Showing posts with label baru. Show all posts
Showing posts with label baru. Show all posts

Monday, 9 March 2020

Barisan Menteri baru di bawah PM ke 8


Hari ni hari yang bersejarah dimana barisan para Menteri baru telah di umum secara rasmi oleh Perdana Menteri kita yang ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yasin.Para menteri baru ini telah mendapat berkenanan Agung.


Ini adalah senarai Menteri baru yang akan menjalankan tugas-tugas mereka di bawah PM yang ke 8.


Dan yang pasti pada pandangan aku la, kehadiran Mufti Negara kita iaitu Dato Seri Dr. Hj Zulklfi Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal Ehwal Agama memperkukuhkan lagi barisan kabinet Menteri yang baru ini.

Apa yang aku tengok dengan Menteri baru ini, semuanya mewakili parti dan seimbang. Aku harapkan dengan barisan Menteri baru yang dilantik, negara kita akan makmur, aman Dan maju.

Saturday, 29 February 2020

Tan Sri Muhyiddin Yasin PM Malaysia ke-8


Tahniah Malaysia dan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin diatas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-8. Tahniah sekali lagi  untuk Malaysia serta rakyat khususnya.


Pelantikan ini diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Aku berharap kemelut politik yang berlaku selesai dengan kenyataan ini. Aku jugak berharap semua pihak dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

Sumber sinar harian

Follow my blog with Bloglovin

Monday, 13 January 2020

Hari ni bawak anak ke klinik


Hari ni aktiviti aku bawak si hero ni ke klinik kesihatan kat depan rumah aku ni. Iye la dah 2 hari batuk semalam dah mula selsema, mana tak risau tambahan pulak dengan gejala penyakit influenza A sekarang ni. Orang tua cakap beringat sebelum kena, mencegah sebelum parah. Jadi pagi lagi aku dan si hero aku ni ke klinik, nasib balik la depan rumah je.


 Gambar google

Alang-alang dah pergi klinik tu aku bawak la si hero aku pergi klinik gigi jugak. Korang mesti kata aku ni bapa yang tak prihatin kan 😊. Iye la gigi anak aku ni dah dekat 2 minggu goyang, hari ni baru aku nak bawak anak aku cabut. Terus terang aku katakan aku memang tak berani nak cabut, orang rumah aku pun tak berani jugak. Satu lagi aku nak biar gigi anak aku betul-betul goyang biar senang sikit doktor gigi nak cabut. Masa goyang tu pun alhamdullilah dia pun tak mengadu sakit. Makan minum alhamdullilah selera, cuma bila batuk je kurang sikit.

Sampai je klinik gigi alhamdullilah orang tak la ramai, dan yang buat aku teruja klinik gigi ni dah berwajah baru dan bila dah baru suasana pun baru la kan. klinik pun sejuk,susun atur kerusi pun kemas alhamdullilah. Cuma aku je la yang tak ambik gambar nak tunjuk kat sini keadaan klinik gigi ni. Tapi takpa kalau ada rezeki lagi aku ambik gambar untuk korang ye.

Saturday, 11 January 2020

Selamat tahu baru 2020


Dah masuk tahun baru 2020 dan ni post aku yang pertama untuk blog aku ni. Aku sendiri pun tak tahu apa yang nak aku tuliskan untuk post kali ni. Ok la aku rasa tak lewat lagikan untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk korang yang sudi baca blog aku ni.

Memang aku akui memang lama aku tinggalkan blog aku ni. Nasib baik la tak jadi bersarang je. Kalau tak aku pun tak tahu la. Aku rasa itu dulu la dulu ye, insyaallah aku akan cuba selalu kemas kini blog aku ni.