk la la orang rumah aku sendiri pening jugak untuk sediakan juadah untuk keluarga. Iye la menu makan harian, tak kan la nak buat yang sama je kan nanti jemu pulak.