Monday, 17 February 2020
Nak bagi RM3000 sebulan seumur hidup? Biar betul !!!...
Aku sendiri pun terkejut bila dapat tahu ada yang nak bagi duit RM3000 sebulan seumur hidup. Korang mesti kata aku ni tipu kan, iye la siapa la yang nak bagi duit sebanyak tu bukan RM10, bukan RM100 tapi RM3000 tu. Bukan sikit tu, dah la pulak seumur hidup. Aku pun seperti korang tak percaya tapi apa yang boleh aku cakap ini memang realiti dan bukannya fantasi.
Sebenarnya aku pun sendiri pun baru tahu berita ni, apa lagi aku search la kat internet dan memang betul. Tapi nak dapatkan RM3000 sebulan seumur hidup ni bukan FREE ye. Sekali lagi aku tulis BUKAN FREE !!!...
Ini ada lah peraduan yang dilancarkan oleh pihak Nescafé Malaysia bagi menyambut ulangtahun ke 100 tahun mereka.
Monday, 13 January 2020
Hari ni bawak anak ke klinik
Hari ni aktiviti aku bawak si hero ni ke klinik kesihatan kat depan rumah aku ni. Iye la dah 2 hari batuk semalam dah mula selsema, mana tak risau tambahan pulak dengan gejala penyakit influenza A sekarang ni. Orang tua cakap beringat sebelum kena, mencegah sebelum parah. Jadi pagi lagi aku dan si hero aku ni ke klinik, nasib balik la depan rumah je.
Gambar google
Sampai je klinik gigi alhamdullilah orang tak la ramai, dan yang buat aku teruja klinik gigi ni dah berwajah baru dan bila dah baru suasana pun baru la kan. klinik pun sejuk,susun atur kerusi pun kemas alhamdullilah. Cuma aku je la yang tak ambik gambar nak tunjuk kat sini keadaan klinik gigi ni. Tapi takpa kalau ada rezeki lagi aku ambik gambar untuk korang ye.
Sunday, 12 January 2020
Review buku : Ayat-ayat cinta
Buku ni sebenarnya dah kali yang ke 4 dah aku baca dan aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Bagi aku la aku lebih puas membaca bukunya daripada melihat ceritanya yang mana satu ketika dahulu telah ditayangkan. Entah la bagi aku memang tak boleh nak move on dengan jalan ceritanya jika di bandingkan dengan isi buku serta jalan cerita dalam bukunya.
Terus terang aku katakan cerita memang jauh dari cerita dalam bukunya. Ini pendapat aku ye, sebab aku tulis macam ni aku memang tak suka kerana aku dah baca novelnya.
Aduhai panjang la pulak intro, ok la ini ringkasan tentang novel Ayat-ayat cinta versi aku ye.
Tajuk buku : Ayat-ayat cinta
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Tahun : 2009 ( cetakan ke 12 )
Muka Surat : 510
Kenapa aku membacanya semuanya kerana KETIKA CINTA BERTASBIH. Iye kerana sebab itu la aku telah jatuh cinta dengan novel yang berunsur islamik. Maka dengan itu la aku terus mencari koleksi penulis bukunya. Alhamdullilah novel Ayat-ayat cinta telah aku habis dan khatam dengan selamatnya.
Aku bangga dengan kartun Malaysia
Budak-budak zaman sekarang patut berbangga dengan kartun aka animasi yang dihasilkan sendiri oleh orang Malaysia kita sendiri. Siapa yang tak kenal dengan UPIN IPIN, EJAN ALI DAN BOBOIBOY. Bukan takat kanak-kanak je malahan orang dewasa pun terikut-ikut dengan 3 animasi tersebut.
gambar google
Kalau korang kata tak kenal atau tak tahu dengan 3 animasi tu, aku tahu la nak cakap lagi. Mungkin korang Dari planet lain kot. Selain 3 animasi tu Masih ada lagi animasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia tapi tayangannya hanya setakat kat pawagan je la.
Tak seperti 3 animasi tersebut dimana ke3 animasi tersebut bermula dengan cerita bersiri yang ditayangkan di kaca television,sebelum beralih ke layar Perak.
Saturday, 11 January 2020
Selamat tahu baru 2020
Dah masuk tahun baru 2020 dan ni post aku yang pertama untuk blog aku ni. Aku sendiri pun tak tahu apa yang nak aku tuliskan untuk post kali ni. Ok la aku rasa tak lewat lagikan untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk korang yang sudi baca blog aku ni.
Memang aku akui memang lama aku tinggalkan blog aku ni. Nasib baik la tak jadi bersarang je. Kalau tak aku pun tak tahu la. Aku rasa itu dulu la dulu ye, insyaallah aku akan cuba selalu kemas kini blog aku ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)



