Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, 5 March 2020

Bila rumah apartment dah 30 tahun, ini yang terjadi...

Alhamdullilah selesai jugak masalah air kat rumah aku ni. Seksa bila air rumah bermasalah, rasa macam tak sempurna kehidupan aku sekeluarga. Aduhai rasa macam teruk pulak aku tulis tu. Silap-silap kena kecam aku agaknya.

Sebenarnya air rumah aku ni tekanannya rendah, memang rendah sangat. Korang bayang kan air yang keluar kat kepala paip rumah aku ni jika dibandingkan dengan anak aku buang air lagi laju.

                  Gambar google

Mulanya aku ingatkan tekanan rendah disebabkan kerja-kerja kontraktor pembinaan kat kawasan rumah aku ni. Aku cuba la tanya jiran tetangga adakah rumah diorang sama masalah dengan rumah aku. Takda la kat rumah diorang tekanan air rendah, jadinya hanya rumah aku la bermasalah.

.               Gambar google             

Apa lagi aku bertindak dengan segera la telifon yang pakar pasal air ni, siapa lagi tukang baiki paip air la tak kan la aku nak panggil syabas pulak. Bila yang pakar dah dipanggil, apa lagi yang pakar beri keputusan paip rumah aku kena tukar baru. Sebab rumah peninggalan Arwah bapa mertua aku ni dah 30 tahun dan memang dah sampai masanya kena tukar.

Aku jugak di beritahu bukan rumah aku je bermasalah seperti ni. Rumah lain kawasan apartment aku ni memang dah ada yang paip airnya tukar baru. Pakar kata sebab tekanan air rendah adalah kerana karat dari paip rumah dah berkumpul. 

Jadi apa lagi kerja-kerja penukaran paip berjalan dan RM800 melayan. Alhamdullilah bila dah tukar baru, air yang keluar memang laju dari sebelum ni. Masalah air selesai.

Monday, 2 March 2020

Tanpa Kita sedar...


Dalam layan Mata nak tidur ni aku layan la muka buku baca la apa yang patut. Kena buku muka buku ni selain cerita gosib,cerita politik yang takda kesudahan ni, tiba-tiba aku jumpa satu post kat muka buku aku ni. Aku sentap gila bila baca post ni. Sebab tu aku nak kongsi dengan korang.

Memang sentap gila, tapi korang aku tak tahu la sentap ke tak. Iye la apa yang ditulis memang kena kat batang hidup, korang gila kalau tak terasa. Kenapa aku tulis macam tu, Cuba korang baca apa yang aku post kat bawah ni. ( Aku copy Dan paste )

.                 Gambar google

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan FB ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan FB ini medan tazkirah..
Jadikan FB ini medan maklumat..
Jadikan FB ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Kreadit MAJLIS ILMU