Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Monday, 18 May 2020

Cerita Orang Bankrap Jadi Kaya


Sekali baca tajuk post aku kali ni mesti korang nak gelak kan, iye la lain macam je tajuk aku ni. Alah korang akan katakan tajuk aku ni copy dan paste je kan. Terpulang pada korang sebab kalau korang taip kat google pun aku rasa berpuluh atau mungkin berjuta kot kisah macam ni.

Apa yang aku nak kongsi kan kat korang ni ada lah berkenaan dengan satu ebook yang ditulis oleh penulis yang pernah bankrap dan bangkit balik jadi kaya. Dengar macam tak logik kan, tapi tak mustahil dan yang pasti ini realiti.

Gambar kat atas tu adalah penulis tentang kisah beliau yang bankrap tapi bangkit balik jadi kaya. Nama beliau Hafiz Mansor, korang jika nak ikut perkembangan beliau boleh klik kat sini.

Itu ebook beliau dan ebook ni dikeluarkan balik sebab ramai yang mintak ebook kisah beliau diterbitkan balik. Aku tak tipu korang ye.

Macam mana dah percaya ke? Hafiz Mansor ni bukan tipu punya orang ye walaupun ramai orang tipu dia. 

Saturday, 14 March 2020

Ebook percuma daripada Irfan Khairi

Kali ni aku nak kongsi dengan korang Ebook daripada ikon jutawan Internet negara kita iaitu saudara Irfan Khairi. Ebook ini percuma, Iye PERRCUMA/FREE yang mana saudara Irfan Khairi nak bagi untuk semua orang yang ikut Facebook beliau.



Ebook ni tak perlu korang bayar satu sen pun, cuma download je. Rugi kalau korang tak download tau. Dah la benda free dapat pulak ilmu.

Alhamdulillah, siap juga buku saya yang ke-2 tahun ini "7 Teladan Perniagaan Saidatina Khadijah Khuwailid - Usahawan Wanita Terunggul!". Siri pemimpin usahawan Islam dimana ianya adalah PERCUMA UNTUK ANDA!

Kisahnya...

1. Alhamdulillah, awal tahun ini saya berpeluang ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga. Di tanah suci, terdapat petunjuk dari Allah SWT untuk menulis 3 buah buku pemimpin Islam kita, termasuk Usahawan Muslim Terhebat Saidina Abdul Rahman bin Auf (juga diberikan percuma!) dan Usahawan Wanita Terunggul Saidatina Khadijah Khuwailid. Dan buku-buku ini adalah percuma sahaja untuk mereka yang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan. Bukan untuk dijual! :)

2. Oleh kerana di Facebook saya, lebih ramai followers wanita berbanding dengan lelaki, buku ke-2 ini, di dedikasikan untuk usahawan dan bakal usahawan wanita sebagai teladan menjadi usahawan wanita hebat seperti Khadijah Khuwailid RA, isteri tercinta Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, abang-abang sado boleh juga download, baca dan amalkan ya! Saya sendiri banyak belajar dan gunakan strategi perniagaan KHadijah Khuwailid RA membawa perniagaan saya ke peringkat global!

3. Siri buku pemimpin usahawan Islam yang ke-3... InsyaAllah saya akan mulakan very soon! Dan berikan saya lingkungan 1 bulan untuk siap ya. Agak-agaknya siapa pula? Sedikit clue... yang ke-3 ni, adalah yang paling best dan paling hebat. So, tunggu....

Walaupun buku-buku yang saya tulis ini mendapat inspirasi dari tanah suci, Mekah dan ianya percuma sahaja untuk anda, tetapi ada satu permintaan saya.

Niat saya menulis buku ini adalah untuk seberapa ramai usahawan dan bakal usahawan mendapat manfaat dari strategi perniagaan pemimpin-pemimpin Islam kita yang sangat hebat satu ketika dulu.

Oleh itu, saya juga perlukan bantuan anda untuk membantu syaa mencapai matlamat ini.

Iaitu, minta anda #viralkan ilmu dan kongsikan posting saya yang ini sebelum download buku tersebut boleh? InysaAllah boleh kannn...

Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, minta anda SHARE posting ini, dan dapatkan, baca dan amalkan "7 Teladan Perniagaan Saidatina Khadijah Khuwailid - Usahawan Wanita Terunggul!" di www.khadijahkhuwailid.com